.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, May 13, 2014

Rawatan klinik kanak-kanak pertama Nasaie

Malam tadi bawa Nasaie ke klinik pakar kanak-kanak di Seremban. Niatnya nak bawa ke klinik Dr.Bee yang famous tu, tapi tutup pukul 4.30 petang la pulak.... 

Then google lagi dan jumpa klinik Dato Dr. Dhillon. Boleh la... Sebabnya Nasaie dah selsema 2 minggu lebih. Pastu batuk dah seminggu kot. Then semalam ada cikgu cakap, jangan biar anak selsema lama-lama takut nanti paru-paru kena jangkitan kuman. 

Allah! My bad... I thought baby tak payah bagi ubat kalau batuk n selsema. Cukup dengan susu ibu je. Maklum la, first time being a mother.  Then, terus bagitau Mr. Polaris nak bawak ke klinik malam tu jugak. 

Dr. Dhillon baik sangat. Dia pun terkejut bila aku cakap Nasaie dah selsema 2 minggu. But alhamdulillah, bila dia cek, nothing serious. Bila dia baringkan Nasaie atas bed Angry Bird merah tu, Nasaie senyum-senyum je bila Doc bukak baju dia. Agaknya dia fikir time to take bath kot... Hehe.. 

Then, bila Doc bagi pegang jari dia, terus Nasaie gengam and cuba bangun... 

"Wow, kuat!" Puji Doc. 

Lepas tu, timbang berat. 7kg! Naik 500gm dari 3 minggu lepas. No wonder semalam baby sitter cakap rasa berat sikit dukung Nasaie. Alhamdulillah, berkat  fully breastfeeding. Semoga production susu sentiasa cukup untuk keperluan Nasaie. Amin. 

 

No comments: