Wednesday, June 18, 2014

Nasaie's first solid food

Alhamdulillah, semalam genap 5 bulan usia Muhammad Khalish An Nasaie. Alhamdulillah kerana masih mampu cater breast milk untuk Nasaie. Pernah jugak terbabas cuba memperkenalkan formula milk untuk dia, alhamdulillah, dia menolak. Namun itu bermaksud selama 5 bulan ini, Nasaie pernah juga meminum 2-3 oz FM. Ok, my bad! Maka, ibu gigih berusaha untuk menyediakan EBM untuk dihantar ke rumah pengasuh. 

Pernah jugak aku terlewat balik dari sekolah, susu yang disediakan tidak mencukupi. Pengasuh ada cuba memberi FM yang aku bekalkan. Alhamdulillah, Nasaie menolak. Terasa ibu won di situ.... Hehe. 

Mengenai solid food, walaupun dinasihatkan untuk diperkenalkan kepada bayi pada usia 6 bulan, namun Nasaie terpaksa aku perkenalkan pada hari terakhir dia berusia 4 bulan. Sehari sebelum dia genap 5 bulan. 

Kenapa? 

Ceritanya bermula di Cameron Highland. Kami tiba di Iris Apartment pada pukul 9.30 malam. Pukul 1.40 pagi Nasaie menangis meraung-raung siap gigil lagi. Aku bagi susu dia tak nak. Nasib baik ada abah. Abah baca-baca then dia tidur. Tapi dia tak mahu direct breastfeed. Tersentuh je dengan bibir, terus meraung. Terpaksa la aku marmeting since aku tak bawak my pump. 

Balik dari Cameron tu, baru la dia mahu direct bf. Lega. Tapi, malam2 dia meragam pulak. Biasanya, rutin tidurnya selepas maghrib hingga pukul 10-11 malam. Bangun pun hanya untuk menyusu dan tidur balik. Tapi, selepas balik dari Cameron, dia tido sekejap lepas maghrib, setengah jam atau sejam selepas itu dia bangun menangis. Aku suakan susu juga tetap menangis. Kami ada la baca-baca jugak yang mana tau. Pasangkan mp3 Quran. 

Then, seminggu selepas itu, kami bawa Nasaie bertemu ustaz di Darul Syifa. Tapi ustaz tu cakap takde pape. 

Petang Isnin selepas itu, minggu ini, aku balik dari sekolah dan makan keropok lekor depan Nasaie. Dia tengok je. Senyum-senyum. Jelir-jelir. Jilat bibir. Allah, sumpah comel. Aku rekod ok that moments. Hehe. Macam dia lapar je. Then aku baca blog, tanya kak long, tanya auntie, tanya kakak iparku yang nurse tu. Then baru yakin untuk beri Nasaie makan instant rice cereal. Tapi dibancuh dengan EBM. 

Maghrib tu, lepas siap mandikan dan pakai baju, dia nangis. Then aku ceoat2 bancuhkan 2 oz EBM campur 1 setengah sudu KFC instant rice cereal. Laju je dia minum guna botol. Lepas tu susukan dan dia tido. Amazingly, alhamdulillah, lena dia tido sampai pukul 11. Then bangun menyusu jap. Tido balik. Lega hati ibu dan ayah. 

Selasa tu, pengasuh cakap Nasaie meragam je isnin dan selasa tu. Then baru aku bagitau yang kami dah mula bagi dia rice cereal. Dan kami bersetuju untuk bekalkan rice cereal untuk Nasaie ke rumah pengasuh. Tadi aku ambik dari rumah pengasuh, tengah tido. Pengasuh cakap, Nasaie ok sket hari ni. Ololo, laoar ye anak ibu... Huhu! 


Gambar tengah lena tido selepas kenyang perut. Love you anakku. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah dunia akhirat.