.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, August 10, 2014

1,2,3 and keep counting.... Hamboiiii!

Alhamdulillah hari ni dah pun hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Sedihnya Ramadhan dah nak berlalu pergi... Semoga berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, Allah rezekikan kami berpuasa bertiga. Bersama suami dan anak. Alhamdulillah jug perjalanan Ramadhan kali ini bersama dengan breastfeeding activity yang dipermudahkan Allah. Susu sentiasa ada seperti sebelum Ramadhan untuk Nasaie. Cuma 2,3 hari sebelum balik kampung, susu macam dropped sikit sebab aku malas mengepam. Hehe! 

Bersyukur juga ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan suami yang ringan tulang. Yang rajin sangat membantu menjaga Nasaie dan rumahtangga. Mempermudahkan setiap urusan. Love you lah sayang.....

Alhamdulillah, minggu ni, 17 Julai hari tu Nasaie dah genap 6 bulan. Sempurna jugalah penyusuan eksklusif susu ibu untuknya. Nasaie memang minum susu ibu selama 6 bulan ni dan aku tak bercadang nak bagi formula milk pun. Tapi dia dah start makan solid food sejak 5 bulan. Eksklusif cane tu? Hehe... 

Dan pencapaian beratnya untuk 6 bulan adalah 7.75kg.

Alhamdulillah. Syukur teramat. 

Tetiba xde idea. Hehe... Daaa~ 

No comments: