.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, October 7, 2014

Kebaikan Garam Buluh @ Bamboo Salt

Hai, hari ni nak berkongsi tentang garam. Garam apa korang guna kat rumah? Garam bukit? Garam laut? Garam kasar? Garam halus? 

Saya guna garam buluh

Garam buluh tu garam yang macamana?
Nampak kan perbezaannya... 

Macamana garam buluh terhasil? 

Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Kebaikan garam buluh


Berikut adalah beberapa hasil penemuan daripada saintis-saintis yang mengkaji tentang garam buluh:

1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)

2. Anti-kanser
Garam buluh mengandungi esktrak methanol yang mempunyai kesan anti-mutasi yang boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).

3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)

4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)

5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)

6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)

7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

8. Penjagaan telinga
Khasiat magnesium di dalam garam buluh mampu mengurangkan masalah kehilangan pendengaran (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan   terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.

12. Rawatan untuk sakit tekak
Garam buluh yang bertindak sebagai ejen penghalang keradangan mampu mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)
Garam buluh dilabel mengikut berapa lama ia dibakar. Label-label seperti 1 kali, 2 kali, 3 kali, 6 kali dan 9 kali menunjukkan bilangan proses memanggang garam buluh. Lebih besar nombornya, lebih banyak kandungan mineral di dalamnya.

So, jom mula dari sekarang, kita bertukar kepada garam yang lebih sihat untukkeluarga tercinta... 

Cara paling mudah? Jom bertukar kepada Mineral Coffee. Satu-satunya kopi yang mengandungi garam buluh. Istimewanya Mineral Coffee adalah, kandungan garam buluh yang bersifat alkali tu membantu meneutralkan asid biji kopi yang selalu memberi kesan perut angin, sakit kepala dan sebagainya bagi yang sensitif kepada kopi... Tapi sekiranya anda adalah pencinta kopi, bolehlah minum Mineral Coffee. 


Mineral Coffee juga adalah kopi tanpa gula yang rasanya lemak manis kawww!!!! Rasa dulu, insyaAllah jatuh cinta.... 

Sekiranya anda berminat untuk membeli, menjual, menjadi agent atau dropship agents, atau ingin mendapatkan sampel, hubungi saya. 

Izyan Alias 


No comments: