.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, October 5, 2014

My first ever scones


Hmm, Salam Aidiladha semua... Kali ni kali kedua beraya Aidiladha tak balik kampung... Tahun 2012 beraya Aidiladha di Genting Highland. 2013 balik kampung dan menikmati Aidiladha. Tahun ni beraya di sini. Di Negeri Sembilan. 

Walaupun tak balik kampung, juadah Aidiladha tak dilupa... Pagi masakkan scones dengan strawberry compote. First try.... Sedap rupanya scones. Tak pernah makan pun sebelum ni. Nasib baik balik kampung Aidilfitri hari tu abah bagi Oven Tefal... Rajin la mem'baking'nye... 

Scones ni rupanya rangup di luar, lembut di dalam... Makan pulak dengan homemade strawberry compote dan Mineral Coffee panas yang takde gula lemak manis kawwww tu... Perghhh! Nikmat duniawi okeh... 

Ok, so aku letak resepi sekali kat sini untuk rujukan di masa depan... 

SCONES
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung
1 tbsp baking powder
1/2 tsp garam halus
100g butter sejuk
2 tbsp gula castor (aku guna brown sugar)
1 cawan susu segar (aku guna susu cair)
1 biji telur (aku tambah)
Esen vanilla sikit

Cara-cara
Gaul semua bahan kering dgn garpu
Buat lubang di tengah tepung, parut butter sejuk ke dlm tepung. Butter lagi sejuk lagi bagus.

Gaul butter & tepung dengan garpu(boleh guna hujung jari) sampai butter & tepung jadi berbiji2 sedikit.Jangan uli. Nanti scone jadi padat & berat. Lepas tu letak dalam freezer 5 minit supaya butter keras balik. 

Masukkkan susu, telur dan esen vanilla dan gaul semua dengan garpu sampai tepung dah melekat saja. Memang doh akan rupa tak cantik.

Aku sapu permukaan scone dengan lebihan susu+telur sebelum dibakar
Sebab semalam lupa nak beli acuan, aku potong bahagian atas bekas dadih tu dan jadikan acuan dia... Dapat 6 bijik. 

Bakar pada suhu 180 - 20 minit. 


STRAWBERRY COMPOTE
Sekotak strawberry 
1 cawan air 
Gula sikit, manis manja2 (ikut preference ko rang)
Perah lemon juice sket. Tapi semalam xde. Tak letak la. 

Cara-cara: 
Masak guna api perlahan hingga pekat. 

Lepas tu apa lagi.... Bancuhkan Mineral Coffee, makan time scones panas-panas. Perghhh!!! Masa bakar lagi hubby asyik dok zikir-zikir... Wanginya bauuuu, sedapnye bauuu.... Sekali dah keluar, kami makan berdua je 5 bijik. Resipi kata boleh makan 4,5 orang... Haha! Tapi ada jugak suap-suap dekat Nasaie... Dia suka pulak tu... 

Cubalah... Karang aku update resipi Laksa Penang Easy Peasy Seriously okeh!!! 

No comments: