.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 28, 2014

Nak kurus, tapi sayang buah pinggang?


Alhamdulillah, ramai yang ingin kurus secara sihat demi sayangkan buah pinggang yang tiada tukar gantinya... Ramai yang PM, Whats App Egie bertanyakan soalan-soalan seperti;

"Set Kurus tu kalau stop makan, berat badan naik mendadak tak?"

"Set Kurus tu boleh ganggu fungsi jantung tak?"

"Set Kurus tu mahal tak?"

"Set Kurus tu kalau tengah merancang untuk hamil, boleh makan tak?"

Macam-macam lagi la.... Ok, sebelum Egie jawab, mari Egie terangkan dulu apa itu Set Kurus Bajet dari The Diamond Circle ni. Berdesup-desup order masuk sejak kami jumpa formula kuruskan badan secara sihat ni...


Ok, inilah Set Kurus Bajet. 

Tahu tak kenapa kami formulasikan Mineral Coffee, Garlic Tablet dan BV Alfalfa ni dalam set kurus? 

Sebabnya, kerana setiap satu mengandungi fungsi tersendiri. 

Fungsi BV Alfalfa

Fungsi Garlic Tablet

Fungsi Mineral Coffee


Untuk kesan yang lebih cepat dan mengelakkan badan flabby selepas kurus, kami sarankan anda memakai 
Premium Beautiful Korset secara konsisten. 

Seleksi Premium Beautiful Classic dan Elegance cuma RM 95 sebulan


Ok, sekarang Egie enak menjawab soalan-soalan korang di atas tu... 

S: Set Kurus tu kalau stop makan, berat badan naik mendadak tak?"
J: Set Kurus ni bukan ubat kurus yang menganggu fungsi hormon anda. Jadi jangan bimbang dengan berat meningkat sekiranya anda berhenti mengambil set kurus ni. Tapiiiii, kalau anda makan nasik 6 pinggan sehari, minum Pepsi 4 tin sehari of course la naik balik badan....

S: "Set Kurus tu boleh ganggu fungsi jantung tak?"
J: Tidak. Malah membantu menguatkan lagi fungsi jantung supaya anda lebih sihat. 


S: "Set Kurus tu mahal tak?"
J: Tidak. Murah sahaja. Cuma RM160 untuk penggunaan 40 hari. Kalau nak harga levbih murah, contact Egie untuk consultation. 


S: "Set Kurus tu kalau tengah merancang untuk hamil, boleh makan tak?"
J: Sekali lagi Egie ingatkan yang set kurus ni bukan ubat. Tapi supplement sahaja. It's easy. Kalau merancan untuk hamil atau hamil boleh minum kopi tak? Boleh makan bawang putih tak? Boleh makan sayur hijau tak? Boleh kan? So, ianya selamat diamalkan oleh siapa sahaja. InsyaAllah. 

Betul ke berkesan??? 

Ok, jom kita tengok testimoni-testimoni mereka yang telah berjaya.... 



Dan paling hot of course testimoni the founder of The Diamond Circle, CDM Shaliza Aziz... 


Cun meletop kan??? Nampak muda remaja sangat.... 

Berminat nak tau, nak tanya apa-apa, just contact Izyan ye... 

Salam kurus sihat muahhhh.... 

Nasi Kerabu Mak Muda Wan Som

Before this, kalau beli nasi kerabu kat kedai atau pasar malam, sangat rasa tak puas hati sebabnya cuma berkerabukan kubis dan tumisan pulak takde berganti dengan budu mentah. 


Maka, bila balik kampung mesti request dengan Tok Wan nak makan nasik kerabu. Nenek Egie dari sebelah arwah umi ni memang terer masak. Dulunya permah berniaga nasik pagi. Kalau sebelah Kelantan Terengganu, memang glamour la breakfast dengan nasik. Apa barang breakfast dengan kuih. Mana kenyang... Hehe... 

Dan tiba-tiba terasa nak makan nasi kerabu. Mintak resepi dari auntie, Uteh. kebetulan uncle sekeluarga nak datang semalam, mari kita projek nasi kerabu... 

Ini resepi Tok Wan atau nama glamour di Kampung Air Terjunnya, Mak Muda Wan Som.

Sambal Kelapa
-------------------
Kelapa parut setengah biji 
4 ekor ikan selayang direbus dan dibuang tulang
2,3 ulas bawang merah dan putih
Lada hitam kisar
Garam
Gula
Air asam jawa sikit

Gaul sebati semua bahan. Guna tangan ye... Kemudian sangai sampai tahap kekeringan yang anda suka. Guna api kecil. 


Tumisan santan
-------------------
Santan pekat
Garam gula
Asam keping
Serai (ketuk)
Halia (mesin/tumbuk)
Bawang merah dan putih kisar
Cili kisar
Budu

Masak sehingga pecah minyak 


Air lada
---------
Lada, cuka, garam gula. Blend. Cili sikit, cuka banyak ye. Cair je. Lagi simpan lama lagi sedap. Pelengkap terbaik mihun rebus, bubur lambuk, nasi air. Hehe... 

Ulam 
------
Kacang panjang
Pucuk serai kayu
Bunga kantan
Daun kunyit
Timun batang
Tauge

1-5 tu hiris halus. Time tok wan berniaga dulu, tugas hiris ulam ni tugas arwah Ayah Tok sebab jenis buat kerja halus berseni je. Cantik je hirisan ulam Ayah Tok. Bukan tu aje, kalau buat kerja kayu, menjahit, melukis semua Ayah Tok terer... Cucu dia yang ni je yang tidak... Hehe.. (Ni resepi ke diari ke cerpen, Izyan? Pfffttt...) 

Pelengkap lain
-----------------
Keropok
Ayam goreng
Telur masin
Solol lada
(Yang mana korang suka ye. Izyan suka keropok keping goreng dengan ayam goreng je....) 


Jemput.... 


Tuan punya resepi

Monday, November 24, 2014

Tukang urut sedappppp

Assalamualaikum. Lama tak tulis blog, tak reti pulak nak mengarangnya. Since dah guna domain nama sendiri, tuan tanah bahasakan diri dengan nama sendiri jugak ye.... Tak nak aku-aku dah. Mak marah cakap aku! Haha....


Hari ni nak berkongsi tentang tukang urut piorrrr punye.... Selepas habis pantang hari tu memang Egie tak mengurut langsung.... Sebabnya, dah balik ke Nismilan dan Egie tak kenal tukang urut yang betul-betul bidan mengurut wanita lepas bersalin.... Dengan gaya hidup yang terkejar-kejar setiap hari, badan terasa sangat penat. Mintak hubby urut pun rasa macam tak kena urat yang tegang penat tu. Bertahan sampai tutup sekolah, sampai satu tahap yang terlalu penat sampaikan minggu terakhir sekolah, hari Selasa dan Rabu tu Egie mengalami clogged duct sampai demam menggigil-gigil. Sampai susu merajuk, sampai Nasaie pun merajuk meragam sama..... Time tu memang rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Punya la frust sebab tak dapat cater enough milk to Nasaie.... Tapi tak campur fm lagi tu... Usaha dulu. Egie fikir, kalau lepas mengurut nanti susu tak banyak jugak. Baru dan cari alternatif lain. Lepas tu hari last sekolah tu, punya la penat sampaikan masa sampai rumah pengasuh nak ambil Nasaie, kaki cramp di muka pintu rumah pengasuh. Diurut-urut letak minyak panas pun tak jalan. Lama jugak Egie rehat di rumah pengasuh. 

Lepas tu fikir, memang kena mengurut ni. Badan dah penat sangat dah ni. 



Selama duduk di Labu ni hampir 2 tahun,  Egie cuma kenal seorang je tukang urut dalam neighbourhood Egie ni. Seorang warga Indonesia. Tapi bagi yang manja macam Egie ni, memang tak digalakkan mengurut dengan dia. Kuat sikit dia urut. Pertama kali dulu masa nyaris tergelincir dalam toilet masa mengandungkan Nasaie 8 bulan. Kali kedua, rasanya last month bila terseliuh. Yang terseliuh tu memang ngeri. Dia punya urut, perghhhh sampai Egie nangis-nangis sambil pegang hubby kuat-kuat. Giler punya sakit. Egie bersalin pun tak nangis tau!!!! 


Ok, dipendekkan cerita. Egie pergi bayar rumah sewa rumah landlord sambil tengok bayi dia yang baru lahir. Sambil-sambil risik dengan landlady dia mengurut kak mana. Then dia bagi satu nombor telefon. Tapi mak cik tu duduk Mantau. 


Bila called, ok dia boleh datang ke rumah. Nice. Dan mengurutlah Egie. Yang lawaknya, the first moment dia pegang perut Egie, dia tanya "Banyak minum ais ye?" Haha! 


Yeee!!! Of crosssss!!!! Kembang habis urat-urat tu. Patut la rasa tak selesa.... Ecewahhhh! Sendiri minum ais, sendiri salahkan urat yang kembang... Puk sikit atas dahi tu!!! 


Seriously Acik tu ngurut sedap gilir. Jenis yang dia usap je dah kena dekat urat kita tu. Yang ni la yang Egie nak cari. Plus dia boleh datang sendiri. Ada menyediakan perkhidmatan mandi wap, jagaan dalam bersalin. Mandikan baby dan masak lunch. Perfecto!!!! Lagi rasa nak bersalin kat sini... Errr, lambat lagi la... Hehe... 


Dia urut satu badan selama 2 jam lebih rasanya. Itu pun Egie dok rasa dalam hati, jangan la dah siap, urut la lagi... Punya la sedap kena urut.... 


So, Egie share dengan korang nombor telefon Acik tu. Dia bahasakan dia Ateh. 


Ok, jumpa lagi di lain entry.... Hehe. Wassalam.... 

Tuesday, November 18, 2014

Assalamualaikum...

Salam pertama untuk domain baru.... 


Nantikan updates terbaru dari saya sepanjang cuti sekolah nanti. I have a longggggggggg to do list to be completed prior to my longggggggggggggggggg school holiday. Hehe.... 


InsyaALLAH cuti nanti pun akan tumpu kepada upgrading my blog.