.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 28, 2014

Nasi Kerabu Mak Muda Wan Som

Before this, kalau beli nasi kerabu kat kedai atau pasar malam, sangat rasa tak puas hati sebabnya cuma berkerabukan kubis dan tumisan pulak takde berganti dengan budu mentah. 


Maka, bila balik kampung mesti request dengan Tok Wan nak makan nasik kerabu. Nenek Egie dari sebelah arwah umi ni memang terer masak. Dulunya permah berniaga nasik pagi. Kalau sebelah Kelantan Terengganu, memang glamour la breakfast dengan nasik. Apa barang breakfast dengan kuih. Mana kenyang... Hehe... 

Dan tiba-tiba terasa nak makan nasi kerabu. Mintak resepi dari auntie, Uteh. kebetulan uncle sekeluarga nak datang semalam, mari kita projek nasi kerabu... 

Ini resepi Tok Wan atau nama glamour di Kampung Air Terjunnya, Mak Muda Wan Som.

Sambal Kelapa
-------------------
Kelapa parut setengah biji 
4 ekor ikan selayang direbus dan dibuang tulang
2,3 ulas bawang merah dan putih
Lada hitam kisar
Garam
Gula
Air asam jawa sikit

Gaul sebati semua bahan. Guna tangan ye... Kemudian sangai sampai tahap kekeringan yang anda suka. Guna api kecil. 


Tumisan santan
-------------------
Santan pekat
Garam gula
Asam keping
Serai (ketuk)
Halia (mesin/tumbuk)
Bawang merah dan putih kisar
Cili kisar
Budu

Masak sehingga pecah minyak 


Air lada
---------
Lada, cuka, garam gula. Blend. Cili sikit, cuka banyak ye. Cair je. Lagi simpan lama lagi sedap. Pelengkap terbaik mihun rebus, bubur lambuk, nasi air. Hehe... 

Ulam 
------
Kacang panjang
Pucuk serai kayu
Bunga kantan
Daun kunyit
Timun batang
Tauge

1-5 tu hiris halus. Time tok wan berniaga dulu, tugas hiris ulam ni tugas arwah Ayah Tok sebab jenis buat kerja halus berseni je. Cantik je hirisan ulam Ayah Tok. Bukan tu aje, kalau buat kerja kayu, menjahit, melukis semua Ayah Tok terer... Cucu dia yang ni je yang tidak... Hehe.. (Ni resepi ke diari ke cerpen, Izyan? Pfffttt...) 

Pelengkap lain
-----------------
Keropok
Ayam goreng
Telur masin
Solol lada
(Yang mana korang suka ye. Izyan suka keropok keping goreng dengan ayam goreng je....) 


Jemput.... 


Tuan punya resepi

No comments: