.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, November 24, 2014

Tukang urut sedappppp

Assalamualaikum. Lama tak tulis blog, tak reti pulak nak mengarangnya. Since dah guna domain nama sendiri, tuan tanah bahasakan diri dengan nama sendiri jugak ye.... Tak nak aku-aku dah. Mak marah cakap aku! Haha....


Hari ni nak berkongsi tentang tukang urut piorrrr punye.... Selepas habis pantang hari tu memang Egie tak mengurut langsung.... Sebabnya, dah balik ke Nismilan dan Egie tak kenal tukang urut yang betul-betul bidan mengurut wanita lepas bersalin.... Dengan gaya hidup yang terkejar-kejar setiap hari, badan terasa sangat penat. Mintak hubby urut pun rasa macam tak kena urat yang tegang penat tu. Bertahan sampai tutup sekolah, sampai satu tahap yang terlalu penat sampaikan minggu terakhir sekolah, hari Selasa dan Rabu tu Egie mengalami clogged duct sampai demam menggigil-gigil. Sampai susu merajuk, sampai Nasaie pun merajuk meragam sama..... Time tu memang rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Punya la frust sebab tak dapat cater enough milk to Nasaie.... Tapi tak campur fm lagi tu... Usaha dulu. Egie fikir, kalau lepas mengurut nanti susu tak banyak jugak. Baru dan cari alternatif lain. Lepas tu hari last sekolah tu, punya la penat sampaikan masa sampai rumah pengasuh nak ambil Nasaie, kaki cramp di muka pintu rumah pengasuh. Diurut-urut letak minyak panas pun tak jalan. Lama jugak Egie rehat di rumah pengasuh. 

Lepas tu fikir, memang kena mengurut ni. Badan dah penat sangat dah ni. 



Selama duduk di Labu ni hampir 2 tahun,  Egie cuma kenal seorang je tukang urut dalam neighbourhood Egie ni. Seorang warga Indonesia. Tapi bagi yang manja macam Egie ni, memang tak digalakkan mengurut dengan dia. Kuat sikit dia urut. Pertama kali dulu masa nyaris tergelincir dalam toilet masa mengandungkan Nasaie 8 bulan. Kali kedua, rasanya last month bila terseliuh. Yang terseliuh tu memang ngeri. Dia punya urut, perghhhh sampai Egie nangis-nangis sambil pegang hubby kuat-kuat. Giler punya sakit. Egie bersalin pun tak nangis tau!!!! 


Ok, dipendekkan cerita. Egie pergi bayar rumah sewa rumah landlord sambil tengok bayi dia yang baru lahir. Sambil-sambil risik dengan landlady dia mengurut kak mana. Then dia bagi satu nombor telefon. Tapi mak cik tu duduk Mantau. 


Bila called, ok dia boleh datang ke rumah. Nice. Dan mengurutlah Egie. Yang lawaknya, the first moment dia pegang perut Egie, dia tanya "Banyak minum ais ye?" Haha! 


Yeee!!! Of crosssss!!!! Kembang habis urat-urat tu. Patut la rasa tak selesa.... Ecewahhhh! Sendiri minum ais, sendiri salahkan urat yang kembang... Puk sikit atas dahi tu!!! 


Seriously Acik tu ngurut sedap gilir. Jenis yang dia usap je dah kena dekat urat kita tu. Yang ni la yang Egie nak cari. Plus dia boleh datang sendiri. Ada menyediakan perkhidmatan mandi wap, jagaan dalam bersalin. Mandikan baby dan masak lunch. Perfecto!!!! Lagi rasa nak bersalin kat sini... Errr, lambat lagi la... Hehe... 


Dia urut satu badan selama 2 jam lebih rasanya. Itu pun Egie dok rasa dalam hati, jangan la dah siap, urut la lagi... Punya la sedap kena urut.... 


So, Egie share dengan korang nombor telefon Acik tu. Dia bahasakan dia Ateh. 


Ok, jumpa lagi di lain entry.... Hehe. Wassalam.... 

No comments: