Wednesday, December 31, 2014

Kurus, hamil dan kembali kurus

Assalamualaikum. Last entry sebelum masuk 2015. Malam ni Egie nak berkongsi tentang permasalahan gemuk melampau semasa hamil dan sukar kembali ke berat asal selepas bersalin. 

Ada yang mengalami masalah macam ni? 

Angguk ke? Hehe. Jangan bimbang. Kita geng! Egie dulu pun macam tu. 

Egie ulang balik cerita Egie ye. 
Egie berkahwin pada Mac 2012 dengan berat 62kg. 
Setahun selepas itu berat Egie 79kg. 
Kemudiannya hamil dan berat terakhir sebelum bersalin adalah 90.5kg. 
Dan alhamdulillah kini, berat Egie 66kg. 

Macamana Egie boleh kurus? 

Yes, breastfeeding sangat membantu. Selain itu, kawal makan, pakai Premium Beautiful dan amalkan Set Kurus Bajet. Egie tak konsisten sangat amal Set Kurus Bajet tu sebab kalau kerja, kadang-kadamg tak sempat. Tapi yang Egie tak pernah skip adalah minum Mineral Coffee.

Mineral Coffee ni sangat bagus tau. Dulu Egie tak kenal lagi Mineral Coffee. Kenal pun masa dah pregnant. Tapi alahan teruk pulak masa tu. Minum air manis je, muntah. InsyaAllah kalau hamil lagi nak minum Mineral Coffee secara konsisten. 

Mineral Coffee ni bukan sahaja mengurangkan kenaikan berat secara mendadak, tapi mampu mengawalatur bacaan gula dalam darah bagi mengelakkan ibu hamil mengalami kencing manis atau juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Mineral Coffee juga membantu menaikkan paras HB ibu hamil. 

Di sini Egie kongsikan testimoni business partner Egie ye. 

Kawan Egie ni berkongsi yang beratnya tidak naik mendadak seperti kehamilan pertama dan keduanya dulu. 

Dan alhamdulillah feedback terbaru darinya yang mengalami GDM, dia tak perlu lagi menjalani ujian BSP kerana bacaan gula dalam darah sudah normal. Alhamdulilah. Malas jugakkan dah sarat-sarat asyik nak kena ke klinik aje. Nak kena tinggal kerja lagi, nak tunggu turn lagi. Lagi takut kalau kena suntik insulin sendiri. Apatah lagi kalau jenis takut jarum macam Egie ni. Eiiii! 

Jadi, kita cegah sebelum parah. Mineral Coffee ni tak mahal mana. Cuma RM 26.50 sekotak yang mengandungi 20 satchets. Sekiranya anda atau adik beradik atau kenalan yang menghadapi masalah macam ni, boleh hubungi Egie ye.

Err, nak share gambar Egie ni... Aci tak? 

Masa tunjuk gambar pertama kat leader, dia tanya, "Itu gambar masa hamil ke?"... Uwaaaa!!! Nangessss!!!! Paling tak tahan mula kompiden je tu ambil gambar dengan badan camtu... Haha! Alhamdulillah kini dah insaf. Gambar peling kanan tu gambar sebelum cuti persekolahan akhir tahun. Terkini, dah berkurang lagi 2kg. 

Senyum je hubby bila balik kerja tadi tengok Egie pakai jeans lama... Minggu lepas dah try tapi tak mampu nak butang. 


Alhamdulillah kini berjaya muat kembali jeans berpotongan slim-fit saiz 30 yang Egie pakai kali terakhirnya pada tahun 2011. Hehe. 

Mungkin bagi sesetengah orang, saiz 30 ni besar, bagi Egie dah syukur sangat dah sebab Egie mempunyai pear shape body. So naturally I got larger bump and drumsticks! 

Untuk tahun 2015, azam nak turunkan 4kg lagi... InsyaAllah. Amin. 


Monday, December 29, 2014

Premium Beautiful: Anda perlukan bantuan saya?


Assalamualaikum. 

Anda ada salah satu masalah di atas? Boleh contact Egie ye, your PremiumBeautiful  Expert. 

Rugi la kan anda beli PB mahal-mahal tapi tak dapat pakai. 

Dah muat pakai, bentuk badan pulak tak shaping dengan cantik dan permanently. Kenapa? Sebab salah cara pakai. Penting sangat anda pakai PB dengan cara yang betul. Nak tau caranya, contact Egie ye. Nanti Egie guide korang. 

InsyaAllah anda akan dapat kesan yang positif dengan pemakaian PB yang konsisten dan cara yang betul. 

Tak yakin Egie boleh bantu anda? 


Hah, tu dia... Testimoni from one of our 
Geng Diet TDC. Kena beli PB baru sebab yang lama dah longgar!!!! Seronokkan? Badan kurus dan makin sihat. 

So apa lagi, hubungi Egie di 013 9943935

Tuesday, December 23, 2014

Bukan Ayam Kunyit Biasa....


Wahhh, tajuk bajet puitis ke? Haha. 

Hari ni masak ayam goreng kunyit je. Tapi bukan ayam kunyit biasa tau. Ayam kunyit resepi dari hati dengan penuh cinta... Cewahhh!!! 

Tapi betul tau. Walaupun bagi Egie dulu, ayam kunyit, ok, resepi standard la kan. Sama je semua orang masak. 

Tapi Egie salah. Tak sama rupanya. Setelah hampir 3 tahun kawin. Suami dok puji-puji setiap masakan Egie, tapi rupanya, seorang anak tetap rindukan air tangan ibunya. 

Dan hari ni bila suami asyik cakap teringin nak makan ayam kunyit his mom's version, maka isteri mithali ni pun call la mertua mintak resipi. Kelas gituhhh mintak resepi ayam kunyit dengan mertua! Hukhuk! 

Kalau ayam kunyit version Egie, ikut stail arwah umi la. Camni

Ayam potong kecik gaul garam kunyit. Tumis halia dan bawang putih sampai wangi, goreng ayam sampai separuh garing, masukkan bawang besardan lada  hiris. Masak sampai bawang besar, lada layu. 


Ayam Kunyit resepi mertua; 
Ayam potong kecik, gaul garam kunyit. Masukkan dalam kuali. Bubuh air sampai paras ayam. Masukkan sepotong kecil asam gelugur. Masak sampai air kering. Tak kering sangat pun. Ada sikit-sikit gitu. Masukkan garam gula secukup rasa, halia, bawang putih, bawang besar dan cili. Kacau rata. Tutup api. Gituhhh... 

Kira macam style mertua ni ayam tak garing. Basah-basah camtu. Egie dah terbiasa goreng kunyit kena garing. Be it daging, sotong. Semua nak garing. Sotong meletop pop pap pop pap pun sanggup kuhadapi demi nak sotong kunyit garing. Tak de la garing rangup tu. Tapi biar ada part yang garing. Gitu.

Tapi tadi ada jugak menderhaka resepi. Aku pi letak halia dan bawang putih awal-awal biar dia meresap rasanya dalam ayam. Hehe... Dasarrrr menantu bertuah kan! 

Dan begitulah power nya air tangan seorang ibu. Jadi ibu-ibu kena masak dengan ikhlas, zikir-zikir sikit masa masak. Semoga anak-anak Egie pun begitu juga nanti. Rindu akan air tangan ibunya walau di mana pun berada. 

Macam Egie pun, serious rindu gile masakan arwah umi. Nasi goreng umi memang terbaik. Terutamanya nasi goreng ikan kukus. Ikan kukus tu pulak dihancurkan sikit, goreng garing dulu. Perghhh. Nikmat! 

Semoga umi tenang dipersemadian. Al-fatihah. 

Monday, December 22, 2014

GLAM: shariah compliance MLM

(Editted: 3/1/2015)


Assalamualaikum, sempena Hari Maulidurrasul hari ini Egie nak buat penjelasan tentang MLM dan shariah compliance ni...  Ramai yang nak buat bisnes ni tapi takut tak patuh syariah kan? 


Ramai yang texted Egie tanya, bisnes ko buat tu, MLM ke? Haah. MLM. What's wrong with MLM? 


Sebenarnya, MLM yang halal dan haram ni ada 2 jns. Jenis pertama, tak fokus kepada urusniaga jual beli produk tapi fokus kepada cari downlines. Convince them untuk keluarkan modal. Bagi barang dan suruh dia buat benda yang sama. Langsung takde ajar jual produk, perkenalkan produk, dan sebagainya. ok, yang ni haram. Egie pernah baca dalam akhbar, penerangan tentang ini oleh seorang ustaz. Tapi tak jumpa dah. 


Jenis kedua, yang fokus kepada jual produk, bagi produk knowledge cukup2, buat kelas tentang business management, bimbing downlines cukup2, ok, itu halal. Macam GLAM ni la... 


Ustaz Zahiruddin ada menerangkan tentang MLM ni. Dan untuk menjadikan MLM tu shariah compliance, kena mematuhi 9 asas ini. 


 1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perakyang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

So, setelah Egie study, Egie memang yakin yang bisnes GLAM ni, patuh kepada 9 asas ini dan Egie yakin ianya mematuhi syariah.  Jadi, come and join me, no doubt, no worries. Lets face the tought 2015 together... 


Sumber: Ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Friday, December 19, 2014

Geng Anggun TDC dan Set Kulit Cantik

Hai, assalamualaikum. Egie tak sabar sangat nak umumkan yang kami telah mengumpul idea baru yang sangatttt Egie suka. Korang pun mesti suka punyaaaa!!!! 

Setelah kejayaan #GengDietTDC sebagai kumpulan sokongan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dengan perkongsian tips dan program seperti bootcamp, formulasi #SetKurusBajet dan #SetKempisPerut serta pemakaian Premium Beautiful, kami ada sesuatu yang lebih istimewa lagi untuk anda. 

Kami telah sebulat suara untuk menamakannya sebagai; 

#GengAnggunTDC



Antara pengisiannya adalah perkongsian #TipsCantikTDC dan formulasi #SetKulitCantik 



Terdapat beberapa formulasi untuk #SetKulitCantik yang sesuai untuk setiap lapisan purse korang... Hehe... Yang mana bajet rendah, akan ada Set Kulit Cantik Bajet, yang mana bajet tinggi sikit ada set-set tertentu yang kami telah uji pada diri sendiri. Jadi jangan risau ye!!! Mampu milik dan selamat.

Nantikan update seterusnya dari Egie ye... 

Sebagai teaser, Egie kongsikan beberapa testimoni dari team The Diamond Circle sendiri. 



 
Semua positifkan? Nantikan update Egie nanti ye. 

Untuk yang tak sabar-sabar tu boleh terus contact Egie di 013-9943935

Ok, till then. Wassalam. 

P/s: Korang dah start boleh search the hashtags in Instagram dan Facebook tauuu!!! 

Warisan Ayam Penyet

Semalam Egie tak masak sebab tak sempat beli barang dapur. Jadi ajak Mr. Polaris dinner kat luar. Niat nak makan kat kedai tomyam depan rumah je. Lasly terlajak sampai ke Nilai gara-gara nak mencuba Warisan Ayam Penyet. 

Kedai Warisan Ayam Penyet ni dulunya kedai Ayam Penyet AP. Tapi Egie tak suka sebab mostly pekerja dia foreigner. Ayam pun keras dan sejuk. Sambal pulak tak power. Terus hilang identiti ayam penyet. Wahhh gituhh! 

So hari tu tengok ada ayam penyet baru pulak, jom la menerai. Tapiiii, nak buat restaurant review tapi tak ambil gambar. Bole? Pertama sebab tak bawak phone. Kata nak dinner kat kedai tomyam depan rumah kennnn. Satu lagi sebab malas nak snap guna phone Mr. Polaris sebab takut makanan tak sedap. 


Kami order 2 set ayam penyet, 2 set nasi putih. Tapi pastu tambah lagi sepinggan nasik putih. Haha! Ok, 1 bandung cincau. 1 carrot susu. 

Bila makan, perghhh!!! Sedapppp!!! Ayam panas-panas garing di luar lembuts di dalam. Sambal pedas meletopppp tapi tolak 1 markah sebab manis sikit untuk tastebuds Egie. Air dia, kawww gileerrr. Perfect 10 untuk Carrot Susu. Jangan lupa order tauuu! 

Bila Mr. Polaris habis makan, Egie masih cool dok menyuap nasi ayam penyet tu kat Nasaie dengan tangan, suap ke mulut sendiri dengan sudu, (takut kena sambal kat tangan) baru pekerja dia datang offer sup kosong. Agaknya kesian Nasaie makan nasik kering kot. Sup dia pun sedap. Rasa daging dan tulang tu ada. Bukan takat sup kosong tambah garam, lada sulah, ajinomoto, daun sup dan bawang goreng je. Sedap. Tapi of course ada letak ajinomoto jugak kan. Standard sup kedai. 

So, after all. Boleh ulang makan lagi kat kedai ni. Tak yah dah jauh-jauh ke Bangi nak makan ayam penyet Wong Solo yang sedap tu. But still, so far ayam penyet Wong Solo yang terbaik mengikut citarasa Egie la.

So, buat pencinta-pencinta ayam penyet, bolehlah menikmati Warisan Ayam Penyet di sebelah Giant Nilai, in between Nando's dan Old Town White Coffee.

Tuesday, December 16, 2014

GLAM Pretty Women Day

Hai, assalamualaikum.... 

Ahad lepas Egie jumpa RaRa tau. Sape RaRa? Alaaaa, Raisyyah Rania aka Felixia Yeap la... Sape lagi... Cantik sangat RaRa semalam. Sederhana je dia mekap, dressed up, tapi berseri je. Sejuk mata memandang. 

Actually RaRa ni jemputan khas untuk GLAM Pretty Woman Day anjuran Green Leaders Academy Malaysia. Event ni dianjurkan khas untuk berkongsi tentang maklumat produk-produk Hai-O, tip-tip kecantikan, fesyen, soft-skills, media social skills, dan online business skills. 


Majlis dimulakan dengan products experts from company explained about the products to make us sell and share the products easier. Great things mean to be shared right? 

Maka, banyak la ilmu baru tentang Premium Beautiful corset, Marine Essence series dan Cozuma series yang baru Egie tahu walaupun dah hampir 3 tahun menjadi authorized distributor. Memang worth every second to be in this    majlis ilmu. 

Sesi soal jawab bersama RaRa, hosted by CDM Hanis Haizi

Teori dan praktikal tentang Premium Beautiful corset

Demo make up pun ada.... 


Dan slot terakhir of course la slot yang paling ditunggu-tunggu oleh kami... The special guest for this slot is Raisyyah Rania aka Felixia Yeap. RaRa berkongsi tentang hidup dia, dulu dan sekarang. Berkongsi tip-tip kecantikan, fesyen, media sosial dan banyak lagi.... 

Yang paling Egie ingat kata-kata RaRa; 



Dari kata-kata RaRa ni, maksudnya kita memang kena jaga penampilan kita. Tak kira di rumah atau di mata umum. Sebagai business women, penampilan memang tersangat penting. Contohnya korang pakai jeans koyak-koyak kat lutut, pakai tshirt, tetiba pergi nak jual korset berharga RM 2000 kat clients, mampu ke penampilan korang tu membuatkan clients yakin dengan korang. Ok, itu contoh la. Kan. 

Begitu jugak di rumah. Walaupun dah jadi ibu, jangan sesekali lupa menjadi isteri. Kena sentiasa hidupkan perasaan macam semalam baru kahwin di hati kita dan suami. Bagaimana? 

Nak jaga badan?
Pakai korset Premium Beautiful

Nak kulit berseri?
Minum BBPlus Collagen

Nak jaga dalaman? 
Makan Maharani

Nak diet? 
Makan Set Kurus Bajet

Nak kulit mulus? 
Guna Marine Essence Beauty Bar, La Praise Vitalift Serum dan Luminez series

Nak duit poket lebih?
Jom buat bisnes dengan The Diamond Circle nak? Hehe... Tapi kalau nak Egie sedia berkongsi dan korang decide. Then, your every step will be guided 

Alhamdulillah, bersyukur sangat berada dalam GLAM, dalam The Diamond Circle.  Semuanya disediakan. Grooming class, product review class, outdoor activities, sports activities, personal coaching by celebrity leaders, continuous support and guidance from leades and team members. Alhamdulillah. Ye la, kita kan manusia. Kadang bersemangat, kadang down. Di situlah pentingnya TEAMWORK

Because TEAMWORK makes the DREAM works. 

Selesai majlis, ada sesi bergambar pulak. So, here you are! 

With CDM Hanis Haizi, founder of GLAM. CDM Shaliza Aziz, founder of The Diamond Circle dan my bff aka business partner, Ida. 

With leader and business partners

Ehhh, nak jugak!!!! Bersama RaRa dan Yana. 

Diamonds in The Diamond Circle. 

We are expanding. Growing really fast. Just let me know if you need for extra money to face the REAL MALAYSIA ECONOMIC CRISIS FOR 2015! Let be part of us! We need to be ready for 2015.

Till then. Happy reading, darlings! 
 

Friday, December 12, 2014

Marine Essence Beauty Bar Tiruan

Allah! Allah! Allahuakhbar.

Terkejut sangat dapat info ni dari Jannah dan Muna, team members The Diamond Circle. 

Rupanya ada Marine Essence Beauty Bar yang tiruan... Bahaya! Sangat bahaya sebab Marine Essence Beauty Bar yang asli diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat digunakan hatta pada kulit bayi sekalipun. 

Bayangkan ada yang terbeli sabun tiduan dan menggunakan pada bayi? Allah, tak sanggup nak fikir.... 


Bagaimana cara nak mengenalpasti sabun tiruan dan asli? Caranya potong sikit, letakkan dalam sudu dan bakar. 

Sabun tiruan akan bertukar kehitaman manakala yang asli cuma berubah bentuk menjadi cecair tanpa berubah warna. 

Sabun asli berharga RM 105 sekotak yang mengandungi 3 biji sabun dan sabun  tiruan dijual semurah RM 30 sekotak. Ye, semurah itu. 

Jadi berhati-hati ye. Jangan sebab nak beli dengan harga yang murah anda terbeli yang tiruan. Takut memudaratkan anda. 

Maka, belilah dari ejen Hai-O yang berdaftar dan sah. At least kalau dia jual barang tiruan, boleh lapor kepada syarikat. Senang nak trace kan sebab setiap ahli Hai-O ni ada nombor keahlian masing-masing. 

Ok, itu sahaja perkongsian dari Egie  malam ini. 


Sekian, 

Izyan Alias (ID: 632721)

Thursday, December 11, 2014

Instagram minta masukkan nombor telefon?

Hmm, 2 hari Instagram Egie tak boleh digunakan gara-gara Instagram minta masukkan nombor telefon untuk tujuan keselamatan. 

Googled jugak about it. Macam-macam jawapan mereka beri. Tapi Instagram tetap tak berfungsi. 

Memandangkan smart phone ni kita guna untuk online banking, ada gambar peribadi, ada simpanan data, password dan sebagainya, Egie tak ikut arahan pun. Ada la sikit rasa tak best sebab online business Egie ni banyak guna IG untuk tujuan perkongsian maklumat produk, testimoni dan sebagainya. 

Bimbang jugak nak masukkan nombor telefon. Takutnya benda tu virus ke apa yang boleh absorb data dalam telefon kita, tak ke bahaya tu. 

Jadi, abaikan sahaja. Rehat sekejap dari guna Instagram. Dan hari ni, selepas 2 hari, it backs to normal. Alhamdulillah. 

Wednesday, December 10, 2014

Kini masanya untuk mencari sumber pendapatan kedua!


Alhamdulillah, awal minggu kedua setiap bulan adalah hari bonus bagi usahawan-usahawan Hai-O. Dan alhamdulillah, senyum menatap bonus statement bulan ni. Bonus meningkat. Bonus rakan-rakan sekumpulan juga meningkat. Ada yang melangkah setingkat ke Pangkat seterusnya. Ada juga yang peratusan bonus meningkat. Alhamdulillah, rezeki anak, rezeki keluarga, rezeki ibu bapa. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada team leaders yang tak jemu-jemu memberi bimbingan dan sokongan. 

Dalam team kami, The Diamond Circle pimpinan CDM Shaliza Aziz, kami pegang tagline "Buat Lebih, Dapat Lebih." Adil bukan? Jadi, dengan bimbingan dan sokongan yang tak pernah putus dari Leaders, setiap kemahiran, strategi dan usaha akan dibuat bersama. Dan bonus, anda yang dapat, bukan kami. 

Tahun 2014 masih bersisa beberapa minggu. Buat mereka yang ingin bersama-sama kami memperkukuhkan kewangan dan ekonomi peribadi dan keluarga menjelang tahun 2015 yang penuh cabaran ini, boleh hubungi Egie. 

Nak atau tidak. Suka atau tidak. Minat atau tidak. KITA MESTI MENCARI SUMBER PENDAPATAN LAIN UNTUK MENGHARUNGI HIDUP. Kalau fikir minat, suka, nak, apa yang kita dapat? Dapat duit sedebuk jatuh dari langit? Tidak bukan? 

Kalau fikir minat, suka, nak... Adakah ibu bapa kita minat, suka, nak menoreh bersawah di tengah panas? Bangun dinihari sejuk-sejuk bersiap ke ladang? Tidak! Mereka kuatkan semangat demi mencari rezeki untuk anak-anak. Siapa? Kita. Ye. Untuk kita. Maka, kita kena fikir minat, suka atau nak ke untuk senangkan hidup anak-anak? Usahalah ibu, usahalah ayah. Kita buat yang terbaik untuk anak-anak. 

Kita ini bertuah. Gaji hakiki sudah ada. Ada yang waktu kerjanya 7 pagi -4 petang. Ada juga yang waktu kerjanya 8-5. Ada juga yang waktu kerjanya tak menentu. Tapi untuk berbisnes bersama TDC, itu semua tidak penting. Yang penting, anda mempunyai 

✔ Smart phone 
✔ Media social account
✔ Talian internet 
✔ Minimum capital RM500 (no need in lump sum) 


Dan tadaaaaa!!!  Everything is on your fingertips. Hanya dengan meluangkan masa 2 jam sehari dalam talian, anda mampu mendapat pendapatan 3-5 angka. Anda tentukan berapa yang anda inginkan dan kami akan bimbing dan menyusun strategi untuk anda. Tak dapat luangkan masa 2 jam sehari secara terus, pecahkan kepada beberapa bahagian. Contohnya 10 minit semasa breakfast, 15 minit sewaktu tea break dan seterusnya mengikut kesesuaian anda.... 

Nampak senang bukan? Tapi kena ingat, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. 



Pakar-pakar kewangan, pakar-pakar ekonomi sudah mula bersuara bimbangkan kehidupan rakyat Malaysia tahun depan dan seterusnya. Marilah kita sama-sama, ubah kehidupan.  

🌀 Berjimat 
🌀 Menguruskan kewangan dengan bijak
🌀 Menyelesaikan hutang sedia ada
🌀 Elakkan penggunaan kad kredit
🌀 Elakkan membuat hutang baru
🌀 Mulakan perniagaan
🌀 Tambah pendapatan sampingan


Lelaki, perempuan, ibu, surirumah, bujang, students, ada modal, takde modal, semua akan kami bimbing hingga berjaya. Hubungi Egie sekiranya berminat ye.  Jommmm!!!!! 


Monday, December 8, 2014

Mineral Coffee

Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.



  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Gastrik
  • Masalah berat badan
  • Migrain
  • Mengantuk/lesu/letih dan kurang tumpuan
  • Perut buncit
  • Membantu pelawasan







Fungsi Garam Buluh



  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.


Harga: RM 26.50 (20 sachets x 12gm)
For best discount price do contact me. 

Premium Beautiful

1. Pengalaman pertama bersama Premium Beautiful
2. Pengalaman kedua bersama Premium Beautiful
3. Soal jawab tentang Premium Beautiful
4. Kesihatan kita
5. Blogger Fatin Liyana juga pengguna Premium Beautiful Korset
6. Tutorial step by step pemakaian Premium Beautiful Korset
7. Perkongsian dari Dr. Hamid Arshat
8. Testimoni dari a mother of 2
9. Tips pemakaian Premium Beautiful yang berkesan 
10. Healing crisis pemakaian Premium Beautiful
11. Testimoni dari a mother of 5


PREMIUM BEAUTIFUL FOUNDATION LINGERIE SERIES

1. Short brassiere


  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul.
  • Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia dapat melindungi badan dari sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme, di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menganjal dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan dapat meningkatkan garis payudara dan menyokong bahagian dada.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakang pula dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang badan dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.
  • Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang kepada 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.
  • Pad dada yang direka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempesona.
  • Hiasan corak bunga-bungaan menonjolkan keunggulan produk.
2. Long Brassiere

  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.
  • 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
3. Waist Nipper
  • Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
  • Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
4. Long Girdle



  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha.

Saturday, December 6, 2014

Ini bukan cobaaaannnn!!!! Ini betul betul!!!!

Selamat malam dan assalamualaikum semua. Malam ni Egie nak ajak anda semua berfikir bagaimana untuk lebih bersedia menghadapi 2015. Ini bukan cobaan!!!! Ini betul betul!!!! 

Besar dugaan untuk Malaysia, berat lagi dugaan yang kita semua kena tanggung, kena hadapi. Nak ke tak nak ke, kita tak ada pilihan. Cuma terdaya mencari peluang menambah pendapatan.

Membacanya, Egie rasa nak stop tambah hutang, nak selesaikan hutang yang dah ada. Tapi.... InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan bertambah satu lagi hutang. Hutang rumah pulak. InsyaAllah, alhamdulillah.


Bagaimana? Dengan gaji hakiki boleh tambah pendapatan  ke? Tidak! Dah sampai masanya semua orang yang berpendapatan sederhana memiliki sumber gaji lebih daripada 1. Dan kita semua tahu 9 daripada 10 daripada sumber rezeki datangnya dari berniaga kan. 

Sebab itulah Egie rasa sangat bertuah bertemu GLAM, berada di bawah naungan The Diamond Circle. Berpeluang mengenali Leaders yang tak jemu-jemu membimbing dan memberi sokongan. Sesungguhnya inilah teamwork terbaik yang pernah Egie experience. Tanpa teamwork yang berkesan, memang Egie tak merasa la bonus bulanan 3-4 angka sebulan tu. 

Walaupun buat side income, kerja hakiki Egie tak terjejas pun? Kenapa? Kerana kami buat melalui online. Dan team leaders sentiasa berkongsi the right tools, right methods to improve our skills. Percuma! 

Ok, jom kita sama-sama baca perkongsian dari Dr. Nazri Khan. 


KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan : 

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara. 

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. 

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN

Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN 

Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia. 

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya. 

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion. 

Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%. 

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknan
ya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama. 

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

Pandangan Peribadi :

Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia 

Bersedia untuk tahun 2015, dearies! 


P/s: Buat mereka yang ingin menambah pendapatan, boleh hubungi Egie untuk pertanyaan lanjut. Egie akan kongsikan peluang tersebut dan anda buatlah keputusan yang bijak. InsyaAllah. Dapat tambah 3, 4 ratus sebulan pun dah ok kan? Boleh buat tutup-tutup hutang yang sedia ada. Apatah lagi kalau dapat ribu-ribu kan? Tiada yang mustahil bersama The Diamond Circle. Everything is up to you. Jom sertai kami. 

Selamat malam. 

Thursday, December 4, 2014

Ringgit Malaysia jatuh teruk. Krisis kewangan terburuk.


Newspaper Singapura and Brunei dated 2nd Dec 2014.

Ape kesan pada kita semua especially pada yg tak bersedia?

Xde persediaan income tambahan.. Xde power control income and of coz harga brg..
Are we ready?

Boleh ke kita stay di comfort zone? Comfort  ke kita dlm keadaan mcm ni?

Hari ni JPM melancarkan laporan Malaysia Human Development Report 2013. Fakta yg meremangkan termasuklah:

🌀 90% penduduk kampong tiada simpanan sama sekali, berbanding 86% penduduk bandar.

🌀 hanya 20% saja penduduk di Malaysia dapat diklasifikasikan sebagai "middle class".

🌀 jurang kaya-miskin terburuk di Asean. Pendapatan 1% teratas adalah 22 kali dari 40% terbawah.

🌀 upah atau gaji pekerja hanya 28% dari pendapatan negara, berbanding 42% di Singapura, 48% di China.

Kalau terjadi kegawatan ekonomi maka impak terbesar adalah kpd orang Melayu, yg merupakan kelompok terbesar org miskin di kampong mahu pun di bandar.

Ini bermaksud, saya kena kerja lebih kuat lagi. Kena buat bisnes ni betul-betul. Kena ada another source of income selain gaji hakiki. Kalau kita boleh berjimat cermat, anak-anak cucu kita macamana? Zaman mereka nanti lebih mencabar. Sebab tu kita kena sediakan foundation yang kukuh untuk keluarga kita sekarang dan seterusnya. 

Lucky I met the right business, right team and right leaders that always give me continuous support and guidance. 

TQ #glam 
TQ #thediamondcircle 

I'll do my best! 

Buat yang ingin mencari pendapat sampingan, tak punya masa yang banyak, ingin membuat online business, do contact me for further info. Your every step will be guided. 

Contact Egie tau!!! 

Monday, December 1, 2014

Victoria Sandwich Cake

Amboi, sejak tukar domain baru, rajin pulak up entry.... Padahal sebab dah cutu sekolah. Kerja-kerja 2014 insyaAllah semua dah settle... Ada la masa sikit untuk update blog.

Hari ni try baking Victoria Sandwich Cake sebab sayangkan strawberry yang dah 2 minggu dalam fridge. Macam biasalah, strawberry tu buat compote. Manis manja-manja je.... 

So, carik resipi vanilla sponge cake yang guna cawan sebab rumah Egie takde scale... Berkenanlah dengan resipi dari http://mayangbakingmadness.blogspot.com/2014/01/fruit-flan-dan-victoria-sandwich-cake.html?m=1


RESEPI KEK BUTTER
--------------------------
8 BJ TELUR (ASINGKAN PUTIH DAN KUNING)
1 BUKU BUTTER
2 CAWAN TEPUNG*
1 SDT BAKING POWDER *
2 CAWAN GULA
SEDIKIT ESEN VANILLA
100ML SUSU CAIR/SEGAR

* DIAYAK BERSAMA
CARA

1. PUKUL PUTIH TELUR DENGAN 1/2 CAWAN GULA KASTOR SEHINGGA BERTANDUK DAN KETEPIKAN,

2. PUKUL BUTTER, DAN GULA HINGGA KEMBANG, MASUKKAN KUNING TELUR, PUKUL SEBATI MASUKKAN SEDIKIT-SEDIKIT TEPUNG DAN SUSU SECARA SELANG SELI, MASUKKAN ESEN VANILA APABILA DAH SEBATI KAUP BALIK ADUNAN TEPUNG BERSAMA-SAMA PUTIH TELUR YG TELAH DI PUKUL TADI. KEMUDIAN LENGSER 2 BIJI LOYANG DAN MASUKKAN ADUNAN KEK. BAKAR SEKITAR SUHU 160-170 KIRA 30 MINIT ATAU BERGANTUNG PADA OVEN MASING-MASING.

Egie guna separuh je dari resepi ni. Memang puas hati dengan outcome nye...  Wangi, gebu gebas... Sedap.... Rasanya macam Egie kurangkan sikit gulanya.... Memang sedap digandingkan dengan non-dairy whipping cream dan strawberry compote. 

Rasanya memang stick dengan resepi ni la nanti jika nak buat lagi... Puas hati. 

Mertua pun makan berhiris-hiris jugak. Itu la yang paling penting kan. Sesuku pulak jadi rezeki adik ipar yang baru pregnant. Sama pulak alahannya dengam Egie dulu. Gelu bau nasik. Lahi-lagi yang berwap tengah masak tu... Pastu geli bau tumisan bawang. Tapi Egie lagi extreme la kot sebabnya geli dengan body wash dan shampoo. Kena pakai yang ketul je sepanjang hamil. Nasib baik ada Marine Essence Beauty Bar. Tapi tang syampu tu tahan je la mak muntah masa cuci rambut. 

Eh, melalut pulak. Ok, since adik ipar geli makan nasik dan bawang, elok sangat la bawak kek tadi tu. 

Ni hah gambar buktinya. 

 Memang highly recommended tau. Happy trying, dearies.