.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 22, 2014

GLAM: shariah compliance MLM

(Editted: 3/1/2015)


Assalamualaikum, sempena Hari Maulidurrasul hari ini Egie nak buat penjelasan tentang MLM dan shariah compliance ni...  Ramai yang nak buat bisnes ni tapi takut tak patuh syariah kan? 


Ramai yang texted Egie tanya, bisnes ko buat tu, MLM ke? Haah. MLM. What's wrong with MLM? 


Sebenarnya, MLM yang halal dan haram ni ada 2 jns. Jenis pertama, tak fokus kepada urusniaga jual beli produk tapi fokus kepada cari downlines. Convince them untuk keluarkan modal. Bagi barang dan suruh dia buat benda yang sama. Langsung takde ajar jual produk, perkenalkan produk, dan sebagainya. ok, yang ni haram. Egie pernah baca dalam akhbar, penerangan tentang ini oleh seorang ustaz. Tapi tak jumpa dah. 


Jenis kedua, yang fokus kepada jual produk, bagi produk knowledge cukup2, buat kelas tentang business management, bimbing downlines cukup2, ok, itu halal. Macam GLAM ni la... 


Ustaz Zahiruddin ada menerangkan tentang MLM ni. Dan untuk menjadikan MLM tu shariah compliance, kena mematuhi 9 asas ini. 


 1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perakyang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

So, setelah Egie study, Egie memang yakin yang bisnes GLAM ni, patuh kepada 9 asas ini dan Egie yakin ianya mematuhi syariah.  Jadi, come and join me, no doubt, no worries. Lets face the tought 2015 together... 


Sumber: Ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

1 comment:

Anwar said...

Good write-up. Glad to meet a fellow Syariah-conscious entrepreneur .

M.K. Anwar Rangkuti
SolidusDenarius.com