.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, December 31, 2014

Kurus, hamil dan kembali kurus

Assalamualaikum. Last entry sebelum masuk 2015. Malam ni Egie nak berkongsi tentang permasalahan gemuk melampau semasa hamil dan sukar kembali ke berat asal selepas bersalin. 

Ada yang mengalami masalah macam ni? 

Angguk ke? Hehe. Jangan bimbang. Kita geng! Egie dulu pun macam tu. 

Egie ulang balik cerita Egie ye. 
Egie berkahwin pada Mac 2012 dengan berat 62kg. 
Setahun selepas itu berat Egie 79kg. 
Kemudiannya hamil dan berat terakhir sebelum bersalin adalah 90.5kg. 
Dan alhamdulillah kini, berat Egie 66kg. 

Macamana Egie boleh kurus? 

Yes, breastfeeding sangat membantu. Selain itu, kawal makan, pakai Premium Beautiful dan amalkan Set Kurus Bajet. Egie tak konsisten sangat amal Set Kurus Bajet tu sebab kalau kerja, kadang-kadamg tak sempat. Tapi yang Egie tak pernah skip adalah minum Mineral Coffee.

Mineral Coffee ni sangat bagus tau. Dulu Egie tak kenal lagi Mineral Coffee. Kenal pun masa dah pregnant. Tapi alahan teruk pulak masa tu. Minum air manis je, muntah. InsyaAllah kalau hamil lagi nak minum Mineral Coffee secara konsisten. 

Mineral Coffee ni bukan sahaja mengurangkan kenaikan berat secara mendadak, tapi mampu mengawalatur bacaan gula dalam darah bagi mengelakkan ibu hamil mengalami kencing manis atau juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Mineral Coffee juga membantu menaikkan paras HB ibu hamil. 

Di sini Egie kongsikan testimoni business partner Egie ye. 

Kawan Egie ni berkongsi yang beratnya tidak naik mendadak seperti kehamilan pertama dan keduanya dulu. 

Dan alhamdulillah feedback terbaru darinya yang mengalami GDM, dia tak perlu lagi menjalani ujian BSP kerana bacaan gula dalam darah sudah normal. Alhamdulilah. Malas jugakkan dah sarat-sarat asyik nak kena ke klinik aje. Nak kena tinggal kerja lagi, nak tunggu turn lagi. Lagi takut kalau kena suntik insulin sendiri. Apatah lagi kalau jenis takut jarum macam Egie ni. Eiiii! 

Jadi, kita cegah sebelum parah. Mineral Coffee ni tak mahal mana. Cuma RM 26.50 sekotak yang mengandungi 20 satchets. Sekiranya anda atau adik beradik atau kenalan yang menghadapi masalah macam ni, boleh hubungi Egie ye.

Err, nak share gambar Egie ni... Aci tak? 

Masa tunjuk gambar pertama kat leader, dia tanya, "Itu gambar masa hamil ke?"... Uwaaaa!!! Nangessss!!!! Paling tak tahan mula kompiden je tu ambil gambar dengan badan camtu... Haha! Alhamdulillah kini dah insaf. Gambar peling kanan tu gambar sebelum cuti persekolahan akhir tahun. Terkini, dah berkurang lagi 2kg. 

Senyum je hubby bila balik kerja tadi tengok Egie pakai jeans lama... Minggu lepas dah try tapi tak mampu nak butang. 


Alhamdulillah kini berjaya muat kembali jeans berpotongan slim-fit saiz 30 yang Egie pakai kali terakhirnya pada tahun 2011. Hehe. 

Mungkin bagi sesetengah orang, saiz 30 ni besar, bagi Egie dah syukur sangat dah sebab Egie mempunyai pear shape body. So naturally I got larger bump and drumsticks! 

Untuk tahun 2015, azam nak turunkan 4kg lagi... InsyaAllah. Amin. 


No comments: