.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 1, 2014

Victoria Sandwich Cake

Amboi, sejak tukar domain baru, rajin pulak up entry.... Padahal sebab dah cutu sekolah. Kerja-kerja 2014 insyaAllah semua dah settle... Ada la masa sikit untuk update blog.

Hari ni try baking Victoria Sandwich Cake sebab sayangkan strawberry yang dah 2 minggu dalam fridge. Macam biasalah, strawberry tu buat compote. Manis manja-manja je.... 

So, carik resipi vanilla sponge cake yang guna cawan sebab rumah Egie takde scale... Berkenanlah dengan resipi dari http://mayangbakingmadness.blogspot.com/2014/01/fruit-flan-dan-victoria-sandwich-cake.html?m=1


RESEPI KEK BUTTER
--------------------------
8 BJ TELUR (ASINGKAN PUTIH DAN KUNING)
1 BUKU BUTTER
2 CAWAN TEPUNG*
1 SDT BAKING POWDER *
2 CAWAN GULA
SEDIKIT ESEN VANILLA
100ML SUSU CAIR/SEGAR

* DIAYAK BERSAMA
CARA

1. PUKUL PUTIH TELUR DENGAN 1/2 CAWAN GULA KASTOR SEHINGGA BERTANDUK DAN KETEPIKAN,

2. PUKUL BUTTER, DAN GULA HINGGA KEMBANG, MASUKKAN KUNING TELUR, PUKUL SEBATI MASUKKAN SEDIKIT-SEDIKIT TEPUNG DAN SUSU SECARA SELANG SELI, MASUKKAN ESEN VANILA APABILA DAH SEBATI KAUP BALIK ADUNAN TEPUNG BERSAMA-SAMA PUTIH TELUR YG TELAH DI PUKUL TADI. KEMUDIAN LENGSER 2 BIJI LOYANG DAN MASUKKAN ADUNAN KEK. BAKAR SEKITAR SUHU 160-170 KIRA 30 MINIT ATAU BERGANTUNG PADA OVEN MASING-MASING.

Egie guna separuh je dari resepi ni. Memang puas hati dengan outcome nye...  Wangi, gebu gebas... Sedap.... Rasanya macam Egie kurangkan sikit gulanya.... Memang sedap digandingkan dengan non-dairy whipping cream dan strawberry compote. 

Rasanya memang stick dengan resepi ni la nanti jika nak buat lagi... Puas hati. 

Mertua pun makan berhiris-hiris jugak. Itu la yang paling penting kan. Sesuku pulak jadi rezeki adik ipar yang baru pregnant. Sama pulak alahannya dengam Egie dulu. Gelu bau nasik. Lahi-lagi yang berwap tengah masak tu... Pastu geli bau tumisan bawang. Tapi Egie lagi extreme la kot sebabnya geli dengan body wash dan shampoo. Kena pakai yang ketul je sepanjang hamil. Nasib baik ada Marine Essence Beauty Bar. Tapi tang syampu tu tahan je la mak muntah masa cuci rambut. 

Eh, melalut pulak. Ok, since adik ipar geli makan nasik dan bawang, elok sangat la bawak kek tadi tu. 

Ni hah gambar buktinya. 

 Memang highly recommended tau. Happy trying, dearies. 

No comments: