.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, December 19, 2014

Warisan Ayam Penyet

Semalam Egie tak masak sebab tak sempat beli barang dapur. Jadi ajak Mr. Polaris dinner kat luar. Niat nak makan kat kedai tomyam depan rumah je. Lasly terlajak sampai ke Nilai gara-gara nak mencuba Warisan Ayam Penyet. 

Kedai Warisan Ayam Penyet ni dulunya kedai Ayam Penyet AP. Tapi Egie tak suka sebab mostly pekerja dia foreigner. Ayam pun keras dan sejuk. Sambal pulak tak power. Terus hilang identiti ayam penyet. Wahhh gituhh! 

So hari tu tengok ada ayam penyet baru pulak, jom la menerai. Tapiiii, nak buat restaurant review tapi tak ambil gambar. Bole? Pertama sebab tak bawak phone. Kata nak dinner kat kedai tomyam depan rumah kennnn. Satu lagi sebab malas nak snap guna phone Mr. Polaris sebab takut makanan tak sedap. 


Kami order 2 set ayam penyet, 2 set nasi putih. Tapi pastu tambah lagi sepinggan nasik putih. Haha! Ok, 1 bandung cincau. 1 carrot susu. 

Bila makan, perghhh!!! Sedapppp!!! Ayam panas-panas garing di luar lembuts di dalam. Sambal pedas meletopppp tapi tolak 1 markah sebab manis sikit untuk tastebuds Egie. Air dia, kawww gileerrr. Perfect 10 untuk Carrot Susu. Jangan lupa order tauuu! 

Bila Mr. Polaris habis makan, Egie masih cool dok menyuap nasi ayam penyet tu kat Nasaie dengan tangan, suap ke mulut sendiri dengan sudu, (takut kena sambal kat tangan) baru pekerja dia datang offer sup kosong. Agaknya kesian Nasaie makan nasik kering kot. Sup dia pun sedap. Rasa daging dan tulang tu ada. Bukan takat sup kosong tambah garam, lada sulah, ajinomoto, daun sup dan bawang goreng je. Sedap. Tapi of course ada letak ajinomoto jugak kan. Standard sup kedai. 

So, after all. Boleh ulang makan lagi kat kedai ni. Tak yah dah jauh-jauh ke Bangi nak makan ayam penyet Wong Solo yang sedap tu. But still, so far ayam penyet Wong Solo yang terbaik mengikut citarasa Egie la.

So, buat pencinta-pencinta ayam penyet, bolehlah menikmati Warisan Ayam Penyet di sebelah Giant Nilai, in between Nando's dan Old Town White Coffee.

No comments: