.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, October 13, 2015

Daging Masin Masak Lemak Kuning Daun Kaduk Ala Besut

Menu hujung minggu lepas. 


💚Daging Masin Masak Lemak Kuning Daun Kaduk Ala Besut💚

Bahan-bahan: 
1. Daging perap dengan garam  di luar peti 1 mlm. (Tapi aku tak sempat nak perap 1 malam. Perap 1 jam je) 
2. 2 bji bwg merah 
3. 1 bji bwg putih
4. Kunyit hidup
5. Lengkuas
6. 2 cawan santan pekat
7. Sedikit cili giling
8. Sedikit ketumbar tumbuk
9. Asam keping. 
10. Beberapa helai pucuk kaduk

Cara-cara
1. 2,3,4 dan 5 tumbuk dan keringkan air dalam periuk bersama cili giling sebelum masukkan daging. Masak hingga daging lembut bersama asam keping. Tambah air kalau perlu. 
2. Masukkan santan bila air hampir kering. 
3. Masukkan garam kalau perlu dan gula secukup rasa
4. Masukkan daun kaduk yang dipotong kasar. 
5. Siap. 

Monday, August 24, 2015

Rupanya ada rawatan alternatif bayi jaundice tanpa ubatan

Pengalaman melahirkan An Nasaie merupakan pengalaman paling mahal dan bernilai dalam hidup. Kecuali, terpaksa bermalam di hospital 3 malam kerana Nasaie demam kuning.

Sungguh, dengan badan kita yang lemah kesan dari proses bersalin, tanpa bengkung yang berfungsi mengemaskan dan memanaskan perut dan yang paling ngilu, luka jahitan. Sukar dan menguruskan diri di hospital. Semasa di tahan di wad, Egie berazam untuk usahakan anak-anak selepas An Nasaie tidak mengalami jaundice. 

Cukuplah sekali merasa pengalaman macam tu. Dari bilik kelas pertama hospital kerajaan, terpaksa keluar ke wad biasa kerana bilik kelas pertama mempunyai ruang terhad untuk menempatkan mesin fototerapi. Ruang privasi sudah tiada di wad biasa. Terpaksa pula bertudung seharian di ruang wad yang terbuka. 

Paling sedih dan memedihkan perasaan bila lihat anak yang baru lahir gayat tanpa baju dan bedung dalam baby cot. Di bawah cahaya fototerapi biru dengan mata bertutup pulak tu. Memang Egie tak henti-henti menangis tengok An Nasaie masa tu. 

rawatan bayi kuning
An Nasaie sewaktu rawatan fototerapi

Walaupun nurse tak bagi letak bantal, tak bagi alaskan dengan kain, tak bagi selimutkan An Nasaie sewaktu rawatan fototerapi, Egie sendalkan jugak dengan bantal. Bayi baru lahir yang terbiasa kemas dan hangat dalam rahim ibu, tentulah dia gayat dalam baby cot tu.... 

Egie selimutkan jugak dengan kain napkin yang lebih nipis supaya cahaya biru tu dapat tembus juga. 

rawatan bayi kuning
Ini selepas mandi pagi di wad.
 Ayahnya cuma dapat jenguk dari tingkap je. Ibu yang manja ni lagi la bergenang air mata. 

Asal suami datang je, Egie nangis rayu suami mintak izin doktor untuk balik. Mujurlah hari keempat di hospital, kami dibenarkan pulang. Masa tu badan memang rasa berat, lenguh tu tak payah cerita lah.... Sungguh, kalau boleh diulang semula, rasa tak sanggup nak melalui saat-saat di hospital. 

Masa di wad, memang 1 wad tau Egie manja. Makan cuma bila suami datang suapkan. Kalau tak, memang tak makan. Dah la makan disuap suami, sambil nangis pulak tu. Ntah pape Egie ni kan... Dah la masa tu sedih mengenang nasib diri yang tak berpeluang dijaga arwah umi dalam pantang. 

Dan kini, setelah mengenali Bio Velocity Sleepmate, baru Egie tahu fungsi BVSM juga mampu membantu menurunkan bacaan bilirubin dalam darah bayi jaundis. 

rawatan+alternatif+bayi+kuning+jaundice


bvsm+rawatan+demam+kuning+jaundice

bvsm+rawatan+demam+kuning+jaundice

Inilah antara testimoni yang kami dapat tentang BVSM yang membantu menurunkan kuning bayi. Walaupun terlewat memiliki BVSM, namun alhamdulillah, kami memang merasa tidur yang lebih puas dan berkualiti dengan BVSM. 

Selepas baca testimoni tu, memang rasa menyesal tak kenal BVSM lebih awal. InsyaAllah untuk next babies, ibu dan stabdby BVSM awal-awal lagi dah. 

Selain BVSM, perkongsian dari rakan-rakan juga mengatakan Mineral Coffee banyak membantu memberi tenaga semasa dan selepas mengandung, menaikkan bacaan HB, mengawal atur bacaan gula dalam darah sehinggakan kawan Egie yang disahkan GDM sewaktu hamil juga, nurse terkejut melihat bacaan gulanya normal setelah mengamalkan Mineral  Coffee. Peningkatan berat badan juga tidak mendadak jika dibandingkan dengan pengalaman hamil anak-anak sebelumnya. Paling best, bayi bebas kuning. 

Itu yang paling best kan? 


bio+velocity+sleep+mate+fungsi+bvsm
Kegunaan lain BVSM



cara+bayaran+bvsm
3 cara bayaran yang sangat mampu milik. Cuma serendah RM65 sebulan. 



Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, Egie memang sarankan standby BVSM ni. Selain untuk menurunkan bacaan kuning bayi, ianya amat bermanfaat untuk membantu ibu-ibu tidur lebih lena, berkualiti dan menyegarkan badan. 


Hubungi Egie untuk maklumat lanjut. 







Sunday, August 23, 2015

Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai

Sejak jadi emak, kesihatan anak jadi kepentingan utama. Alhamdulillah, tahun pertama Nasaie, dia cuma demam dua kali. Bila dia selsema dan batuk berpanjangan selepas umurnya setahun, kami risau sangat. Banyak klinik kanak-kanak yang kami pergi namun semuanya tidak serasi.

Jiran sebelah menyarankan untuk kami ke klinik Dr. Bee di Seremban, namun tidak pernah berpeluang berjumpa beliau kerana setiap kali kami ke sana, kliniknya tutup. 

Mujurlah ada seorang kenalan yang menyarankan kami supaya ke Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai. Statement yang paling menarik adalah, doktor berkenaan merupakan bekas doktor kerajaan. 

Jadi pengalaman pertama bersama Dr. Rosman Alias sangat menyenangkan. Waktu itu kami membawa Nasaie ke klinik kerana dia tidak poo-poo selama 4 hari. Dan yang paling kami suka, Dr. Rosman tidak memberi apa-apa ubat kerana katanya itu normal bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Lagi pun pemeriksaan ke atas perut Nasaie mendapati perutnya normal tanpa ada ketulan najis keras. 

Terasa sangat amazing sebab pengalaman sebelum ini membawa Nasaie kerana demam, batuk dan selsema, doktor kanak-kanak yang merawatnya memberi pelbagai ubat batuk, demam, selsema dan antibiotik walaupun Nasaie baru beberapa bulan. 

Seriously you gave those medicines to babies? But we ended it threw it away for I believe, baby has his own antibody to fight it. Thus, developing his immune system stronger without those medicines and antibiotics.

Starting from that moment, Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai become our favourite till now. 

Semalam pun kami bawa Nasaie ke klinik tu sebab dia batuk dan selsema almost a month. Selepas pemeriksaan, Nasaie rupanya mengalami resdung dan elergik terhadap a few makanan dan habuk. Turun dari ayah dia la tu... Pemeriksaan paru-paru menunjukkan paru-parunya clear dari kahak dan jangkitan. Alhamdulillah. 

klinik+pakar+kanak+kanak+nilai

Kedudukannya sebaris dengan Bank Rakyat Nilai. 

waktu+operasi
Waktu operasi Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai


His favourite corner
Lepas jumpa doktor pun tak nak balik. Ayyooo!!! Ingat ini public playground ke apa sayang....

Err, semalam juga kami dapat berita gembira.... Nanti Egie share ye. Tunggu official confirmation then I'll announce it. InsyaAllah. Amin. 

Thursday, August 20, 2015

Pendapatan Sampingan melalui Online Business

side+income+online+business+jom+tambah+income+premium+beautiful+expert

Alhamdulillah, bulan lepas bulan kemuncak pencapaian kami suami isteri dalam bisnes bersama SahajidahHaiOMarketing di bawah bimbingan penuh TheDiamondCircle team. 

Sejujurnya suami tidak berapa gemar Egie tumpu perhatian kepada bisnes pada mulanya. Tak suka tengok Egie menghadap handset, laptop layan customers, pos barang, attend class dan events.  Tapi Egie buat juga. Sambil terangkan kenapa Egie suka bisnes bersama TDC ni. Bukan sekadar cari #sideincome tapi more on kepuasan sendiri. Dalam tak suka tu suami juga yang tolong bungkuskan barang, poskan barang, teman Egie jumpa client, teman Egie ke kelas. Paling tak ternilai, sanggup jaga An Nasaie sepanjang  tempoh Egie ada aktiviti bisnes. 

Suami dah banyak tolong tu, Egie buatkan juga bisnes untuk dia skali. Dan bulan lepas, senyum-senyum dia bila bonus masuk ke akaunnya hampir RM800. Tak termasuk untung runcit. Kembang-kembang hidung dia masa call ibunya untuk memaklumkan dia telah memasukkan duit ke akaun ibunya. Kata mertua Egie, 

"Eh, hari tu dah masukkan duit. Masuk lagi? Ni baru berapa hari bulan? Dah gaji ke? Awalnya!"

Senyum-senyum suami jawab, "Bukan duit gaji, alhamdulillah bonus bisnes dah masuk. Dapat rezeki lebih sikit bulan ni."

"Oo, banyak jugak dapat buat bisnes tu ye..." 


Bukan itu sahaja, suami juga sudah berjaya mara setapak ke pangkat #SalesManager manakala Egie pula #SeniorSalesManager

Dalam ramai penjawat awam yang sedang runsing memikirkan gaji yang berselang 46hari, alhamdulillah kami merasa bonus bisnes RM1800. Belum ditambah untung runcit lagi almost RM1000++. 

Lega sangat ada side income sebagai backup. Bukan susah kerana bisnes ini adalah onlinebusiness dan dibimbing sepenuhnya oleh our team leader, CDM Shaliza Aziz. 

Dan insyaAllah 12 September nanti Egie akan naik ke pentas menerima penganugerahan bersama 2 Sales Managers Egie iaitu: 

Sales Manager Asma Shahida Ahmad
dan
Sales Manager Mohd Nazri bin Fauzi

Alhamdulillah my little team is expanding. Lucky I met the right business, right group, right leader. Tqvm to everyone involved. 

Wanna be part of our team, pm me at #0139943935. We will guide your every step. 


Monday, August 3, 2015

Resepi Overnight Oat

Dah lama doh tengok-tengok resepi Overnight Oat. Malam tadi baru berpeluang buat.

Allah, sedapnyaaaa! Memang kena sangat dengan taste Egie... Sebelum ni pun memang suka makan oat. Pernah buat oat sebagai bubur kosong dan makan dengan lauk-lauk kering. Sedapp. 

Ini, buat overnight Oat, lagi sedap...

Next time boleh tukar-tukar perasa yogurt dan buah-buahan tu... 

overnight-oat-frozen-berries


resepi-overnight-oat

Tak sangka sedap sangat makanan orang diet ni... Hehe...

Korang pun try la... 

Resepi Mihun Sup Ala Cina

Ramai yang mintak resepi. Egie share kat sini ye. Sedap sangat rupanya mihun sup chinese style ni. Very refreshing. 



Bahan-bahan: 
1. Segenggam ikan bilis. Bersihkan
2. 5 biji bwh putih, ketuk dan cincang kasar
3. 3-4 biji bawang merah hiris
4. Lada sulah
5. Batang daun sup dan daun bawang
6. Mihun (celur dan toskan)
7. Cili padi hiris dan campur kicap cair, masin dan manis siap2. Simpan dalam peti. 
8. Fishball 3 paket. (Fishball yg goreng lebih sedap dan manis berbanding yang warna putih. Campur pun takpe) 
9. Daun sup dan bawang yang separuh dari no 5 tadi. 
10. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya. 
1. Rebus bilis dengan seperiuk air. Lebih lama lebih sedap. Api sederhana.
2. Dah keluar rasa bilis. Matikan api. 
3. Tapis airnya dan buang bilis tadi. Kita nak guna air bilis je. Sebab chinese soup ni jernih je. 
4. Panaskan semula sup bilis tadi dan masukkan bebola ikan. 
5. Masukkan lada sulah. 
6. Sambil tu goreng bawang merah. Lepas beberapa minit baru masukkan bawang putih sebab bawang putih cepat hangus. Goreng macam nak buat bawang goreng tu. Dah perang, tutup api dan tolak bawang goreng ke tepi kuali. Minyak dah sejuk, masukkan semula bawang goreng dalam minyak supaya minyak tu jadi wangi. 
7. Bila sup dah mendidih, masukkan batang daun sup dan daun bawang. 
8. Masukkan bawang goreng tadi bersama minyak tu sekali. 
9. Masukkan garam gula. 
10. Matikan api dan tutup periuk. 
11. Hidangkan bersama mihun, daun sup dan bawang bersama cili potong kicap. 

Ok, sekian sahaja resepi. So far, kami sekeluarga memang suka sup ni. Kalau suka, boleh pecahkan telur jugak. Nak tambah sayur pun boleh. 

Berselera Nasaie makan.... Alhamdulillah. 


Tuesday, July 14, 2015

Cara Kekalkan Berat Badan di Aidilfitri

Assalamualaikum. Topik penting ni di musim perayaan, kan? 


Cuba tengok ni... Hati je gentar tengok kalori kan? Tapi mulut dengan perut buat tak endah je. 

Kesannya!!!! 

Mula la ada yang masuk kereta je terus unbutton jeans. Yang perempuan pulak bukak hook kain. Perut rasa sendat ke kan... 

Ambil gambar pun sedut-sedut perut takut tersentil dalam gambar. 

Ok, mari Egie share cara nak kekalkan bentuk badan dan berat di musim perayaan. 

Pertama! 


Wajib pakai Premium Beautiful Corset. Selain cantikkan bentuk badan, PB juga membantu baju raya anda yang cantik vogey de vass tu nampak lebih terletak. No more saggy breast, tiang lampu body shape, muffin top, etc! 

Nampak kan perbezaan tanpa PB dan selepas pakai PB? 

Selain itu juga PB corset menjadi thermostat yang akan bagi signal perut dah penuh... Wahh, fizik sangat masuk bab termostat gitu... Haha! 

Lelaki pula boleh pakai Waist Nipper yang unisex tu. Juga berfungsi sama seperti Premium Beautiful. 



Kedua! 

Malam, selepas Isyak, minum la BV Alfalfa dan 2 biji Garlic Tablet untuk detox dan buang angin. Siang tadi dah makan banyakkan? 

Lagi bagus kalau detox dengan Garam Buluh Premium Drink. 

          Set Kurus Bajet Set A dan B

Ketiga! 

Kalau perut sebu sangat sebab terkejut masuk macam-macam lepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, bancuh secawan Mineral Coffee panas, minum. Kemudian telan 2 biji Garlic Tablet. InsyaAllah you'll feel better. 


Sekian perkongsian tips dari Egie, your Premium Beautiful Expert. Semoga hari raya anda lebih bererti tahun ini. InsyaAllah, amin. 


Pssst! Jom jimat RM600-1400 dengan pembelian Premium Beautiful sebelum 1 Ogos. Contact Egie for further info. 


Resepi Sup Ayam Lain dari yang Lain

Amboi, masak sup ayam pun up entry, kannn? 

Egie just nak share resepi sup ayam lain dari yang lain ni sebab dulu-dulu Egie memang tak makan ayam bila buat sup, tomyam atau gulai. Egie prefer ayam goreng sebab lebih berperasa. 

Sape geng dengan Egie? 

Ehh, takde ke? Haha! 

But then bila Egie try masak sup ayan atau tomyam dengan cara ni, baru rasa boleh makan ayam yang tidak bergoreng. 

Macamana? 


Bahan-bahan:
1. Rempah kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan cardamon. 
2. Sesudu kecil rempah kurma atau ikut isipadu sup yang anda nak buat. Biasa main tuang je. Hehe...  
3. Ayam
4. Carrot, kentang, saderi
5. Air
6. Garam gula
7. Bawang putih ketuk dan halia

Cara-caranya: 
1. Tumis bawang putih, halia dan rempah tumisan sampai bawang putih perang. 
2. Masukkan rempah kurma. 
3. Masukkan ayam. Kacau rata hinggaair ayam kering. 
4. Masukkan air. 
5. Dan mendidih baru masukkan carrot, kentang dan saderi. 
6. Masukkan garam dan sedikit gula. 

Dah boleh hidang dengan taburan daun sup, bawang goreng homemade my favourite, hirisan cili padi dan limau nipis. 


Tuesday, July 7, 2015

Jimat RM 74 dengan pembelian Mineral Coffee


Berita baik untuk pencinta-pencinta Mineral Coffee macam Egie dan korangggg!!! 

Tak pernah-pernah Sahajidah Hai-O bagi harga runtuh menggegar Kinabalu macam ni tau!!!

Kalau sebelum ni anda beli Mineral Coffee dengan harga RM30, kali ni anda cuma bayar RM 286 untuk pembelian 12 kotak atau 1 dozen Mineral Coffee. 

Boleh terus simpan stok! Semua suka minum kopi pembekal tenaga dan pembantu anda kurus ni, kan??? 

Dannnn....

Anda jimat RM74!!!! 

Untuk yang berminat nak grab this offer, contact Egie di 013-9943935 to place your order. 


Tuesday, June 2, 2015

Nak tips kurus secara sihat tak???


Sape kenal ni??? Berbeza sangat kan transformasi within 6 months???? 

Inilah founder #SetKurusBajet




CDM @shalizaaziz and her team, tubuhkan #GengDietTDC, berusaha turunkan berat secara sihat dengan consume #setkurusbajet, kawal makan, pakai #PremiumBeautifulCorset dan bila beliau dan team dietnya berjaya, barulah kami mula jual set ni. 

Bukan main jual hentam keromo atau tiru-tiru trend teams lain. Kami guna dulu. Jadi, buat yang dah lama usaha nak kurus, tapi tak kurus-kurus, atau dah pernah makan set kurus bajet yang diberi pelbagai nama lain oleh team lain seperti #SetKempisPerut #SetBajetKurus, mungkin cara consumption anda salah. 

Jadi, jom sertai kami di #PBWondersDay event untuk mendengar sendiri tips kurus dari CDM Shaliza dan Top 12 Geng Diet GLAM 13 Jun ni. Anda berpeluang memenangi pelbagai cabutan bertuah, ada zumba jugak tau, dan healthy lunch meals. Grand prize pula berupa 1 set #PremiumBeautifulElegance. 
Wowwe sangat kan... 



Ini pula adalah beberapa testimoni Set Kurus Bajet. 





Atau boleh taip #setkurusbajet #testimoniTDC #PBWonders di facebook atau instagram anda.

Egie pun dah berjaya. Jom Egie guide korang pulak. 

Contact Egie to grab your tickets! 0139943935. Just RM25/pax. Limited seats available yawww! 

#izyanaliasdotcom #PremiumBeautifulExpert 

Monday, May 25, 2015

Nasi Arab Belqis, Seremban 2

Last weekend, macam biasa suami isteri penggila nasi arab, mulalah hunting for new restaurant to have nasi arab. 

Hari tu ada dapat flyers ada restoran nasi arab baru buka di Seremban 2 atau lebih dikenali sebagai S2. Google jugak nak tengok review. Tapi takde. 

Ok, takpe, kita terjah je. 

Belqis ni berlokasi belakang Mydin Mall dan berhadapan dengan McD. Dekorasi restoran simple je.... 

So kami order 

Mine. Mendy Lamb. RM 17. 

Hubby's, Maqlubeh Lamb. 

Ok, first impression. Allah, sikitnyaaa nasi dan lamb. Harga lebih kurang je dengan Saba dan Damsyik. Tapi portion kecik. portion perut Melayu biasa. Tapi kenyang je. Cukup je portion yang disediakan. Cuma macam bukan portion sebenar nasi arab. Disediakan dengan kuah kari cair dan sambal tomato. Sedap dan pedas. Tak ada kuah yogurt.  

Rasa pun biasa-biasa sahaja. Sedap. Cuma takleh celen Saba dan Damsyik, Senawang. Nasi arab Saba masih di takhta pertama dan Nasi Arab Damsyik nombor 2. Since Saba jauh sangat, our favourite is Nasi Arab Damsyik. Lamb lembut dan takde hamis sangat. Kira bagi Egie, edible la. 

Kesimpulannya not highly recommended.

Kalau yang nak makan nasi arab portion bapak banyakkkk, boleh cuba Nasi Arab Inti College. Senak perut nak menghabiskannya. Hubby sampai tahap berbulan-bulan loya bila dengar nasi arab lepas makan nasi arab Inti College, Nilai sebab teringat terlampau kenyang makan nasi arab dan lamb. Muehehe... 

Ok, sekian restaurant review dari saya. 

Monday, May 18, 2015

Kita bertemu di penghujung rindu....

Waaaaa!!!! Bestnya malam Ahad lepas.... 

Tengahari pergi satu conference best tentang Bio Velocity Energy oleh researcher from Rusia, Prof. Edward Krizhanovsky yang mengkaji tentang tenaga ini yang digunapakai dalam produk-produk Sahajidah Hai-O iaitu Bio Seleza, Bio Velocity Sleepmate, BV Alfalfa dan JTX Airtracker. Ok, yang ni Egie share nanti ye. Sekarang nak cerita tentang kisah malam tadi. 

Balik dari conference dah pukul 7.15 rasanya, dari PICC, Putrajaya pecut laju-laju balik sebab my ex housemates masa kat Tekek, Tioman dulu nak datang!!!!! Teruja sangat.... Tak sabar. 

Sampai rumah, laju-laju tidokan Nasaie dan terus masak Spaghetti Bolognese resepi best ever dari Peej Burhan. Tapi aku buat separuh dari bahan dia dan guna cuma 5 biji cili padi. Kak Peej yang guna belas-belas biji cili padi tu aku tak tau la cane rasa bolognese sauce dia, tapi aku yang letak 5 biji pun ada rasa pedas dah... Tapi resepi Kak Peej memang paling best. Dah lama nak masak lagi tapi memikirkan Egie cuma berdua, malas pulak. Ni ramai-ramai baru best. 

Resepi Kak Peej korang google sendiri ye. Dan kali ni juga first time guna daging kisar dan meatball jenama Azmy macam saranan Kak Ida Koleksi 1001 Resepi. Betul laaaa.... Lagi sedap dari jenama Ramly. 


Tengah-tengah masak, Ida my ex-roomate semasa bertugas di Tioman dulu sampai. Ida tolong rebus spaghetti dan buat air. Dan lepas tu Ila yang ditunggu-tunggu pun sampai. Dari Kedah uollls. Teruja tengok makyong sorang ni.... Dulu masa kat Tioman, dia yang paling slim. Sekarang merasa la tengok Ila gemok. Hehe... 



Ida selalu je jumpa sebab mertua dia dok Senawang je. Suami dia pun dok Shah Alam. Tak jauh nak jumpa. Tapi Ila duduk Kedah. Ini la kali pertama jumpa lepas dapat pindah sebelum lahirkan Nasaie... Dah setahun setengah tak jumpa.... 

Ini la teman sehati sejiwa tengok My Kitchen Rules. Seriously MKR show is much more interesting when watching with them. Mereka cakap sekarang dah tak best tengok MKR sebsb housemates tak berjiwa MKR. Tapi berjiwa KPop. Tengok Korean drama. Euuu! Puhlis. Haha!!!!. 

Tapi sekarang, both are my business partners. Seronok sangat buat business sama-sama. 

Mereka balik pukul 12.30 malam tadi. Tapi sambung sembang sebelum masuk kereta, agaknya dalam pukul 1 pagi lebih jugak dorang gerak. Banyakkkk sangat nak sembang, tapi masa tak cukup. 

InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. Kalau gi bercuti sewa apartment, masak-masak sendiri, lepak-lepak sekali best jugakkk... Lagi-lagi kalau gi Cameron Highland. Bestnyaaaa! InsyaAllah. 

Ila jugak datang bawak Harum Manis malam tadi. Egie tak pernah makan. So terus order sekotak hari tu dengan Ila. 3kg, RM75. 18hb nanti baru boleh makan. Rasa nak buat pulut mangga la.... 

Nanti Egie update tentang Harum Manis ye. 

Kenangan di Pulau Rengis, Tioman

Hujung Minggu di Tioman -Taman Laut



Tioman dalam kenangan..... Gambar: Jeti Kg. Tekek

Friday, May 15, 2015

My first photoshoot experience

Ehemmm. Amboi tajukkkk. Photoshoot kauuu!!!!

Alhamdulillah, Ahad lepas Egie berpeluang merasa pengalaman berphotoshoot di studio. Cemas-cemas, sejuk-sejuk, berpeluh-peluh bila dimekapkan oleh Make Up Artist yang memang dah biasa mekap artis-astis ni. Photographer pulak, Hafiz Atan. Sape tak kenal kan... Pun photographer celebrities. Alhamdulillah, everything went well. Dari cemas, cuak segala tu, bertukar kepada seronok. 

Sebulan sebelum photoshoot tu dah sibuk cari outfit yang sesuai. Asal keluar shopping je cari fitting baju dan send gambar dekat my leader, CDM Shaliza Aziz mintak pendapat. Orang tak pernah photoshoot katakan..... Duduk rumah pun asyik hadap handphone masuk semua online shop usha baju and skirt yang sesuai... Nasib suami tak suruh tido peluk handphone je... Muahaha! Maaf la husband, wife jakun tak pernah photoshoot... 

Bukan tu aje persediaannya, sebulan sebelum photoshoot tu kemahen rajin jaga muka balik. Sebabnya hari sukan hari tu lupa pakai sunblock. Ingatkan tak ada tugas di padang. Rupanya Egie dan team Egie ni hakim garisan penamat. Jenuh tadah muka bawah matahari dari pagi sampai tengahari. Redha je. Tahun lepas ingat juga bawa cap dan cover muka dengan tuala kecik. Mujur ada sabun Marine Essence Bar dan La Praise VitaLift Serum kegemaran Egie. Muka cepat je recover. 

Settle bab muka, badan pulak naik sekilo dua penangan rajin temankan suami makan lewat malam. Mr. Polaris balik kerja pukul 11 malam. Kadang-kadang dia ajak teman makan. Time beirngat, Egie makan je 2,3 mulut bila dia suap. Tapi time berselera, ambil pinggan makan sendiri. Lepas tu dok komplen gemuk. Haha!

Sebulan sebelum photoshoot, kembali rajin amalkan Set Kurus Bajet. Pagi breakfast dengan Mineral Coffee dan 2 biji Garlic Tablet. Tengahari, makan nasik jugak sebab Egie masih full breastfeed Nasaie. Tapi lepas lunch minum segelas BV Alfalfa untuk detox sambil tambah nutrients untuk pekatkan susu badan dan banyakkan susu. Lepas tu malam, minum Mineral Coffee, telan 2 biji Garlic Tablet dan segelas lagi BV Alfalfa. Esoknya insyaALLAH, lancarrrrr dan auto je sistem pembuangan tu... Seminggu sekali untuk detox dan bersihkan usus, Egie akan minum Lactolite. Sama fungsi dengan Yakult tapi Lactolite mengandungi lebih banyak probiotik berbanding prebiotic drink di pasaran. Tanpa perasa dan pewarna pulak tu. Dan alhamdulillah, berat turun balik. Lebih dari 2 kilo yang naik pulak tuuuu.... Hehe... Suka makcik tauuu!

Dan hari kejadian pun tiba. Tengok senarai kawan-kawan TDC yang terlibat photoshoot, Egie dah mula cuak. Alamak!!! Semua tak kenal ni... Dan my leader, CDM Shaliza pulak cakap yang dia tak sempat sampai dari Penang untuk photoshoot sesi pagi. Aduuhhhh!! Takutnya tak dapat get along dengan kawan-kawan baru nanti... 

But alhamdulillah.  Semua kat sana peramah dan macam adik beradik. Macam dah kenal lama dan very helpful. The committees, Kak Olyn dan Kak Mai pun sangat membantu. Kak Mai dah macam mak-mak dah. Dah la lemah lembut, banyak sangat membantu.  Blazer tak sesuai, ok, pinjam blazer Kak Mai. Kak Mai bawak  a few blazer. Tudung tak sesuai, ok, kawan-kawan semua bawak tudung lebih. TUkar-tukar je dengan mereka. Ehhh! Heels tak sesuai, ok tukar-tukar je. Pastu dah pakai skirt kembang, Kak Mai cakap mermaid cut is better, ok, tukar mermaid cut skirt. Wahh!!! Seronoknyaaaa! Semua bising je bersiap sambil mintak pendapat. Lepas tu beratur tunggu turn nak mekap. 



Orang penting - Kak Olyn dan Kak Mai


Our make up artist of the day
Ok, settle mekap, kecoh pakai tudung pulak. Masing-masing melilit tudung ikut gaya terkini. Yang tak pandai dan tak de idea tak peeee..... Kak Mai, Kak Olyn dan Kak Emmy si hijabista model Sunsilk sedia membantu... 

Sebelum. No filter berani mati picture. 


Ehhh, sape tuuuu... Dah siap mekap dahhhh.... 
Tudung mint green tu Kak Mai. Tengah tu Kak Olyn dan baju belang tu Kak Emmy
Dah semua siap sedia cantik-cantik, masuk lah Hafiz Atan the photographer. Gigil lagi sekali sebab tak pandai pose. Then tadaaaa! Sekali lagi Kak Emmy membantu. Serious best tengok Kak Emmy pose dengan penuh bersahaja. Fotogenik je. Dan Hafiz Atan pun sangat membantu. Faham sangat akak-akak ni tak kesah pose macam mana pun. Ynag penting nampak kuruusssss!!!! Ilusi optik kurus itu sangat penting ok. So, masa tengah shoot tu nanti Hafiz akan betulkan our postur. Seronok berkerjasama dengan Hafiz ni. Peramah orangnya... Kuat mengusik pun satu. Selamba je petik nama orang. 
Contohnya;

"Ok, akak duduk tengah sikit, mengiring mengadap Maria. Ok, Kak Sofia, duduk kat kerusi tengah tu. Kaki silang."

Padahallllll, takde pun orang nama Maria dan Sofia tu. Suka suki dia jeeee!!! Haha! Pastu mase group photoshoot mula la kitorang confuse. Hafiz arah sape niii??? Haha!

Ewahhh, tengah photoshoot kekdahnyaaa!
Our team yang photoshoot sesi pagi

Seronok sangat rupanya photoshoot. Lama boleh tahan jugak. Start pukul 9 pagi, lepas zohor baru settle. Rupanya mereka yang dah pernah photoshoot sebelum ni cakap, dulu-dulu lagi lama.... 

Bila balik dari photoshoot, our leader bagitau dalam group whatsapps, photgrapher puji our team. Cepat settle sebab pandai posing. Muhahaha!!! Tak tau masing-masing kayu-kayan batu-bata segala. Nasib the committees, tema members dan Kak Emmy banyak membantu. 

Bersama Kak Emmy Zuraihan
Siapa yang perasan mesti ingat iklan Sunsilk edisi raya kalau tak salah. Kak Emmy lah modelnya... 

Bersama Kak Intan
Kak Intan ni punyalah cantik, slim dan tinggi. Tak mekap pun sangat cantil. Dah mekap apatah lagi.
Tak sangka sangat dia baru habis pantang. Rupanya kali ni da berpantang pakai Premium Beautiful. Bila tengok gambar lama dia, memang berbeza sangat. 


Kanan- Semasa menyusu anak ketiga dan kanan gambar sekarang, lepas pantang anak ke-4

Memang berbaloi sangat berpantang dengan Premium Beautiful Corset dan Set Kurus Bajet. Badan cepat kurus, rahim cepat kecut, luka cepat sembuh, susu banyak, antibodi ibu dan anak kuat, insyaALLAH. Dan kalau nak suami sayang, suami terkejut leaps pantang, Egie sarankan makan Maharani dalam pantang. InsyaALLAH, senyummmm cik abang. 

Egie sarankan sebab Egie pun dah amalkan. Dan kami dapat banyakkkk sangat testimoni berjaya dan yang berpuas hati. 



Ini testimoni Egie sendiri. BERBEZA takkk???

So, kalau berminat boleh contact Egie ya.... 


Dan akhir sekali, Egie berterima kasih sangat kepada GLAM dan our team The Diamond Circle kerana memberi peluang Egie belajar ilmu baru, beri peluang Egie tambah pendapatan untukbantu keluarga dan banyakkkk lagi. Kalau bukan kerana The Diamond Circle, Egie rasa Egie takkan berpeluang merasa pengalaman photoshoot ni... 

Egie juga berterima kasih sangat dekat suami sebab selalu menyokong Egie dan sanggup hantar Egie, teman Egie dan jaga An Nasaie bila Egie ada program sekolaha tau program business bersama GLAM dan The Diamond Circle. Kalau tak de suami, tak tau lahhhh... Tq SAYANG.... 

Untuk yang berminat nak tambah income melalui online business, suka photoshoot ke, jom join our team The Diamond Cirle then we will guide your every step.