.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, January 24, 2015

Nasaie turns One

Alhamdulillah, 17 Januari 2015, genap setahun umur Muhammad Khalish An Nasaie bin Mohd Nazri. 

Celebration? Takde grand celebration pun. Sebab dia pun kecik lagi. 

Cuma pada 17 Januari, ayah Nasaie kerja. Jadinya kebetulan Cik Ida ajak hangout, lompat bintang la ibu Nasaie setuju. Dah lama tak hangout dengan bestfriend sejak dah ada anak ni. Eh, bukan dah lama tak hangout dengan kawan, tapi tak pernah pun kot.... 

So keluarlah kami bertiga pada hari lahir Nasaie. Mula-mula ke stokis Hai-O dulu. Apa-apa hal, restock hot products dulu... Lepas tu baru ke Aeon Seremban 2. 


Bestttttttnya shopping and window shopping dengan BFF. Walaupun bawak Nasaie, dia selesa je tido dalam Boba. Sikit tak menggangu urusan shopping ibu. Haha! 


Lepas shopping ibu belanja Nasaie makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop dan Strawberry Vanilla cake from Secret Recipe. Sebab Nasaie kecik lagi, maka ibu ikut selera tekak ibu la ye... 

Then, tak habis lagi jalan, Cik Ida bawak gi boutique sepupu Cik Ida di Senawang. Wahhhhhh!!!!! Urut dada tahan napsu tengok baju seluar cantik-cantik. Baju baby pun ada. Accessories pun cantik-cantik-cantik. Ada chiller section jugak. Serious semua kek sedap-sedap. 

Makanan panas pun ada. Mihun sup, laksa, mi kari... Pendek kata, one stop centre la... 

Terliur betul dengan seluar ni. Nanti nak kena ajak ayah Nasaie gi sekali ni... Baru best! 

Ehh, ini entry birthday Nasaie ke, kisah ibu outing ni???? 😂😂😂😂

Ok, keesokan harinya baru ibu masak special untuk Nasaie sebab ayahnya pun dah cuti. Egie masak pulut kuning dan rendang ayam. 

First time try masak pulut kuning. Kecoh call Tok Wan, Cik Long (kakak arwah umi) dan mertua... Padahal masak pulut kuning sekilo je pun... Hehe... 

Boleh la nak bagi-bagi dekat jiran sikit sorang. 




Then, dapat tahu uncle sekeluarga dari Terengganu ke UKM Bangi hantarkan sepupu Egie untuk program Permata Pintar. Terus call suruh datang. Siap paksa dalam diam lagi dengan mesej "Ayah ngah datang tau rumah Izi, Izi dah siap masak nasi ni." Haha! Ok, family memang panggil Egie, Izi. Tapi sepupu-sepupu, adik-adik panggil Kak Egie. 

Dan pulut kuning bersama rendang ayam turut jadi rezeki Ayah Ngah sekeluarga. Best sangat family datang bertandang. Dah la lama tak jumpa. 

Nasaie bersama Nek Ngah. Diamond Star Zhulian ni... Hehe.... 

Nampak tak Nasaie pakai cincin tu? Sebenarnya jiran sebelah rumah yang hadiahkan sempena birthday. Lap peluh mak tau bila anak dapat hadiah cincin emas. Katanya dah memang adat orang India, kalau anggap macam keluarga akan bagi hadiah emas. 


Lap peluh lagi sekali mak bila birthday anaknya Karesh yang ke 15 tahun beza 3 hari je dengan Nasaie. Takkan nak bagi emas jugak? 😅😅😅 Dah la nama dekat-dekat. Khalish, Karesh. Kadang-kadang Egie yang confuse. 

So, selepas seminggu baru hari ni berpeluang buatkan kek. Egie guna basic victoria sandwich cake dan chocolate moist cake recipes. Then in between tu sapu dengan whipping cream dan blueberry compote. 

Egie buat kek je. Time tengah lepa whipping cream, ayah Nasaie terus cakap, "Meh abang buat. Macam best pulak tengok ibu buat. Abang pun pandai jugak. Macam ratakan simen je ni." 

Ok, fine! Terus hand over the pisau. 


 Kek yang dah siap. Boleh tahan jugak laki aku! Hehe.... Itu cara-cara first time decorate cake tu. Kalau selalu buat, confirm kalah Egie. Sekarang pun pavlova memang dah pass with flying colors. Nanti kalau teringin nak makan kek, request je... Tak yah gaduh baking sendiri. 


Tulis dua-dua nama terus. Niat nak birthday boys potong kek sama-sama je. Then nak potong bahagi-bahagi kat jiran. Sekali mak Karesh panggil habis jiran-jiran. Maluuu! Sebab kek tak cantik macam yang beli. Dannnn sebenarnya Egie potong lapisan kek senget. Jadinya, kek adalah senget.... Tapi, boleh laaaa... Rasa adalah sedap. Haha!

Hadiah? Tak tahu nak beli hadiah apa... Kalau anak dara mesti ibu dah belikan barang kemas. Tapi anak teruna. Ibu simpan dalam akaun Tabung Haji awak je la ye. 

Ok, sekian cerita sambutan Hari Lahir Nasaie yang biasa-biasa je.... Takpe, yang penting ibu dan ayah doakan yang terbaik untuk Nasaie. Sayangggg sangat-sangat. 

No comments: