.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 25, 2015

Nasi Arab Belqis, Seremban 2

Last weekend, macam biasa suami isteri penggila nasi arab, mulalah hunting for new restaurant to have nasi arab. 

Hari tu ada dapat flyers ada restoran nasi arab baru buka di Seremban 2 atau lebih dikenali sebagai S2. Google jugak nak tengok review. Tapi takde. 

Ok, takpe, kita terjah je. 

Belqis ni berlokasi belakang Mydin Mall dan berhadapan dengan McD. Dekorasi restoran simple je.... 

So kami order 

Mine. Mendy Lamb. RM 17. 

Hubby's, Maqlubeh Lamb. 

Ok, first impression. Allah, sikitnyaaa nasi dan lamb. Harga lebih kurang je dengan Saba dan Damsyik. Tapi portion kecik. portion perut Melayu biasa. Tapi kenyang je. Cukup je portion yang disediakan. Cuma macam bukan portion sebenar nasi arab. Disediakan dengan kuah kari cair dan sambal tomato. Sedap dan pedas. Tak ada kuah yogurt.  

Rasa pun biasa-biasa sahaja. Sedap. Cuma takleh celen Saba dan Damsyik, Senawang. Nasi arab Saba masih di takhta pertama dan Nasi Arab Damsyik nombor 2. Since Saba jauh sangat, our favourite is Nasi Arab Damsyik. Lamb lembut dan takde hamis sangat. Kira bagi Egie, edible la. 

Kesimpulannya not highly recommended.

Kalau yang nak makan nasi arab portion bapak banyakkkk, boleh cuba Nasi Arab Inti College. Senak perut nak menghabiskannya. Hubby sampai tahap berbulan-bulan loya bila dengar nasi arab lepas makan nasi arab Inti College, Nilai sebab teringat terlampau kenyang makan nasi arab dan lamb. Muehehe... 

Ok, sekian restaurant review dari saya. 

Monday, May 18, 2015

Kita bertemu di penghujung rindu....

Waaaaa!!!! Bestnya malam Ahad lepas.... 

Tengahari pergi satu conference best tentang Bio Velocity Energy oleh researcher from Rusia, Prof. Edward Krizhanovsky yang mengkaji tentang tenaga ini yang digunapakai dalam produk-produk Sahajidah Hai-O iaitu Bio Seleza, Bio Velocity Sleepmate, BV Alfalfa dan JTX Airtracker. Ok, yang ni Egie share nanti ye. Sekarang nak cerita tentang kisah malam tadi. 

Balik dari conference dah pukul 7.15 rasanya, dari PICC, Putrajaya pecut laju-laju balik sebab my ex housemates masa kat Tekek, Tioman dulu nak datang!!!!! Teruja sangat.... Tak sabar. 

Sampai rumah, laju-laju tidokan Nasaie dan terus masak Spaghetti Bolognese resepi best ever dari Peej Burhan. Tapi aku buat separuh dari bahan dia dan guna cuma 5 biji cili padi. Kak Peej yang guna belas-belas biji cili padi tu aku tak tau la cane rasa bolognese sauce dia, tapi aku yang letak 5 biji pun ada rasa pedas dah... Tapi resepi Kak Peej memang paling best. Dah lama nak masak lagi tapi memikirkan Egie cuma berdua, malas pulak. Ni ramai-ramai baru best. 

Resepi Kak Peej korang google sendiri ye. Dan kali ni juga first time guna daging kisar dan meatball jenama Azmy macam saranan Kak Ida Koleksi 1001 Resepi. Betul laaaa.... Lagi sedap dari jenama Ramly. 


Tengah-tengah masak, Ida my ex-roomate semasa bertugas di Tioman dulu sampai. Ida tolong rebus spaghetti dan buat air. Dan lepas tu Ila yang ditunggu-tunggu pun sampai. Dari Kedah uollls. Teruja tengok makyong sorang ni.... Dulu masa kat Tioman, dia yang paling slim. Sekarang merasa la tengok Ila gemok. Hehe... 



Ida selalu je jumpa sebab mertua dia dok Senawang je. Suami dia pun dok Shah Alam. Tak jauh nak jumpa. Tapi Ila duduk Kedah. Ini la kali pertama jumpa lepas dapat pindah sebelum lahirkan Nasaie... Dah setahun setengah tak jumpa.... 

Ini la teman sehati sejiwa tengok My Kitchen Rules. Seriously MKR show is much more interesting when watching with them. Mereka cakap sekarang dah tak best tengok MKR sebsb housemates tak berjiwa MKR. Tapi berjiwa KPop. Tengok Korean drama. Euuu! Puhlis. Haha!!!!. 

Tapi sekarang, both are my business partners. Seronok sangat buat business sama-sama. 

Mereka balik pukul 12.30 malam tadi. Tapi sambung sembang sebelum masuk kereta, agaknya dalam pukul 1 pagi lebih jugak dorang gerak. Banyakkkk sangat nak sembang, tapi masa tak cukup. 

InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. Kalau gi bercuti sewa apartment, masak-masak sendiri, lepak-lepak sekali best jugakkk... Lagi-lagi kalau gi Cameron Highland. Bestnyaaaa! InsyaAllah. 

Ila jugak datang bawak Harum Manis malam tadi. Egie tak pernah makan. So terus order sekotak hari tu dengan Ila. 3kg, RM75. 18hb nanti baru boleh makan. Rasa nak buat pulut mangga la.... 

Nanti Egie update tentang Harum Manis ye. 

Kenangan di Pulau Rengis, Tioman

Hujung Minggu di Tioman -Taman Laut



Tioman dalam kenangan..... Gambar: Jeti Kg. Tekek

Friday, May 15, 2015

My first photoshoot experience

Ehemmm. Amboi tajukkkk. Photoshoot kauuu!!!!

Alhamdulillah, Ahad lepas Egie berpeluang merasa pengalaman berphotoshoot di studio. Cemas-cemas, sejuk-sejuk, berpeluh-peluh bila dimekapkan oleh Make Up Artist yang memang dah biasa mekap artis-astis ni. Photographer pulak, Hafiz Atan. Sape tak kenal kan... Pun photographer celebrities. Alhamdulillah, everything went well. Dari cemas, cuak segala tu, bertukar kepada seronok. 

Sebulan sebelum photoshoot tu dah sibuk cari outfit yang sesuai. Asal keluar shopping je cari fitting baju dan send gambar dekat my leader, CDM Shaliza Aziz mintak pendapat. Orang tak pernah photoshoot katakan..... Duduk rumah pun asyik hadap handphone masuk semua online shop usha baju and skirt yang sesuai... Nasib suami tak suruh tido peluk handphone je... Muahaha! Maaf la husband, wife jakun tak pernah photoshoot... 

Bukan tu aje persediaannya, sebulan sebelum photoshoot tu kemahen rajin jaga muka balik. Sebabnya hari sukan hari tu lupa pakai sunblock. Ingatkan tak ada tugas di padang. Rupanya Egie dan team Egie ni hakim garisan penamat. Jenuh tadah muka bawah matahari dari pagi sampai tengahari. Redha je. Tahun lepas ingat juga bawa cap dan cover muka dengan tuala kecik. Mujur ada sabun Marine Essence Bar dan La Praise VitaLift Serum kegemaran Egie. Muka cepat je recover. 

Settle bab muka, badan pulak naik sekilo dua penangan rajin temankan suami makan lewat malam. Mr. Polaris balik kerja pukul 11 malam. Kadang-kadang dia ajak teman makan. Time beirngat, Egie makan je 2,3 mulut bila dia suap. Tapi time berselera, ambil pinggan makan sendiri. Lepas tu dok komplen gemuk. Haha!

Sebulan sebelum photoshoot, kembali rajin amalkan Set Kurus Bajet. Pagi breakfast dengan Mineral Coffee dan 2 biji Garlic Tablet. Tengahari, makan nasik jugak sebab Egie masih full breastfeed Nasaie. Tapi lepas lunch minum segelas BV Alfalfa untuk detox sambil tambah nutrients untuk pekatkan susu badan dan banyakkan susu. Lepas tu malam, minum Mineral Coffee, telan 2 biji Garlic Tablet dan segelas lagi BV Alfalfa. Esoknya insyaALLAH, lancarrrrr dan auto je sistem pembuangan tu... Seminggu sekali untuk detox dan bersihkan usus, Egie akan minum Lactolite. Sama fungsi dengan Yakult tapi Lactolite mengandungi lebih banyak probiotik berbanding prebiotic drink di pasaran. Tanpa perasa dan pewarna pulak tu. Dan alhamdulillah, berat turun balik. Lebih dari 2 kilo yang naik pulak tuuuu.... Hehe... Suka makcik tauuu!

Dan hari kejadian pun tiba. Tengok senarai kawan-kawan TDC yang terlibat photoshoot, Egie dah mula cuak. Alamak!!! Semua tak kenal ni... Dan my leader, CDM Shaliza pulak cakap yang dia tak sempat sampai dari Penang untuk photoshoot sesi pagi. Aduuhhhh!! Takutnya tak dapat get along dengan kawan-kawan baru nanti... 

But alhamdulillah.  Semua kat sana peramah dan macam adik beradik. Macam dah kenal lama dan very helpful. The committees, Kak Olyn dan Kak Mai pun sangat membantu. Kak Mai dah macam mak-mak dah. Dah la lemah lembut, banyak sangat membantu.  Blazer tak sesuai, ok, pinjam blazer Kak Mai. Kak Mai bawak  a few blazer. Tudung tak sesuai, ok, kawan-kawan semua bawak tudung lebih. TUkar-tukar je dengan mereka. Ehhh! Heels tak sesuai, ok tukar-tukar je. Pastu dah pakai skirt kembang, Kak Mai cakap mermaid cut is better, ok, tukar mermaid cut skirt. Wahh!!! Seronoknyaaaa! Semua bising je bersiap sambil mintak pendapat. Lepas tu beratur tunggu turn nak mekap. 



Orang penting - Kak Olyn dan Kak Mai


Our make up artist of the day
Ok, settle mekap, kecoh pakai tudung pulak. Masing-masing melilit tudung ikut gaya terkini. Yang tak pandai dan tak de idea tak peeee..... Kak Mai, Kak Olyn dan Kak Emmy si hijabista model Sunsilk sedia membantu... 

Sebelum. No filter berani mati picture. 


Ehhh, sape tuuuu... Dah siap mekap dahhhh.... 
Tudung mint green tu Kak Mai. Tengah tu Kak Olyn dan baju belang tu Kak Emmy
Dah semua siap sedia cantik-cantik, masuk lah Hafiz Atan the photographer. Gigil lagi sekali sebab tak pandai pose. Then tadaaaa! Sekali lagi Kak Emmy membantu. Serious best tengok Kak Emmy pose dengan penuh bersahaja. Fotogenik je. Dan Hafiz Atan pun sangat membantu. Faham sangat akak-akak ni tak kesah pose macam mana pun. Ynag penting nampak kuruusssss!!!! Ilusi optik kurus itu sangat penting ok. So, masa tengah shoot tu nanti Hafiz akan betulkan our postur. Seronok berkerjasama dengan Hafiz ni. Peramah orangnya... Kuat mengusik pun satu. Selamba je petik nama orang. 
Contohnya;

"Ok, akak duduk tengah sikit, mengiring mengadap Maria. Ok, Kak Sofia, duduk kat kerusi tengah tu. Kaki silang."

Padahallllll, takde pun orang nama Maria dan Sofia tu. Suka suki dia jeeee!!! Haha! Pastu mase group photoshoot mula la kitorang confuse. Hafiz arah sape niii??? Haha!

Ewahhh, tengah photoshoot kekdahnyaaa!
Our team yang photoshoot sesi pagi

Seronok sangat rupanya photoshoot. Lama boleh tahan jugak. Start pukul 9 pagi, lepas zohor baru settle. Rupanya mereka yang dah pernah photoshoot sebelum ni cakap, dulu-dulu lagi lama.... 

Bila balik dari photoshoot, our leader bagitau dalam group whatsapps, photgrapher puji our team. Cepat settle sebab pandai posing. Muhahaha!!! Tak tau masing-masing kayu-kayan batu-bata segala. Nasib the committees, tema members dan Kak Emmy banyak membantu. 

Bersama Kak Emmy Zuraihan
Siapa yang perasan mesti ingat iklan Sunsilk edisi raya kalau tak salah. Kak Emmy lah modelnya... 

Bersama Kak Intan
Kak Intan ni punyalah cantik, slim dan tinggi. Tak mekap pun sangat cantil. Dah mekap apatah lagi.
Tak sangka sangat dia baru habis pantang. Rupanya kali ni da berpantang pakai Premium Beautiful. Bila tengok gambar lama dia, memang berbeza sangat. 


Kanan- Semasa menyusu anak ketiga dan kanan gambar sekarang, lepas pantang anak ke-4

Memang berbaloi sangat berpantang dengan Premium Beautiful Corset dan Set Kurus Bajet. Badan cepat kurus, rahim cepat kecut, luka cepat sembuh, susu banyak, antibodi ibu dan anak kuat, insyaALLAH. Dan kalau nak suami sayang, suami terkejut leaps pantang, Egie sarankan makan Maharani dalam pantang. InsyaALLAH, senyummmm cik abang. 

Egie sarankan sebab Egie pun dah amalkan. Dan kami dapat banyakkkk sangat testimoni berjaya dan yang berpuas hati. 



Ini testimoni Egie sendiri. BERBEZA takkk???

So, kalau berminat boleh contact Egie ya.... 


Dan akhir sekali, Egie berterima kasih sangat kepada GLAM dan our team The Diamond Circle kerana memberi peluang Egie belajar ilmu baru, beri peluang Egie tambah pendapatan untukbantu keluarga dan banyakkkk lagi. Kalau bukan kerana The Diamond Circle, Egie rasa Egie takkan berpeluang merasa pengalaman photoshoot ni... 

Egie juga berterima kasih sangat dekat suami sebab selalu menyokong Egie dan sanggup hantar Egie, teman Egie dan jaga An Nasaie bila Egie ada program sekolaha tau program business bersama GLAM dan The Diamond Circle. Kalau tak de suami, tak tau lahhhh... Tq SAYANG.... 

Untuk yang berminat nak tambah income melalui online business, suka photoshoot ke, jom join our team The Diamond Cirle then we will guide your every step.