.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 18, 2015

Kita bertemu di penghujung rindu....

Waaaaa!!!! Bestnya malam Ahad lepas.... 

Tengahari pergi satu conference best tentang Bio Velocity Energy oleh researcher from Rusia, Prof. Edward Krizhanovsky yang mengkaji tentang tenaga ini yang digunapakai dalam produk-produk Sahajidah Hai-O iaitu Bio Seleza, Bio Velocity Sleepmate, BV Alfalfa dan JTX Airtracker. Ok, yang ni Egie share nanti ye. Sekarang nak cerita tentang kisah malam tadi. 

Balik dari conference dah pukul 7.15 rasanya, dari PICC, Putrajaya pecut laju-laju balik sebab my ex housemates masa kat Tekek, Tioman dulu nak datang!!!!! Teruja sangat.... Tak sabar. 

Sampai rumah, laju-laju tidokan Nasaie dan terus masak Spaghetti Bolognese resepi best ever dari Peej Burhan. Tapi aku buat separuh dari bahan dia dan guna cuma 5 biji cili padi. Kak Peej yang guna belas-belas biji cili padi tu aku tak tau la cane rasa bolognese sauce dia, tapi aku yang letak 5 biji pun ada rasa pedas dah... Tapi resepi Kak Peej memang paling best. Dah lama nak masak lagi tapi memikirkan Egie cuma berdua, malas pulak. Ni ramai-ramai baru best. 

Resepi Kak Peej korang google sendiri ye. Dan kali ni juga first time guna daging kisar dan meatball jenama Azmy macam saranan Kak Ida Koleksi 1001 Resepi. Betul laaaa.... Lagi sedap dari jenama Ramly. 


Tengah-tengah masak, Ida my ex-roomate semasa bertugas di Tioman dulu sampai. Ida tolong rebus spaghetti dan buat air. Dan lepas tu Ila yang ditunggu-tunggu pun sampai. Dari Kedah uollls. Teruja tengok makyong sorang ni.... Dulu masa kat Tioman, dia yang paling slim. Sekarang merasa la tengok Ila gemok. Hehe... 



Ida selalu je jumpa sebab mertua dia dok Senawang je. Suami dia pun dok Shah Alam. Tak jauh nak jumpa. Tapi Ila duduk Kedah. Ini la kali pertama jumpa lepas dapat pindah sebelum lahirkan Nasaie... Dah setahun setengah tak jumpa.... 

Ini la teman sehati sejiwa tengok My Kitchen Rules. Seriously MKR show is much more interesting when watching with them. Mereka cakap sekarang dah tak best tengok MKR sebsb housemates tak berjiwa MKR. Tapi berjiwa KPop. Tengok Korean drama. Euuu! Puhlis. Haha!!!!. 

Tapi sekarang, both are my business partners. Seronok sangat buat business sama-sama. 

Mereka balik pukul 12.30 malam tadi. Tapi sambung sembang sebelum masuk kereta, agaknya dalam pukul 1 pagi lebih jugak dorang gerak. Banyakkkk sangat nak sembang, tapi masa tak cukup. 

InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. Kalau gi bercuti sewa apartment, masak-masak sendiri, lepak-lepak sekali best jugakkk... Lagi-lagi kalau gi Cameron Highland. Bestnyaaaa! InsyaAllah. 

Ila jugak datang bawak Harum Manis malam tadi. Egie tak pernah makan. So terus order sekotak hari tu dengan Ila. 3kg, RM75. 18hb nanti baru boleh makan. Rasa nak buat pulut mangga la.... 

Nanti Egie update tentang Harum Manis ye. 

Kenangan di Pulau Rengis, Tioman

Hujung Minggu di Tioman -Taman Laut



Tioman dalam kenangan..... Gambar: Jeti Kg. Tekek

No comments: