.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 25, 2015

Nasi Arab Belqis, Seremban 2

Last weekend, macam biasa suami isteri penggila nasi arab, mulalah hunting for new restaurant to have nasi arab. 

Hari tu ada dapat flyers ada restoran nasi arab baru buka di Seremban 2 atau lebih dikenali sebagai S2. Google jugak nak tengok review. Tapi takde. 

Ok, takpe, kita terjah je. 

Belqis ni berlokasi belakang Mydin Mall dan berhadapan dengan McD. Dekorasi restoran simple je.... 

So kami order 

Mine. Mendy Lamb. RM 17. 

Hubby's, Maqlubeh Lamb. 

Ok, first impression. Allah, sikitnyaaa nasi dan lamb. Harga lebih kurang je dengan Saba dan Damsyik. Tapi portion kecik. portion perut Melayu biasa. Tapi kenyang je. Cukup je portion yang disediakan. Cuma macam bukan portion sebenar nasi arab. Disediakan dengan kuah kari cair dan sambal tomato. Sedap dan pedas. Tak ada kuah yogurt.  

Rasa pun biasa-biasa sahaja. Sedap. Cuma takleh celen Saba dan Damsyik, Senawang. Nasi arab Saba masih di takhta pertama dan Nasi Arab Damsyik nombor 2. Since Saba jauh sangat, our favourite is Nasi Arab Damsyik. Lamb lembut dan takde hamis sangat. Kira bagi Egie, edible la. 

Kesimpulannya not highly recommended.

Kalau yang nak makan nasi arab portion bapak banyakkkk, boleh cuba Nasi Arab Inti College. Senak perut nak menghabiskannya. Hubby sampai tahap berbulan-bulan loya bila dengar nasi arab lepas makan nasi arab Inti College, Nilai sebab teringat terlampau kenyang makan nasi arab dan lamb. Muehehe... 

Ok, sekian restaurant review dari saya. 

No comments: