.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, July 14, 2015

Resepi Sup Ayam Lain dari yang Lain

Amboi, masak sup ayam pun up entry, kannn? 

Egie just nak share resepi sup ayam lain dari yang lain ni sebab dulu-dulu Egie memang tak makan ayam bila buat sup, tomyam atau gulai. Egie prefer ayam goreng sebab lebih berperasa. 

Sape geng dengan Egie? 

Ehh, takde ke? Haha! 

But then bila Egie try masak sup ayan atau tomyam dengan cara ni, baru rasa boleh makan ayam yang tidak bergoreng. 

Macamana? 


Bahan-bahan:
1. Rempah kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan cardamon. 
2. Sesudu kecil rempah kurma atau ikut isipadu sup yang anda nak buat. Biasa main tuang je. Hehe...  
3. Ayam
4. Carrot, kentang, saderi
5. Air
6. Garam gula
7. Bawang putih ketuk dan halia

Cara-caranya: 
1. Tumis bawang putih, halia dan rempah tumisan sampai bawang putih perang. 
2. Masukkan rempah kurma. 
3. Masukkan ayam. Kacau rata hinggaair ayam kering. 
4. Masukkan air. 
5. Dan mendidih baru masukkan carrot, kentang dan saderi. 
6. Masukkan garam dan sedikit gula. 

Dah boleh hidang dengan taburan daun sup, bawang goreng homemade my favourite, hirisan cili padi dan limau nipis. 


No comments: