.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 24, 2015

Rupanya ada rawatan alternatif bayi jaundice tanpa ubatan

Pengalaman melahirkan An Nasaie merupakan pengalaman paling mahal dan bernilai dalam hidup. Kecuali, terpaksa bermalam di hospital 3 malam kerana Nasaie demam kuning.

Sungguh, dengan badan kita yang lemah kesan dari proses bersalin, tanpa bengkung yang berfungsi mengemaskan dan memanaskan perut dan yang paling ngilu, luka jahitan. Sukar dan menguruskan diri di hospital. Semasa di tahan di wad, Egie berazam untuk usahakan anak-anak selepas An Nasaie tidak mengalami jaundice. 

Cukuplah sekali merasa pengalaman macam tu. Dari bilik kelas pertama hospital kerajaan, terpaksa keluar ke wad biasa kerana bilik kelas pertama mempunyai ruang terhad untuk menempatkan mesin fototerapi. Ruang privasi sudah tiada di wad biasa. Terpaksa pula bertudung seharian di ruang wad yang terbuka. 

Paling sedih dan memedihkan perasaan bila lihat anak yang baru lahir gayat tanpa baju dan bedung dalam baby cot. Di bawah cahaya fototerapi biru dengan mata bertutup pulak tu. Memang Egie tak henti-henti menangis tengok An Nasaie masa tu. 

rawatan bayi kuning
An Nasaie sewaktu rawatan fototerapi

Walaupun nurse tak bagi letak bantal, tak bagi alaskan dengan kain, tak bagi selimutkan An Nasaie sewaktu rawatan fototerapi, Egie sendalkan jugak dengan bantal. Bayi baru lahir yang terbiasa kemas dan hangat dalam rahim ibu, tentulah dia gayat dalam baby cot tu.... 

Egie selimutkan jugak dengan kain napkin yang lebih nipis supaya cahaya biru tu dapat tembus juga. 

rawatan bayi kuning
Ini selepas mandi pagi di wad.
 Ayahnya cuma dapat jenguk dari tingkap je. Ibu yang manja ni lagi la bergenang air mata. 

Asal suami datang je, Egie nangis rayu suami mintak izin doktor untuk balik. Mujurlah hari keempat di hospital, kami dibenarkan pulang. Masa tu badan memang rasa berat, lenguh tu tak payah cerita lah.... Sungguh, kalau boleh diulang semula, rasa tak sanggup nak melalui saat-saat di hospital. 

Masa di wad, memang 1 wad tau Egie manja. Makan cuma bila suami datang suapkan. Kalau tak, memang tak makan. Dah la makan disuap suami, sambil nangis pulak tu. Ntah pape Egie ni kan... Dah la masa tu sedih mengenang nasib diri yang tak berpeluang dijaga arwah umi dalam pantang. 

Dan kini, setelah mengenali Bio Velocity Sleepmate, baru Egie tahu fungsi BVSM juga mampu membantu menurunkan bacaan bilirubin dalam darah bayi jaundis. 

rawatan+alternatif+bayi+kuning+jaundice


bvsm+rawatan+demam+kuning+jaundice

bvsm+rawatan+demam+kuning+jaundice

Inilah antara testimoni yang kami dapat tentang BVSM yang membantu menurunkan kuning bayi. Walaupun terlewat memiliki BVSM, namun alhamdulillah, kami memang merasa tidur yang lebih puas dan berkualiti dengan BVSM. 

Selepas baca testimoni tu, memang rasa menyesal tak kenal BVSM lebih awal. InsyaAllah untuk next babies, ibu dan stabdby BVSM awal-awal lagi dah. 

Selain BVSM, perkongsian dari rakan-rakan juga mengatakan Mineral Coffee banyak membantu memberi tenaga semasa dan selepas mengandung, menaikkan bacaan HB, mengawal atur bacaan gula dalam darah sehinggakan kawan Egie yang disahkan GDM sewaktu hamil juga, nurse terkejut melihat bacaan gulanya normal setelah mengamalkan Mineral  Coffee. Peningkatan berat badan juga tidak mendadak jika dibandingkan dengan pengalaman hamil anak-anak sebelumnya. Paling best, bayi bebas kuning. 

Itu yang paling best kan? 


bio+velocity+sleep+mate+fungsi+bvsm
Kegunaan lain BVSM



cara+bayaran+bvsm
3 cara bayaran yang sangat mampu milik. Cuma serendah RM65 sebulan. 



Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, Egie memang sarankan standby BVSM ni. Selain untuk menurunkan bacaan kuning bayi, ianya amat bermanfaat untuk membantu ibu-ibu tidur lebih lena, berkualiti dan menyegarkan badan. 


Hubungi Egie untuk maklumat lanjut. 







Sunday, August 23, 2015

Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai

Sejak jadi emak, kesihatan anak jadi kepentingan utama. Alhamdulillah, tahun pertama Nasaie, dia cuma demam dua kali. Bila dia selsema dan batuk berpanjangan selepas umurnya setahun, kami risau sangat. Banyak klinik kanak-kanak yang kami pergi namun semuanya tidak serasi.

Jiran sebelah menyarankan untuk kami ke klinik Dr. Bee di Seremban, namun tidak pernah berpeluang berjumpa beliau kerana setiap kali kami ke sana, kliniknya tutup. 

Mujurlah ada seorang kenalan yang menyarankan kami supaya ke Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai. Statement yang paling menarik adalah, doktor berkenaan merupakan bekas doktor kerajaan. 

Jadi pengalaman pertama bersama Dr. Rosman Alias sangat menyenangkan. Waktu itu kami membawa Nasaie ke klinik kerana dia tidak poo-poo selama 4 hari. Dan yang paling kami suka, Dr. Rosman tidak memberi apa-apa ubat kerana katanya itu normal bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Lagi pun pemeriksaan ke atas perut Nasaie mendapati perutnya normal tanpa ada ketulan najis keras. 

Terasa sangat amazing sebab pengalaman sebelum ini membawa Nasaie kerana demam, batuk dan selsema, doktor kanak-kanak yang merawatnya memberi pelbagai ubat batuk, demam, selsema dan antibiotik walaupun Nasaie baru beberapa bulan. 

Seriously you gave those medicines to babies? But we ended it threw it away for I believe, baby has his own antibody to fight it. Thus, developing his immune system stronger without those medicines and antibiotics.

Starting from that moment, Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai become our favourite till now. 

Semalam pun kami bawa Nasaie ke klinik tu sebab dia batuk dan selsema almost a month. Selepas pemeriksaan, Nasaie rupanya mengalami resdung dan elergik terhadap a few makanan dan habuk. Turun dari ayah dia la tu... Pemeriksaan paru-paru menunjukkan paru-parunya clear dari kahak dan jangkitan. Alhamdulillah. 

klinik+pakar+kanak+kanak+nilai

Kedudukannya sebaris dengan Bank Rakyat Nilai. 

waktu+operasi
Waktu operasi Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai


His favourite corner
Lepas jumpa doktor pun tak nak balik. Ayyooo!!! Ingat ini public playground ke apa sayang....

Err, semalam juga kami dapat berita gembira.... Nanti Egie share ye. Tunggu official confirmation then I'll announce it. InsyaAllah. Amin. 

Thursday, August 20, 2015

Pendapatan Sampingan melalui Online Business

side+income+online+business+jom+tambah+income+premium+beautiful+expert

Alhamdulillah, bulan lepas bulan kemuncak pencapaian kami suami isteri dalam bisnes bersama SahajidahHaiOMarketing di bawah bimbingan penuh TheDiamondCircle team. 

Sejujurnya suami tidak berapa gemar Egie tumpu perhatian kepada bisnes pada mulanya. Tak suka tengok Egie menghadap handset, laptop layan customers, pos barang, attend class dan events.  Tapi Egie buat juga. Sambil terangkan kenapa Egie suka bisnes bersama TDC ni. Bukan sekadar cari #sideincome tapi more on kepuasan sendiri. Dalam tak suka tu suami juga yang tolong bungkuskan barang, poskan barang, teman Egie jumpa client, teman Egie ke kelas. Paling tak ternilai, sanggup jaga An Nasaie sepanjang  tempoh Egie ada aktiviti bisnes. 

Suami dah banyak tolong tu, Egie buatkan juga bisnes untuk dia skali. Dan bulan lepas, senyum-senyum dia bila bonus masuk ke akaunnya hampir RM800. Tak termasuk untung runcit. Kembang-kembang hidung dia masa call ibunya untuk memaklumkan dia telah memasukkan duit ke akaun ibunya. Kata mertua Egie, 

"Eh, hari tu dah masukkan duit. Masuk lagi? Ni baru berapa hari bulan? Dah gaji ke? Awalnya!"

Senyum-senyum suami jawab, "Bukan duit gaji, alhamdulillah bonus bisnes dah masuk. Dapat rezeki lebih sikit bulan ni."

"Oo, banyak jugak dapat buat bisnes tu ye..." 


Bukan itu sahaja, suami juga sudah berjaya mara setapak ke pangkat #SalesManager manakala Egie pula #SeniorSalesManager

Dalam ramai penjawat awam yang sedang runsing memikirkan gaji yang berselang 46hari, alhamdulillah kami merasa bonus bisnes RM1800. Belum ditambah untung runcit lagi almost RM1000++. 

Lega sangat ada side income sebagai backup. Bukan susah kerana bisnes ini adalah onlinebusiness dan dibimbing sepenuhnya oleh our team leader, CDM Shaliza Aziz. 

Dan insyaAllah 12 September nanti Egie akan naik ke pentas menerima penganugerahan bersama 2 Sales Managers Egie iaitu: 

Sales Manager Asma Shahida Ahmad
dan
Sales Manager Mohd Nazri bin Fauzi

Alhamdulillah my little team is expanding. Lucky I met the right business, right group, right leader. Tqvm to everyone involved. 

Wanna be part of our team, pm me at #0139943935. We will guide your every step. 


Monday, August 3, 2015

Resepi Overnight Oat

Dah lama doh tengok-tengok resepi Overnight Oat. Malam tadi baru berpeluang buat.

Allah, sedapnyaaaa! Memang kena sangat dengan taste Egie... Sebelum ni pun memang suka makan oat. Pernah buat oat sebagai bubur kosong dan makan dengan lauk-lauk kering. Sedapp. 

Ini, buat overnight Oat, lagi sedap...

Next time boleh tukar-tukar perasa yogurt dan buah-buahan tu... 

overnight-oat-frozen-berries


resepi-overnight-oat

Tak sangka sedap sangat makanan orang diet ni... Hehe...

Korang pun try la... 

Resepi Mihun Sup Ala Cina

Ramai yang mintak resepi. Egie share kat sini ye. Sedap sangat rupanya mihun sup chinese style ni. Very refreshing. 



Bahan-bahan: 
1. Segenggam ikan bilis. Bersihkan
2. 5 biji bwh putih, ketuk dan cincang kasar
3. 3-4 biji bawang merah hiris
4. Lada sulah
5. Batang daun sup dan daun bawang
6. Mihun (celur dan toskan)
7. Cili padi hiris dan campur kicap cair, masin dan manis siap2. Simpan dalam peti. 
8. Fishball 3 paket. (Fishball yg goreng lebih sedap dan manis berbanding yang warna putih. Campur pun takpe) 
9. Daun sup dan bawang yang separuh dari no 5 tadi. 
10. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya. 
1. Rebus bilis dengan seperiuk air. Lebih lama lebih sedap. Api sederhana.
2. Dah keluar rasa bilis. Matikan api. 
3. Tapis airnya dan buang bilis tadi. Kita nak guna air bilis je. Sebab chinese soup ni jernih je. 
4. Panaskan semula sup bilis tadi dan masukkan bebola ikan. 
5. Masukkan lada sulah. 
6. Sambil tu goreng bawang merah. Lepas beberapa minit baru masukkan bawang putih sebab bawang putih cepat hangus. Goreng macam nak buat bawang goreng tu. Dah perang, tutup api dan tolak bawang goreng ke tepi kuali. Minyak dah sejuk, masukkan semula bawang goreng dalam minyak supaya minyak tu jadi wangi. 
7. Bila sup dah mendidih, masukkan batang daun sup dan daun bawang. 
8. Masukkan bawang goreng tadi bersama minyak tu sekali. 
9. Masukkan garam gula. 
10. Matikan api dan tutup periuk. 
11. Hidangkan bersama mihun, daun sup dan bawang bersama cili potong kicap. 

Ok, sekian sahaja resepi. So far, kami sekeluarga memang suka sup ni. Kalau suka, boleh pecahkan telur jugak. Nak tambah sayur pun boleh. 

Berselera Nasaie makan.... Alhamdulillah.