Sunday, August 23, 2015

Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai

Sejak jadi emak, kesihatan anak jadi kepentingan utama. Alhamdulillah, tahun pertama Nasaie, dia cuma demam dua kali. Bila dia selsema dan batuk berpanjangan selepas umurnya setahun, kami risau sangat. Banyak klinik kanak-kanak yang kami pergi namun semuanya tidak serasi.

Jiran sebelah menyarankan untuk kami ke klinik Dr. Bee di Seremban, namun tidak pernah berpeluang berjumpa beliau kerana setiap kali kami ke sana, kliniknya tutup. 

Mujurlah ada seorang kenalan yang menyarankan kami supaya ke Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai. Statement yang paling menarik adalah, doktor berkenaan merupakan bekas doktor kerajaan. 

Jadi pengalaman pertama bersama Dr. Rosman Alias sangat menyenangkan. Waktu itu kami membawa Nasaie ke klinik kerana dia tidak poo-poo selama 4 hari. Dan yang paling kami suka, Dr. Rosman tidak memberi apa-apa ubat kerana katanya itu normal bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Lagi pun pemeriksaan ke atas perut Nasaie mendapati perutnya normal tanpa ada ketulan najis keras. 

Terasa sangat amazing sebab pengalaman sebelum ini membawa Nasaie kerana demam, batuk dan selsema, doktor kanak-kanak yang merawatnya memberi pelbagai ubat batuk, demam, selsema dan antibiotik walaupun Nasaie baru beberapa bulan. 

Seriously you gave those medicines to babies? But we ended it threw it away for I believe, baby has his own antibody to fight it. Thus, developing his immune system stronger without those medicines and antibiotics.

Starting from that moment, Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai become our favourite till now. 

Semalam pun kami bawa Nasaie ke klinik tu sebab dia batuk dan selsema almost a month. Selepas pemeriksaan, Nasaie rupanya mengalami resdung dan elergik terhadap a few makanan dan habuk. Turun dari ayah dia la tu... Pemeriksaan paru-paru menunjukkan paru-parunya clear dari kahak dan jangkitan. Alhamdulillah. 

klinik+pakar+kanak+kanak+nilai

Kedudukannya sebaris dengan Bank Rakyat Nilai. 

waktu+operasi
Waktu operasi Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai


His favourite corner
Lepas jumpa doktor pun tak nak balik. Ayyooo!!! Ingat ini public playground ke apa sayang....

Err, semalam juga kami dapat berita gembira.... Nanti Egie share ye. Tunggu official confirmation then I'll announce it. InsyaAllah. Amin. 

No comments: