.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, August 3, 2015

Resepi Mihun Sup Ala Cina

Ramai yang mintak resepi. Egie share kat sini ye. Sedap sangat rupanya mihun sup chinese style ni. Very refreshing. 



Bahan-bahan: 
1. Segenggam ikan bilis. Bersihkan
2. 5 biji bwh putih, ketuk dan cincang kasar
3. 3-4 biji bawang merah hiris
4. Lada sulah
5. Batang daun sup dan daun bawang
6. Mihun (celur dan toskan)
7. Cili padi hiris dan campur kicap cair, masin dan manis siap2. Simpan dalam peti. 
8. Fishball 3 paket. (Fishball yg goreng lebih sedap dan manis berbanding yang warna putih. Campur pun takpe) 
9. Daun sup dan bawang yang separuh dari no 5 tadi. 
10. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya. 
1. Rebus bilis dengan seperiuk air. Lebih lama lebih sedap. Api sederhana.
2. Dah keluar rasa bilis. Matikan api. 
3. Tapis airnya dan buang bilis tadi. Kita nak guna air bilis je. Sebab chinese soup ni jernih je. 
4. Panaskan semula sup bilis tadi dan masukkan bebola ikan. 
5. Masukkan lada sulah. 
6. Sambil tu goreng bawang merah. Lepas beberapa minit baru masukkan bawang putih sebab bawang putih cepat hangus. Goreng macam nak buat bawang goreng tu. Dah perang, tutup api dan tolak bawang goreng ke tepi kuali. Minyak dah sejuk, masukkan semula bawang goreng dalam minyak supaya minyak tu jadi wangi. 
7. Bila sup dah mendidih, masukkan batang daun sup dan daun bawang. 
8. Masukkan bawang goreng tadi bersama minyak tu sekali. 
9. Masukkan garam gula. 
10. Matikan api dan tutup periuk. 
11. Hidangkan bersama mihun, daun sup dan bawang bersama cili potong kicap. 

Ok, sekian sahaja resepi. So far, kami sekeluarga memang suka sup ni. Kalau suka, boleh pecahkan telur jugak. Nak tambah sayur pun boleh. 

Berselera Nasaie makan.... Alhamdulillah. 


No comments: