Tuesday, March 29, 2016

MINERAL COFFEE VS KAFEIN ~ MISTERI BAKAL TERUNGKAI…



Kafein adalah natural chemical yg ada dalam biji kopi, daun teh, koko (utk buat coklat dan minuman spt milo dll) dan cola (utk bagi minuman ringan / gas)… Bila kita minum atau makan sesuatu yg mengandungi kafein, ia akan bertindak spt ‘stimulant’ iaitu membuatkan kita merasa lebih alert dan lebih bertenaga.

Masalahnya – kafein ni akan ‘drain’ @ keluarkan sedikit mineral dr tubuh kita bersama2 urine…..Kerana itulah ibu mengandung dan anak2 yg sedang membesar tak di galakkan untuk minum atau makan bahan berkafein…

Tetapi ini insyaAllah takkan berlaku jika anda /anak2 minum Kopi Mineral… bukan kerana Kopi Mineral ini tiada kafein!! Ia tetap ada kafein, so peminum akan merasa cergas dan kurang mengantuk…. tetapiiiiiii….. kesan BURUK kafein iaitu ‘drain the minerals thru urine’ seolah2 takde kesan kerana telah digantikan dengan kehadiran 77 jenis mineral yang terkandung di dalam “GARAM BULUH” di dalam kopi tersebut..

Yang bestnya…. Kopi Mineral ni tidak menggunakan gula biasa, ia menggunakan artificial sugar (pemanis non-nutritif yang 200 kali lebih manis dari gula namun tidak mengandung kalori) iaitu gula yang boleh di minum oleh orang diabetis seperti PalSweet, NutraSweet, Equal atau Canderel.

Kenapa minum Kopi Mineral boleh mengakibatkan turun berat badan??? 

Sebab : 

i) sebab ia menggunakan pemanis yang tiada kalori
ii) garam buluh yg terdapat dalam kopi mineral beralkali tinggi, so ia akan meneutralkan asid dalam perut kita. Bila kita lapar, asid ini bertambah pekat dan akan memedihkan perut…so berbunyi2 lah perut tu… otak kita bertindak memberi arahan supaya badan menurunkan metabolisma… bila ini berlaku, kita takkan turun berat WALAUPUN BERLAPAR!! 

Berlainan jika kita minum kopi mineral…. ia akan mengurangkan rasa lapar… so walaupun kita tak makan, metabolisme tetap akan tinggi (dia tertipu mehh)..justeru itu ia akan menggunakan simpanan lelemak kita utk ditukarkan kepada tenaga!!

** konsep ini hanya akan berjaya jika seseorang itu makan ketika lapar sahaja dan sudah tentu tak berkesan langsung kepada mereka yang makan ikut waktu tak kira ketikalapar ataupun tidak…. harap maklum…

Utk info lbh lanjut, pm/whatsapp :

Izyan Alias

Friday, March 18, 2016

Officially 30 years old

Alhamdulillah hari ni genap umur 30 tahun. Alhamdulillah dikurniakan kebahagiaan tanpa sempadan oleh Allah SWT... 

Terima kasih umi dan abah. 

Terima kasih suami dan anak-anak. 

Terima kasih keluarga. 

Terima kasih sahabat-sahabat. 

Atas semua doa dan ingatan. Semoga Allah jua melindungi dan merahmati kamu semua dunia akhirat. 

Birthday celebration simple-simple je. Kek pun suami tak beli... Nasib la... Hehe... Malas nak sentap-sentap lagi dah walaupun tadi suami belanja makan di Pizza Hut, Secret Recipe sebelah aje dengan Pizza Hut... Hehe...

Family picture. Tunggu baby ANKI keluar nanti kita ambil gambar sekeluarga bersama ye. 

Biasa la anak dan cucu cikgu... Pen wajib bawak dalam handbag. Kalau tak, putus nafas ayah mengejar sebelum makanan sampai. Hehe... 

Macam-macam dilukisnya. 

Ball. 

Kopter. 

Pantai. 

Fish.

Dalam bentuk titik je setitik untuk setiap benda. Haha! 

My all time favourite. 

Husband terpaksa order fettucine ni sebab nak share dengan Nasaie. 

And amazingly.....


Nasaie makan separuh dari portion ayah. Terkejut kami. Bapak ahh banyak makan!!! Sampai 2x tambah. 

Mujur order Super Supreme personal size pizza and 2 pieces of deli chicken wings juga. Kalau tak confirm ayahnya tak kenyang. Hehe... 

So, gitu aje la birthday celebration orang yang masuk 3 series ni... Simple-simple je. Ala, bukan nak hadiah mahal pun. Cuma nak orang tersayang ingat je. Kan. 

Biasanya untuk hari-hari istimewa ni, memang suka makan ramai-ramai. Tahun lepas lagi best.... 

Sambut birthday di kampung... Makan ramai-ramai dengan abah mama, adik beradik, tok wan, saudara mara.... Meriahhh!!! 

Bukan nak hadiah sangat pun.... Tapi kalau dapat hadiah tu, alhamdulillah... Haha! 

Wednesday, March 16, 2016

Anniversary Dinner Requested by Mak Yong Sentap

Semalam suami janji nak belanja dinner special. Biasanya kalau special ni, mesti western food. Tapi tak pe la... Mak yong yang sentap ni request nak makan nasik je... 


Lama dah tak makan Nasi Ayam Penyet Wong Solo. So ke Bangi je. Tapi air avocado asyik la habis. Rasanya baru sempat minum 3 kali je bila ke Wong Solo tu... Try air kelapa dia. Sedap. Memang ori. 

Eh, nasik order 3 pinggan sebab laki bini kelaparan. Tapi ended up masing-masing tolak tolak pinggan tambah sebab kenyang. Eii! Tamak betul. Haha! 

Dah ada anak ni, sambut anniversary camtu je la... Malam tadi pun makan sambil kawal An Nasaie. Berpeluh ayahnya nak habiskan sepinggan nasik. 

Next year, insyaAllah sambut anniversary berempat pula. Kita tunggu surprise nye. Hehe... 

By the way, love you husband. 

Tuesday, March 15, 2016

Anniversary yangggg.... Malas lah nak cerita! Haha!!!

Eiii, kemain semalam Egie buat surprise untuk suami.... Tapi, adoiii! Malas nak cerita. Tapi cerita jugak la.... 

Sehari sebelum anniversary tu Egie dah sentap-sentap dah. Tapi bukan tentang anniversary. Ala, biasa la mak yong tengah nak tunggu hari memang sensitif. Hormonal imbalance kekdahnya... Haha! Tapi sebelum tido malam anniversary tu dah tak sentap dah... 

Tapi bangun pagi esok tu sentap lagi diam-diam sebab suami tak wish pun Happy Anniversary ke apa... Semalam sepatutnya suami kerja 2-11pm, tapi tiba-tiba boss dia call suruh masuk pukul 9am, nanti boleh balik pukul 7pm. Tapi masa boss dia called tu, tau tak pukul berapa? 8.40 am camtu!!! Eiii! Geram betul. Tak boleh bagitau awal lagi ke??? 

Egie kemain dah plan, suami dah janji nak gi stokis Hai-O pukul 9.30, then nak tolong pos barang customers. Egie kononnya lepas pos barang nak ajak  suami singgah Secret Recipe, nak beli kek. Then nak wish la Happy Anniversary. 

Malangnya.... 

Then dari nak tido kejap leoas breakfast tu, suami terus bangun bersiap. Masa tu geram jugak sebab dah janji dengan customers nak pos barang semalam. Kalau tak sarat ni, boleh je angkut Nasaie gi restock products and pos barang. Tapi, dah macam ni, nak bawak diri pun tak larat. Suami pun tak bagi izin bawa Nasaie. 

Jadi semalam tu lepas je suami pergi kerja, Egie kemas-kemas rumah dan baking chocolate cake. Itu je bahan yang ada. Nak tempah dengan sorang akak tu yang buat kek red velvet sedap giler, dia cuti pulak. 

Pastu suami ada call tanya malam ni nak makan apa? Egie yang merajuk ni makin sentap. 

"Betul tak nak pape ni? Ke nak burger? Atau nasik goreng ke?"

Ada ke hari anniversary offer nak makan burger dan nasik goreng kedai tomyam... Grrrr!!! Seriously dia lupaaaa! Dah la semalam ramai giler yang berkongsi tarikh anniversary dengan Egie termasuklah my BFF dan adik dia. Dorang pulak kemahen lagi update status dalam Facebook tentang surprise bagai. Lagi sentap makyong ni tauu! 

Sabo jelahh lakiku ini... 

Then setengah jam sebelum dia balik kerja,  Egie siap kemas-kemas meja. 


Pastu siap-siap mandi dan baca Quran dalam bilik sementara tunggu maghrib. Nasaie pulak sporting je tidur tak bangun-bangun. Lampu semua tutup kecuali lampu bilik dan lampu dining hall. 

Then suami balik senyum-senyum. Egie pulak terus solat maghrib tak tunggu imam dah sebab STILL dia belum wish Happy Anniversary. Siap solat terus sambung baca Quran lagi sampai suami siap mandi dan solat. 

Pastu suami datang la konon cium-cium ucap terima kasih. Egie buat tak tau je. Then ajak la dia makan. 

Masa nak makan tu Egie ambil frame gambar kawen tu nak simpan. Then dia cakap, "Meh abang simpan. Kenapa Yang letak gambar tu?"

Huaaa nak nangis lagi rasanya... Tak ingat ke hari ni hari ulangtahun kawen kita bang oiii! Kemain simbolik lagi aku pi letak hand bouquet yang aku pegang time akad nikah atas meja tu sekali dengan frame gambar dan kek. Sabo je lahhh! 

Then, hadap la kami laki bini di hari ulangtahun tu, Egie makan lontong balance semalam punya dan dia makan nasi goreng ayam kunyit beli dari kedai tom yam. ROMANTIK sangat tau!! Kau hade? Haha! 

Pastu Egie cakap, "Maaf la, takde hadiah." 

Then dia cakap, "Ingat abang tak ingat ke? Abang ingat laaa.... " Penipu sangat nak coverline. Haha! Padahal he still had no idea. 

(Edited 16th March- Suami baru je confess yang dia memang tak ingat our anniversary date. Masa dia cakap dia ingat tu pun memang dia tipu je. Seee! Bini boleh bau la kalau laki tipu... Haha) 

Dah siap makan tu baru la datang nak peluk-peluk mintak maaf sebab lupa our anniversary date. Cehhhh!!!! Baru ingat!!! 

"Kalau bulan 3, abang ingat birthday Yang je... Lupa pulak tarikh kahwin sebab  kita kawen bulan 3, tapi sanding bulan berapa ehhh?" 

Adehhh, lupa jugak tarikh sanding??? Sabo je lahh lagi sekali... Iyee, kami kawen bulan 3 tahun pertama Egie posting sebagai guru di Tioman sebab nak isi eG-Tukar punya pasal, tapi sandingnya 2 Jun 2012. See! Iols ingat tauu! 

"Itu la yang abang pelik, kenapa nak sambut birthday awal sangat ni..."

Adoi! Sabo je lahh. Birthday Egie, Jumaat nanti. Takkan la aku nak susah-susah baking cake untuk birthday sendiri, siap letak frame gambar kawen pulakkan!!

Maka begitu je lah anniversary keempat kami. I'm waiting forward to seeing how are our next anniversaries. Hehe...


Monday, March 14, 2016

Our 4th anniversary

Alhamdulillah, hari ni genap 4 tahun usia rumahtangga kami. September nanti juga, insyaAllah genap 11 tahun bercinta. InsyaAllah, alhamdulillah...

Banyak nak recall kenangan lama-lama. Tapi gambar dalam laptop. Malas pula nak bukak. 

Letak je la sekeping gambar nikah... 


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu....


Terima kasih atas kebahagiaan selama 4 tahun ini. But 4 years are never enough. I need forever.... 


Kerana aku telah kau pilih, 

Lalu engkau setia kukasih... 



Sunday, March 13, 2016

Lontong Umi

Lately asyik rindu umi je... Hari ni dah genap 34 minggu hamil, lagi 6 minggu insyaAllah bakal bersalin. Makin nak dekat hari ni, makin sensitif pulak. Mungkin sebab kita dah tak larat sangat tapi kita rasa orang sekeliling macam tak faham. Nak jalan pun dah tak larat sangat dah. Sendi-sendi laluan baby pun dah mula sakit-sakit. Tuhan je yang tahu. Lagi la bila keperluan kerja untuk banyak berjalan dan turun naik tangga. Bila pentadbir memahami, colleagues pula buat-buat tak faham. Macam nampak muka kita je untuk buat kerja. Macam dia tak pernah mengandung pulak. Ehh, tengok tu... Emosi pulak Egie. Hehe... 

Kat rumah pun mujur suami banyak membantu. Walaupun Nasaie dah besar, kadang-kadang bila suami kerja, penat juga nak melayankan Nasaie. Anak pulak alhamdulillah jenis aktif panjang akal. Ada je projek dia kalau ibu terlepas pandang sikit. Hehe... 

Bila penat, tak larat, mula la rindu umi. Rasa macam orang lain tak boleh faham kita sebaik umi... Bestnya kalau dapat berbual-bual lagi dengan umi. Sejam dua bersembang tu macam sekejap je... Nak nak request makan apa pun sedap sikit. Ini asyik mengidam je.... Hamba yang baik sentiasa dijemput Allah lebih awal. Rindu umi... Kalau la dapat merasa berpantang dijaga umi... Allah, bestnya... 

Gara-gara rindu umi, malam tadi gigih masak lontong untuk breakfast hari ni... 

Tak sempat tunggu raya dah. Lontong umi ni paling sedap bagi Egie.  Berbelas tahun kot dijamu lontong di hari raya oleh umi... Dah sebati lidah dengan resepi umi. 


 
Eh gambar sambal bilis lupa snap pulak. Tapi Egie memang makan dengan sambal bilis. Kalau geng dengan kuah kacang, macam tak kena pulak... 

Resepi; 

Kubis
Kacang panjang
Santan
Bawang merah bawang putih blend
Tauhu dan tempe potong dadu
Suhun dan fucuk
Sejemput udang kering
Sejemput ikan bilis
Belacan sikit (tadi tak letak. Lupa)
Serbuk kunyit sikit
Garam gula
Lada besar merah hiris untuk warna 

Cara masak; 
1. Panaskan santan dan air ikut suka lemak mana. Jangan pekat sangat nanti muak. 
2. Masukkan bawang blend tadi. 
3. Masukkan bilis dan udang kering. 
4. Masukkan serbuk kunyit. 
5. Masukkan tauhu dan tempe. Biar santan mendidih. 
6. Masukkan sayur. Suhun dan fucuk. 
7. Masukkan garam gula. 
8. Siap! 

Egie memang suka masak awal kuah lodeh. Sebab memang suka kubis dan kacang panjang overcooked. Hehe...

Resepi nasi himpit dan sambal bilis tak yah la kan... Sama je dengan korang buat. In fact nasi himpit tu guna je nadi himpit segera. Hehe... 

Ok. Happy trying! 


Saturday, March 12, 2016

Our second bundle of joy is on the way, insyaAllah

Assalamualaikum. Allah... Lamaaaaanya tak menulis blog. Last entry was on 13 October, last year. 

Hari ni cuba la up satu entry. Ecewahh, macam ada orang nak baca sangat... Hehe.. 

Takpe, Egie share untuk ingatan diri sendiri jugak. 

Update terbaru tentang hidup, insyaAllah kini Egie dalam trimester ketiga. Our second bundle of joy is on the way. Alhandulillah. Percubaan mencapai sasaran sebagai ibu kepada 2 anak saat memasuki usia 3 series. Alhamdulillah, direzekikan Allah SWT. Terima kasih Allah.

 

Bayi dijangkakan melihat dunia pada 24 April nanti. Another 6 weeks to go. Ujian kehamilan kali ni ada perbezaannya berbanding semasa menngandungkan Nasaie dulu. 

Alhamdulillah kali ni berpeluang hamil di bawah satu bumbung dengan suami. Maka Allah bagi ujian mabuk alahan teruk sikit. Hehe... Kalau dulu tak boleh makan asam, mengandung kali ni teramat suka asam. Habis je fasa mabuk muntah-muntah menjelang 5 bulan hamil, mula suka makan buah pula. Terutamanya mangga manis. Buah lain pun suka juga. Mungkin sebab kali ni hamil di tanah besar. Dekat dengan suami. Senang nak restock buah. Di Tioman dulu, beli tembikai 1/6 biji pun menggigil nak bayo.. Mahal oii. Hehe..

Pertambahan berat malas nak cite. Haha! InsyaAllah lepas habis pantang Egie share. Kalau kurus macam dulu la... Kalau Egie senyappp je tak de share  tu, paham-paham je lahhh. Haha! 

Persiapan bersalin dan berpantang...

Set Bersalin macam biasa masih setia dengan Set Tropikal Herbs, Amway. Tapi macam nak try Phytonatal NR. Tapi boleh ke campur-campur? Nanti Egie google dulu... 

Bengkung? Time pakai pilis Amway tu (pilis ke namanya?) kat perut tu pakai bengkung Amway tu. Untuk elakkan pilis yang kita bancuh tu kering dan berterabur bila kita berjalan, Egie suka alas dengan plastik sebelum balut dengan bengkung. Bengkung tak kotor, pilis tu pun hangat lama kat perut sebab tak meresap di bengkung. Baru boleh function in slimming our tummy cepat kan. Hehe. 

Time tak pakai pilis, of course la wajib pakai Premium Beautiful corset. Nak kuruihhh macam dulu-dulu... 

Ini gambar masa lepas bersalin kan Nasaie dulu. Lagi kurus dari sebelum hamil... Senyum je cik abang. Hehe.... 


Ok, untuk botol susu untuk baby ANKI, Egie masih setia dengan Pigeon Peristaltic Plus juga. Percaya dengan prestasi Pigeon Peristaltic Plus. The wide neck one. Yang botol biasa tu Egie tengok material untuk puting berbeza dengan puting susu wide neck. Dan murah sikit. Tapi... Naluri ibu ni suruh ambil wide neck. Maka tadi, ambil Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck untuk baby ANKI, sama dengan abang dia... 

Botol susu Pigeon Peristaltic Plus ni susah nak jumpa sebenarnya. Tak banyak supermarket atau baby store yang jual. Dulu beli di kedai One Baby World di Nilai. Tapi sekarang kedai tu dah bertukar tangan dan produk Pigeon pun tak banyak pilihan dah. Botol susu n puting wide neck pun dah tak ada. 

Mujur hari ni tergerak hati nak ke Kuddie Garden, Seremban 2 walaupun dah tau kat situ takde stok Pigeon. Tapi alhamdulillah kali ni dah ada. Terus beli botol susu dan restock puting wide neck banyak-banyak. 

Bagi Egie, puting Peristaltic Plus Pigeon ni macam ibu punya. Lembut je. Tak macam brand lain. Hari tu tak jumpa stok puting Pigeon untuk Nasaie, Egie beli botol susu Avent. Beli puting sekali. Tapi memang tak puas hati. Puting dia ada part yang susah nak cuci, susu menitis masa Nasaie minum dan ada part yang kat dalam puting tu, sisa susu melekat dan susah nak cuci. Grrr, geram betul. Tak padan dengan mahal. 

Eh, ke orang lain guna Avent ok je? 

Takpe la. Egie ni setia je dengan Pigeon. 

Baju-baju baby pulak, beli 7 pasang je. Nanti boleh campur-campur dengan baju newborn Nasaie dulu-dulu. Baby kan cepat besar. Nanti-nanti baru ibu dan ayah topup baju awak ye baby... Mitten and booties pun tambah 2,3 pasang je. Towel tambah 2 helai je. Yang lain tu, guna yang abang awak punya ye. Elok lagi. 

Untuk toiletteries set, masa Nasaie dulu ibu beli set Johnson baby 1 set je. Lepas tu dapat banyak giler hadiah sampai tak habis nak pakai... Kali ni macam tertarik dengan organic products pulak. Tadi tengok di Kiddie Garden, macam berkenan jenama Buds. Dah google dah. Macam berkenan... Tapi tadi pun ada baca blog tentang Set Tropical ke apa ye namanya. Produk tempatan katanya. Label kuning gitu... Nanti nak survey
  lagi. 

Apa lagi ye?

Emmm niat tu kannn.... 



Nak kurus macam ni balik.... 




Gambar zaman anak dara... Egie Jamu pulut kuning dengan rendang tauuu kalau Egie dapat berat dan figure macam ni lepas bersalin nanti... Hehe. InsyaAllah. 

Ok bertemu lagi di lain entry. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga ye. Terutamanya semoga Egie dipermudahkan bersalin. Terima kasih korang...