.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 15, 2016

Anniversary yangggg.... Malas lah nak cerita! Haha!!!

Eiii, kemain semalam Egie buat surprise untuk suami.... Tapi, adoiii! Malas nak cerita. Tapi cerita jugak la.... 

Sehari sebelum anniversary tu Egie dah sentap-sentap dah. Tapi bukan tentang anniversary. Ala, biasa la mak yong tengah nak tunggu hari memang sensitif. Hormonal imbalance kekdahnya... Haha! Tapi sebelum tido malam anniversary tu dah tak sentap dah... 

Tapi bangun pagi esok tu sentap lagi diam-diam sebab suami tak wish pun Happy Anniversary ke apa... Semalam sepatutnya suami kerja 2-11pm, tapi tiba-tiba boss dia call suruh masuk pukul 9am, nanti boleh balik pukul 7pm. Tapi masa boss dia called tu, tau tak pukul berapa? 8.40 am camtu!!! Eiii! Geram betul. Tak boleh bagitau awal lagi ke??? 

Egie kemain dah plan, suami dah janji nak gi stokis Hai-O pukul 9.30, then nak tolong pos barang customers. Egie kononnya lepas pos barang nak ajak  suami singgah Secret Recipe, nak beli kek. Then nak wish la Happy Anniversary. 

Malangnya.... 

Then dari nak tido kejap leoas breakfast tu, suami terus bangun bersiap. Masa tu geram jugak sebab dah janji dengan customers nak pos barang semalam. Kalau tak sarat ni, boleh je angkut Nasaie gi restock products and pos barang. Tapi, dah macam ni, nak bawak diri pun tak larat. Suami pun tak bagi izin bawa Nasaie. 

Jadi semalam tu lepas je suami pergi kerja, Egie kemas-kemas rumah dan baking chocolate cake. Itu je bahan yang ada. Nak tempah dengan sorang akak tu yang buat kek red velvet sedap giler, dia cuti pulak. 

Pastu suami ada call tanya malam ni nak makan apa? Egie yang merajuk ni makin sentap. 

"Betul tak nak pape ni? Ke nak burger? Atau nasik goreng ke?"

Ada ke hari anniversary offer nak makan burger dan nasik goreng kedai tomyam... Grrrr!!! Seriously dia lupaaaa! Dah la semalam ramai giler yang berkongsi tarikh anniversary dengan Egie termasuklah my BFF dan adik dia. Dorang pulak kemahen lagi update status dalam Facebook tentang surprise bagai. Lagi sentap makyong ni tauu! 

Sabo jelahh lakiku ini... 

Then setengah jam sebelum dia balik kerja,  Egie siap kemas-kemas meja. 


Pastu siap-siap mandi dan baca Quran dalam bilik sementara tunggu maghrib. Nasaie pulak sporting je tidur tak bangun-bangun. Lampu semua tutup kecuali lampu bilik dan lampu dining hall. 

Then suami balik senyum-senyum. Egie pulak terus solat maghrib tak tunggu imam dah sebab STILL dia belum wish Happy Anniversary. Siap solat terus sambung baca Quran lagi sampai suami siap mandi dan solat. 

Pastu suami datang la konon cium-cium ucap terima kasih. Egie buat tak tau je. Then ajak la dia makan. 

Masa nak makan tu Egie ambil frame gambar kawen tu nak simpan. Then dia cakap, "Meh abang simpan. Kenapa Yang letak gambar tu?"

Huaaa nak nangis lagi rasanya... Tak ingat ke hari ni hari ulangtahun kawen kita bang oiii! Kemain simbolik lagi aku pi letak hand bouquet yang aku pegang time akad nikah atas meja tu sekali dengan frame gambar dan kek. Sabo je lahhh! 

Then, hadap la kami laki bini di hari ulangtahun tu, Egie makan lontong balance semalam punya dan dia makan nasi goreng ayam kunyit beli dari kedai tom yam. ROMANTIK sangat tau!! Kau hade? Haha! 

Pastu Egie cakap, "Maaf la, takde hadiah." 

Then dia cakap, "Ingat abang tak ingat ke? Abang ingat laaa.... " Penipu sangat nak coverline. Haha! Padahal he still had no idea. 

(Edited 16th March- Suami baru je confess yang dia memang tak ingat our anniversary date. Masa dia cakap dia ingat tu pun memang dia tipu je. Seee! Bini boleh bau la kalau laki tipu... Haha) 

Dah siap makan tu baru la datang nak peluk-peluk mintak maaf sebab lupa our anniversary date. Cehhhh!!!! Baru ingat!!! 

"Kalau bulan 3, abang ingat birthday Yang je... Lupa pulak tarikh kahwin sebab  kita kawen bulan 3, tapi sanding bulan berapa ehhh?" 

Adehhh, lupa jugak tarikh sanding??? Sabo je lahh lagi sekali... Iyee, kami kawen bulan 3 tahun pertama Egie posting sebagai guru di Tioman sebab nak isi eG-Tukar punya pasal, tapi sandingnya 2 Jun 2012. See! Iols ingat tauu! 

"Itu la yang abang pelik, kenapa nak sambut birthday awal sangat ni..."

Adoi! Sabo je lahh. Birthday Egie, Jumaat nanti. Takkan la aku nak susah-susah baking cake untuk birthday sendiri, siap letak frame gambar kawen pulakkan!!

Maka begitu je lah anniversary keempat kami. I'm waiting forward to seeing how are our next anniversaries. Hehe...


No comments: