.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, March 13, 2016

Lontong Umi

Lately asyik rindu umi je... Hari ni dah genap 34 minggu hamil, lagi 6 minggu insyaAllah bakal bersalin. Makin nak dekat hari ni, makin sensitif pulak. Mungkin sebab kita dah tak larat sangat tapi kita rasa orang sekeliling macam tak faham. Nak jalan pun dah tak larat sangat dah. Sendi-sendi laluan baby pun dah mula sakit-sakit. Tuhan je yang tahu. Lagi la bila keperluan kerja untuk banyak berjalan dan turun naik tangga. Bila pentadbir memahami, colleagues pula buat-buat tak faham. Macam nampak muka kita je untuk buat kerja. Macam dia tak pernah mengandung pulak. Ehh, tengok tu... Emosi pulak Egie. Hehe... 

Kat rumah pun mujur suami banyak membantu. Walaupun Nasaie dah besar, kadang-kadang bila suami kerja, penat juga nak melayankan Nasaie. Anak pulak alhamdulillah jenis aktif panjang akal. Ada je projek dia kalau ibu terlepas pandang sikit. Hehe... 

Bila penat, tak larat, mula la rindu umi. Rasa macam orang lain tak boleh faham kita sebaik umi... Bestnya kalau dapat berbual-bual lagi dengan umi. Sejam dua bersembang tu macam sekejap je... Nak nak request makan apa pun sedap sikit. Ini asyik mengidam je.... Hamba yang baik sentiasa dijemput Allah lebih awal. Rindu umi... Kalau la dapat merasa berpantang dijaga umi... Allah, bestnya... 

Gara-gara rindu umi, malam tadi gigih masak lontong untuk breakfast hari ni... 

Tak sempat tunggu raya dah. Lontong umi ni paling sedap bagi Egie.  Berbelas tahun kot dijamu lontong di hari raya oleh umi... Dah sebati lidah dengan resepi umi. 


 
Eh gambar sambal bilis lupa snap pulak. Tapi Egie memang makan dengan sambal bilis. Kalau geng dengan kuah kacang, macam tak kena pulak... 

Resepi; 

Kubis
Kacang panjang
Santan
Bawang merah bawang putih blend
Tauhu dan tempe potong dadu
Suhun dan fucuk
Sejemput udang kering
Sejemput ikan bilis
Belacan sikit (tadi tak letak. Lupa)
Serbuk kunyit sikit
Garam gula
Lada besar merah hiris untuk warna 

Cara masak; 
1. Panaskan santan dan air ikut suka lemak mana. Jangan pekat sangat nanti muak. 
2. Masukkan bawang blend tadi. 
3. Masukkan bilis dan udang kering. 
4. Masukkan serbuk kunyit. 
5. Masukkan tauhu dan tempe. Biar santan mendidih. 
6. Masukkan sayur. Suhun dan fucuk. 
7. Masukkan garam gula. 
8. Siap! 

Egie memang suka masak awal kuah lodeh. Sebab memang suka kubis dan kacang panjang overcooked. Hehe...

Resepi nasi himpit dan sambal bilis tak yah la kan... Sama je dengan korang buat. In fact nasi himpit tu guna je nadi himpit segera. Hehe... 

Ok. Happy trying! 


No comments: