.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, March 12, 2016

Our second bundle of joy is on the way, insyaAllah

Assalamualaikum. Allah... Lamaaaaanya tak menulis blog. Last entry was on 13 October, last year. 

Hari ni cuba la up satu entry. Ecewahh, macam ada orang nak baca sangat... Hehe.. 

Takpe, Egie share untuk ingatan diri sendiri jugak. 

Update terbaru tentang hidup, insyaAllah kini Egie dalam trimester ketiga. Our second bundle of joy is on the way. Alhandulillah. Percubaan mencapai sasaran sebagai ibu kepada 2 anak saat memasuki usia 3 series. Alhamdulillah, direzekikan Allah SWT. Terima kasih Allah.

 

Bayi dijangkakan melihat dunia pada 24 April nanti. Another 6 weeks to go. Ujian kehamilan kali ni ada perbezaannya berbanding semasa menngandungkan Nasaie dulu. 

Alhamdulillah kali ni berpeluang hamil di bawah satu bumbung dengan suami. Maka Allah bagi ujian mabuk alahan teruk sikit. Hehe... Kalau dulu tak boleh makan asam, mengandung kali ni teramat suka asam. Habis je fasa mabuk muntah-muntah menjelang 5 bulan hamil, mula suka makan buah pula. Terutamanya mangga manis. Buah lain pun suka juga. Mungkin sebab kali ni hamil di tanah besar. Dekat dengan suami. Senang nak restock buah. Di Tioman dulu, beli tembikai 1/6 biji pun menggigil nak bayo.. Mahal oii. Hehe..

Pertambahan berat malas nak cite. Haha! InsyaAllah lepas habis pantang Egie share. Kalau kurus macam dulu la... Kalau Egie senyappp je tak de share  tu, paham-paham je lahhh. Haha! 

Persiapan bersalin dan berpantang...

Set Bersalin macam biasa masih setia dengan Set Tropikal Herbs, Amway. Tapi macam nak try Phytonatal NR. Tapi boleh ke campur-campur? Nanti Egie google dulu... 

Bengkung? Time pakai pilis Amway tu (pilis ke namanya?) kat perut tu pakai bengkung Amway tu. Untuk elakkan pilis yang kita bancuh tu kering dan berterabur bila kita berjalan, Egie suka alas dengan plastik sebelum balut dengan bengkung. Bengkung tak kotor, pilis tu pun hangat lama kat perut sebab tak meresap di bengkung. Baru boleh function in slimming our tummy cepat kan. Hehe. 

Time tak pakai pilis, of course la wajib pakai Premium Beautiful corset. Nak kuruihhh macam dulu-dulu... 

Ini gambar masa lepas bersalin kan Nasaie dulu. Lagi kurus dari sebelum hamil... Senyum je cik abang. Hehe.... 


Ok, untuk botol susu untuk baby ANKI, Egie masih setia dengan Pigeon Peristaltic Plus juga. Percaya dengan prestasi Pigeon Peristaltic Plus. The wide neck one. Yang botol biasa tu Egie tengok material untuk puting berbeza dengan puting susu wide neck. Dan murah sikit. Tapi... Naluri ibu ni suruh ambil wide neck. Maka tadi, ambil Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck untuk baby ANKI, sama dengan abang dia... 

Botol susu Pigeon Peristaltic Plus ni susah nak jumpa sebenarnya. Tak banyak supermarket atau baby store yang jual. Dulu beli di kedai One Baby World di Nilai. Tapi sekarang kedai tu dah bertukar tangan dan produk Pigeon pun tak banyak pilihan dah. Botol susu n puting wide neck pun dah tak ada. 

Mujur hari ni tergerak hati nak ke Kuddie Garden, Seremban 2 walaupun dah tau kat situ takde stok Pigeon. Tapi alhamdulillah kali ni dah ada. Terus beli botol susu dan restock puting wide neck banyak-banyak. 

Bagi Egie, puting Peristaltic Plus Pigeon ni macam ibu punya. Lembut je. Tak macam brand lain. Hari tu tak jumpa stok puting Pigeon untuk Nasaie, Egie beli botol susu Avent. Beli puting sekali. Tapi memang tak puas hati. Puting dia ada part yang susah nak cuci, susu menitis masa Nasaie minum dan ada part yang kat dalam puting tu, sisa susu melekat dan susah nak cuci. Grrr, geram betul. Tak padan dengan mahal. 

Eh, ke orang lain guna Avent ok je? 

Takpe la. Egie ni setia je dengan Pigeon. 

Baju-baju baby pulak, beli 7 pasang je. Nanti boleh campur-campur dengan baju newborn Nasaie dulu-dulu. Baby kan cepat besar. Nanti-nanti baru ibu dan ayah topup baju awak ye baby... Mitten and booties pun tambah 2,3 pasang je. Towel tambah 2 helai je. Yang lain tu, guna yang abang awak punya ye. Elok lagi. 

Untuk toiletteries set, masa Nasaie dulu ibu beli set Johnson baby 1 set je. Lepas tu dapat banyak giler hadiah sampai tak habis nak pakai... Kali ni macam tertarik dengan organic products pulak. Tadi tengok di Kiddie Garden, macam berkenan jenama Buds. Dah google dah. Macam berkenan... Tapi tadi pun ada baca blog tentang Set Tropical ke apa ye namanya. Produk tempatan katanya. Label kuning gitu... Nanti nak survey
  lagi. 

Apa lagi ye?

Emmm niat tu kannn.... 



Nak kurus macam ni balik.... 




Gambar zaman anak dara... Egie Jamu pulut kuning dengan rendang tauuu kalau Egie dapat berat dan figure macam ni lepas bersalin nanti... Hehe. InsyaAllah. 

Ok bertemu lagi di lain entry. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga ye. Terutamanya semoga Egie dipermudahkan bersalin. Terima kasih korang... 

No comments: