.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, April 11, 2017

Home dining dan pizza homemade paling sedap di Seremban 2

Hai assalamualaikum. Ehem ehem.... Hidup lagi tuan blog ni rupanya ya.... Hahaha! Macam dia sorang berkerjaya, berbisnes dan ada anak....

Macam busy nau!

Ok la... untuk mengaktifkan kembali blog ni, Egie mulakan dengan perkongsian tentang makanan sedap di Seremban 2.

Maklum la Egie ni suka makan. So, kali ni Egie nak share tentang La Strada Pizzaria di Seremban 2. La Strada Pizzaria ni home based restaurant yang menyediakan hidangan barat yang sedap-sedap. Pizza dia memang terbaik.

Antara pilihan pizza di La Strada Pizzaria

La Strada Pizzaria

La Strada Pizzaria
Nahhh, ni dia pilihan freshly homemade pizza di sana. Semuanya mewah dengan topping dan juga cheese tau! Memang berhantu. Bertali-tali wehhh cheese dia. Aihh taip ni pun tertelan-telan air liur... 

Selain menyediakan khidmat DELIVERY, korang juga boleh DINE-IN di sana. Cuma korang perlu memaklumkan awal beberapa hari kepada pemilik LSP, Puan Nurul (012-7750723) atau suaminya En. Irwan (012-2361105)

Cuma dine-in untuk pizza je boleh walk in.

Kalau untuk menu lain seperti their famous Lamb Shanks, Grilled Chicken, Chicken Chop, Lamb Chop, pasta tu kena order in advance la. Lamb shank tu slow cook for 4 hours, berakar bontot korang menunggu kalau walk in. Hehe. Seriously their lamb shank tu sedap giler dan big portion tau!

Di sana juga kita boleh book untuk special occasion seperti birthday celebration, anniversary celebration etc.

Egie dah pernah buat surprise untuk suami sempena our 5th wedding anniversary 14 Mac yang lalu.

5 tahun sekali je ni kot buat special celebration camni... Dan suami betul-betul surprised!!! Alhamdulillah. 

Anniversary tahun lepas, gigih Egie buat kek nak surprise kan suami, tapi akhirnya Egie yang surprised sebab suami terlupa hari tu adalah hari ulangtahun pernikahan kami... Hahaha! bergaduh merajuk-rajuk akhirnya malam tu.... Hehe.... 

So, untuk anniversary di LSP, Egie book dan plan awal-awal dengan pemiliknya. Pilih menu, request rose bouquet dan cakes.... 

An Nasaie sedang menikmati his grilled chicken

Hiasan ruang makan

Mrs. Always Right... :-p

First time bagi bunga untuk suami... Hihi... 

Dah siap makan main course baru mereka hantarkan kek dan bunga
 Sekali lagi suami surprised bila dah siap makan, the owner hantarkan bunga dan kek.
Mujur request 1 slice je. Mujur tak pakai Premium Beautiful malam tu. 
Memang dah niat nak metekedarah malam tu. Hahaha! 
Memang tak ingat langsung dah azam nak jadi macam Catriona Ross tu. Hehe.... 

Bergambar di port wajib di LSP sebelum balik

Scrumptious lamb shank

Dekorasi ruang makan

Our choices
Lamb shank yang di masak secara perlahan selama 4 jam. Isi yang melt in mouth la bak kata Manu MKR dan saucenya memang sangat sedap. Tapi this lamb shank big portion tu. Egie yang jenis perut kawah ni pun tak habis. Suami yang tangki kecik tu pulak yang mampu habiskan semua sebab teramat sedap. 

Suami asyik cakap, "Gini punya sedap, tak payah ke Tony Roma's lagi la nak makan sedap-sedap."

Hah kauuu! Tony Roma's pun kalah. 

Akibat tak habiskan lamb shank dan chicken grill tu, sampai hari ni kami masih kesal dan menyesal tau!!!! Hehe. Sedap tak menahan... Ganja betul!!!!
Grilled chicken with creamy mushroom taragon sauce yang sedap gilerrrr
Ayam yang garing di luar, lembut di dalam. dan sauce yang sangat-sangat sedap sampai teringat tau.... Sampai hari ni pun suami masih memuji.


Alhamdulillah, pilihan makanan sedap-sedap belaka.Dengan suasananya yang cosy, senang je hati ibu dan ayah makan sebab Nasaie pun bermain-main dalam kawasan rumah tu je. Gate tertutup rapat. Siap pakej the owner tolong pegangkan Kayla sewaktu ibu dan ayah menikmati hidangan. 

Then untuk sambutan hari jadi suami yang ke 31 pun Egie pilih this place....

Lamb chop dan chicken chop

Family potraiture

Imam-iman ibu

Happy 31st birthday Jannati
Sekian sahaja entry pertama di tahun 2017 ni. Semoga kembali konsisten menghasilkan entries baru di masa akan datang. Insya Allah, amin. 

So, orang-orang Seremban, Senawang, Port Dickson, Seremban 2 dan kawasan yang sewaktu dengannya tu jangan lupa merasai kelazatan sebenar hidangan barat di La Strada Pizzaria ya. 

Selamat malam.... 




No comments: