Tuesday, October 24, 2017

Tips Pantas Lipat Pakaian

Ini tips untuk beginner je tau!!! Yang dan terer, expert semua tu boleh abaikan je tips ni... He he...

Bila aktiviti melipat kain baju tertangguh beberapa minggu, mesti korang rasa nak pengsan kan tengok timbunan tu...

So hari ni Egie nak share tips bagaimana nak mudahkan kerja melipat pakaian ni... 

Everest Pakaian
PERTAMA: Pilih semua pakaian yang tak perlu dilipat.

Pakaian yang tak perlu dilipat adalah baju yang perlu diseterika seperti baju kerja suami, baju kurung, blouse dan sebagainya. So, pilih baju-baju ni dan sangkutkan menggunakan penyakut baju di tempat sepatutnya seperti almari atau bilik menggosok.

Sangkut camni la.


KEDUA: Pilih kain dan pakaian bersaiz besar seperti cadar, kain pelikat, kain batik sarung dan tuala.

So, lepas asingkan kain bersaiz besar ni, kita lipat yang ni dulu. Terus nampak gunung Everest tadi dah bertukar kepada Kinabalu sikit kan? He he...

Settled!

KETIGA: Pilih pakaian suami.

Nak jadi isteri solehah kena la utamakan suami kan? He he... So pilih T-shirt dan seluar suami. Pakaian dalam tu abaikan dulu. Pilih yang luar je dulu. So, lipat baju dan seluar suami yang kta dah pilih tadi tu. .

KEEMPAT: Pilih baju isteri.

OK, kemudian, pilih baju dan pakaian isteri pula. Biasanya susunan lipatan pakaian isteri lebih tinggi dan banyak dari pakaian suami kan? Haha! Eh, ke Egie sorang camtu? Ramaikan???

Tapi bila nak pilih baju nak gi kerja atau nak keluar, tetapppp termenung lama depan almari sebab TAKDE BAJU NAK PAKAI. Kan? He he..  Seppp sikit sape geng!!!

Then, gunung Kinabalu dan jadi Gunung Tahan dan... Tenang sikit hati mak tengok, kan.

KELIMA: Pakaian anak-anak.

Abaikan lipatan yang tak kemas tu. 
Ok, untuk pakaian anak-anak Egie sarankan korang asingkan ikut kumpulan dan ikut pasangan dulu. Contohnya baju tidur atau baju siang yang jenis sepasang ni, korang pilih yang ada pasangan dulu. Yang tak lengkap tu macam baju ada, seluar takde. Atau seluar ada, baju takde, biar je dulu.

Egie memang takkan lipat baju yang tak cukup pasangan. Letak je dalam bakul dulu sampai jumps pasanga baru lipat dan simpan dalam almari.

Lepas tu asingkan juga jenis pakaian yang jenis sehelai mengikut kategori seperti gaun, t-shirt, jeans atau tracksuits.

Lepas asingkan tu baru lipat ikut kategori.

Ok, selesaiiiii!!!!
KEENAM: Pakaian dalam, stoking dan tudung

Ok last sekali baru lipat pakaian dalam, tudung dan simpulakan stoking bersama pasangannya.

Maka selesai sudah tugas melipat pakaian.

Selamat mencuba dan rasakan perbezaannya... Lepas lipat kain tu, perghhhh tenangnya perasaan seorang emak. Terus ke dapur bancuh Min Kaffe panas secawan as self-reward. Eh.



Sekian tips dari emak anak baru dua yang berkerjaya hakiki dan berbisnes Premium Beautiful sebagai side income.