Tuesday, September 11, 2018

CARA MUDAHKAN BERSALIN DAN ELAK BAYI KUNING

Egie rasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang bagaimana Muhammad Khaleel An Nafis tak kena jaundice yang teruk seperti abangnya Muhammad Khalish An Nasaie dan kakaknya An Nur Kayla Inara. 

Jawapannya adalah KURMA. 



Masa hari raya Aidilfitri, Egie berkesempatan menziarahi cikgu yang mengajar Egie semasa STPM iaitu Cikgu Zubaidah. Masa tu dah 8 bulan hamil. Cikgu Zue pesan, "Egie dah boleh start amal kurma 7 biji sehari. Orang kata boleh kurangkan sakit bersalin."

Alhamdulillah kebetulan dapat beli Kurma Ajwa dengan harga murah di Giant. Normal price RM 40, Egie dapat beli dengan harga RM 10 1 pack for 300gm. Dapat grab 4 paket. Alhamdulillah, jimat RM 120 jugak tu. Rezeki baby. 

Egie gigih paksa diri makan kurma dengan fresh milk. Tak blend together pun. Egie makan kurma dan minum fresh milk untuk hilangkan manis kurma kat tekak. Walaupun banyak kali lepas je minum fresh milk, termuntah balik. 😭😭 Memang direzekikan ujian muntah dari awal hamil hingga hujung kehamilan. 

Dan Egie rasa memang kurang sakit semasa nak bersalinkan An Nafis. Sampaikan blur tak tak tahu bila nak bagitau nurse dah rasa sakit sangat dan nak nak request masuk labour room sebab masih rasa boleh tahan dan kawal sakit contraction tu. 

Lagi satu, kalau orang lain sakit contraction setengah jam- setengah jam. Dan bila dah dekat bersalin akan jadi kekerapan 5 minit, 5 minit, Egie pulak memang start sakit selang 5 minit. Cuma skala sakit tu je yang akan meningkat bila dah nak bersalin. 

So kalau nak bandingkan pengalaman bersalin An Nafis dan Kayla, Egie rasa lebih kurang sakit kali ni. Masa Kayla dulu berpeluh-peluh tahan sakit. Manakala An Nafis pula, still under control. 

Suami sampai whatsapp banyak kali tanya bila nak masuk labour room. Dan pukul 4 pagi Egie bagitau nurse nak minta buatkan VE. Then lepas tu terus ditolak masuk labour room. 

Lepas dah siap semua prosedur, Egie tanya nurse, bila suami saya boleh masuk? 

Nurse cakap, "Saya rasa suami awak tak sempat masuk ni, sebab progress awal cepat sangat. Ok, kalau rasa nak berak terus push." 

Dan alhamdulillah, 3x push, Muhammah Khaleel An Nafis selamat dilahirkan pada 4.35 minit pagi. 

Alhamdulillah, bersyukur sangat bila nurse-nurse yang membantu dalam LR dok ulang banyak kali, "Senangnya kau bersalin, dik." Alhamdulillah. Baiknya Allah. 

Then bila dah bawa balik ke rumah, nurse minta bawakkan ke klinik untuk cek kuning baby, bacaan kuning An Nafis cuma 157. Tak tinggi sangat pun. Nurse cakap kalau turun 150, dah tak payah ke klinik dah. 

Masa Nasaie dulu, sampai 2 malam ibu bermalam di hospital dan Nasaie diletakkan bawah lampu biru phototherapy tu. Dah la anak sulung, dengan sakit bahagian jahitan lagi. Dengan sakit badan lagi. Nangis je kerja ibunya dulu. Haha! 

Kayla pula kuning sampai 283. 4x kena bawa ke klinik untuk cek darahnya. 

So, ibu-ibu yang sedang hamil boleh cuba amalkan 7 biji kurma sehari ye. Any kind of kurma pun ok. 

Terima kasih Cikgu Zue for the tips. 
Ambil berkat dengan Cikgu Zu, Guru Cemerlang Biologi STPM Terengganu ni... #ukhwahtilljannah #stpm2005 

No comments: