Monday, January 14, 2019

Bentan selepas 5 bulan bersalin


BENTAN?



This gonna be a long story.

Betul la orang cakap, kalau badan sendiri tak pernah kena bentan, seseorang tu takkan faham pentingnya berpanntang dengan penuh disiplin.

Macam Egie ni, masa bersalinkan Kayla dan pernah kena. So masa berpantangkan An Nafis, Egie jaga betul-betul.
Tak sangka 2 hari lepas, An Nafis dah 5 bulan 1 hari, Egie kena bentan sampai kena mengurut, bertungku, berbengkung. Mujur suami cuti.

Bentan ni ada 3 jenis.
1) bentan urat
2) bentan urat peranakan
3) bentan urat besar (pinggang)
Rujukan: Blog kak Ice http://kakbidan.blogspot.com/2011/11/bentan-derita-ibu-berpantang.html?m=1&zx=3807de0d705e6a03

Yang Egie kena ni, bentan urat besar. Nak tau tak apa yang Egie makan sampai kena bentan?

Mula-mula tu Egie ingatkan sebab makan buah naga. Sebab tu Egie ada tanya di FB. Tapi lepas tu baru teringat, masa lunch Egie masak asam pedas ayam untuk mama dan abah. Kemain sedap makan asam pedas siap makan daun kesum dan bunga kantan sekali.

Tengahari tu dah rasa sikit-sikit macam sakit pinggang sikit. Macam lepas bersalin tu. Terus telan 15 biji #Maharani.
Petangnya makin teruk. Dah mula solat duduk. Bila baring pun nak bangun dan nak kalih badan pun tak mampu. Allah, rasa macam baru lepas bersalin.
Pinggang, paha dan kaki memang tangkap habis. Suami urut satu badan dengan Minyak Herbanika. Kemudian bertungku pulak.

Ikhtiar makan #garlictablet dan #minkaffe panas juga sebelum tidur. Lepas tu terus lawas keluar angin. Perut kembung sangat masa tu.

Malamnya diarhea pulak. Jenuh berulang ke tandas. Paginya masih diarhea. Ikhtiar minum #Nlicious pula. Alhamdulillah lepas minum Nlicious, diarhea terus berhenti.
Urat belum sembuh betul tapi I feel much better. So, sapu Krin Barut Herbanika tebal-tebal dan pakai Premium Beautiful. Terus rasa bahagian pinggang dan rahim disokong kemas. Baru rasa boleh jalan tegak dan pagi ni alhamdulillah dapat keluar jumpa my new business partner dan COD Shake Me Cocoa di Nilai. Semestinya masih berPremiumBeautiful. Kalau tak pakai PB, masih tak mampu nak dukung An Nafis dan bongkokkan badan. Pinggang masih tak kuat.

Kesimpulan dari kes Egie ni, Egie rasa yang patut la orang suruh pantang makan laksa. Egie rasa yang bisa bukan laksa sebab orang kata spaghetti dan mihun boleh makan kan? Yang bisa mungkin kuahnya sebab ada bunga kantan dan daun kesum. Tapi bergantung kat badan jugak kan? Yang tak pernah kena, seronoknya dok perlekeh nasihat orang tua dan dok merajakan nasihat doktor yang tak galakkan kita berpantang cara tradisional.

Apapun, kita raikan perbezaan pendapat. Alhamdulillah banyak produk SHOM yang bantu Egie pulih semalam selain dari bantuan suami dan produk NR.
Now Egie ke Nilai untuk COD Shake Me Cocoa. Business activity is ON!!!

No comments: