Thursday, July 4, 2019

Laksa Lemak Kedah Mudah dan Sedap Gilerrr....

Thanks to Nicolas Appert and Joseph Colin who invented the canned sardines. Sekarang, sap sap soi siappp kuah laksa. 😋😋😋😋😋

Simpan sini la resepi dari Kak Fauziah.

Tapi Egie simplekan lagi dengan guna sardin tin jurrr. Bukan malasssss, tapi nak cepat, tauuu. Hehe.

Bahan-bahan:
1 tin sardin Ayam Brand(brand lain macam kurang sedap)
3 batang serai
Sebiji bawang merah yang besar tu
3,4 biji bawang putih
Sedikit halia dan lengkuas(kadang Egie letak, kadang tak letak)
2 batang bunga kantan
Segenggam daun kesum
10 keping asam keping, (ikut suka korang)
2 sudu besar cili giling
500gm santan pekat
2 paket laksa basah

Cara-cara:
1. Blender bawang-bawang. Ketuk serai. Tumis sampai wangi. Dah wangi masukkan cili giling. Guna sikit je minyak tau.

2. Blend halus sardin bersama sosnya. Tambah air tau masa blend tu.

3. Bawang cili dah wangi, masukkan sardin yang telah di blend tu.

4. Masukkan air, asam keping, bunga kantan dan daun kesum.

5. Biar mendidih. Dah mendidih, masukkan santan. Biar mendidih sekali lagi. Pastu masukkan garam gula ikut kegemaran.

6. Laksa basah yang macam kuetiaw tu, basuh kejap dan celur kejap.

7. Siappppp! Hidangkan dengan salad, timun, dan telo rebus.