Our TTC Journey

Hai, assalamualaikum. Hari ni, tergerak hati untuk berkongsi tentang perjalanan TTC kami. Bulan ini, bulan Mei, genap setahun kami berusaha untuk conceive. Dan alhamdulillah, genap setahun 2 hari selepas sejarah keguguran kali pertama pada 6 Mei 2012, kami dianugerahkan rezeki sekali lagi. Subhanallah. Alhamdulillah, Allahuakbar. Maha Suci ALLAH yang memberi rezeki. 

Sepanjang setahun itu, kami lalui dengan air mata setiap bulan. Bukan kami sebenarnya. Tapi aku. Ye, aku sebagai isteri. Dan alhamdulillah, ALLAH menganugerahkan suami yang penyabar untuk bertahan dengan sikap aku. Yang sering membisikkan nasihat dan membawa aku kembali mengingati itu semua perancangan ALLAH. Jangan bersedih, jangan bersedih. 

Dan Maha Suci ALLAH, yang bila Dia berkata "Kun Fayakun", maka walaupun tempoh ovulasi aku jatuh pada hari bekerja, di tengah-tengah minggu, ALLAH permudahkan jalan kami. Allah membuka peluang aku untuk bertemu suami dengan alasan menghadiri kursus Guru Perpustakaan dan Media pada hari Khamis. Maka, walaupun suami terpaksa memohon cuti tanpa gaji pada hari Khamis itu, kami berpeluang meluangkan masa bersama pada petang Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kembali semula ke pulau. Buat pengetahuan semua, kami adalah long distance husband and wife yang cuma berpeluang bertemu dua kali sebulan. Namun, Maha Suci ALLAH, semuanya kini jadi kenyataan. 

Sepanjang setahun yang berlalu, bermacam-macam usaha yang kami lakukan. Ikhlas aku ingin berkongsi dengan semua TTCians, apa usaha kami sepanjang berTTC. 

SUAMI DAN ISTERI
Kami mencuba petua meminum kurma yang di blend bersama susu kambing. Alhamdulillah, rasanya sangat sedap. Dan menurut ustaz yang berkongsi petua ini, katanya rata-rata feedback yang dia terima, pasangan yang mengamalkan minuman kurma kisar bersama susu kambing ni memperolehi zuriat dalam masa setahun, insyaALLAH.

Dan alhamdulillah, setelah 3 kali mencuba, ada rezeki buat kami. 

Caranya mudah saja.

Bahan-bahan:
2 sachet susu kambing Higoat
4 biji kurma
4ml air suam

Cara-cara:

  1. Suami genggam dua biji kurma, isteri genggam dua biji kurma. Selawat ke atas Nabi dan niat untuk memperolehi zuriat. (Tapi kami tambah bacaan ayat Qursi, Doa penggerak (bismillahillazi), dan selawat syifa. 
  2. Buang biji kurma dan masukkan ke dalam blender. Masukkan 400ml air suam. Blend kurma hingga halus. 
  3. Masukkan 2 sachet susu kambing Higoat, blend 2 saat. 
  4. Bahagikan kepada 2 mug. 
  5. Minum sambil selawat dan niat dalam hati. Mengadap kiblat. 
Kemudian, isteri amalkan la minum susu kambing ni setiap hari. 


SUAMI
Setelah melakukan sedikit research di blog-blog doktor pakar sakit puan dan blog-blog TTC, maka kami mengambil keputusan untuk suami mencuba Speman brand Himalaya. Yang ni puas diingat barulah suami makan. Fungsi Speman adalah untuk meningkatkan sperm counts. Oleh kerana kami berdua tidak pernah mendapatkan pemeriksaan khusus, maka kami tibai je la makan Speman ni.

ISTERI
Aku banyak sangat mencuba supplements sampaikan berat naik 13kg sepanjang setahun perkahwinan. Eceh, nak salahkan supplement pulak. Padahal memang jenis suka makan. Hehe.. 

Punya la ambil supplements sampai pernah kena sound dengan colleague, "Eh, kau ni banyak sangat makan ubat macam-macam nanti kang jadi macam kawan aku, dari susah nak mengandung, jadi mandul terus." Allahuakbar, sentap tu takyah cakap la. Kita usaha untuk dapat kan anak. Dia yang senang dapat tu, tak payah la cakap camtukan. Rezeki orang, lain-lain. Sabar je la.. 

Setelah keguguran, kitaran haid aku mula tak teratur. Dengan masalah radang rahim yang menyebabkan aku tak boleh aktif. Tersilap buat sit up sikit, mulalah spotting. Dan aku kerap rasa sakit dalam rahim. Maka, sepupu aku menyarankan aku mengambil Jamu Seri Bonda. Kerana berdasarkan pengalaman dia, setelah 7 bulan keguguran, tak sempat habis botol kedua, dia dah kembali hamil. 

Maka supplement pertama aku makan adalah Jamu Seri Bonda. Tak sempat habis botol ke 3, alhamdulillah.

Sambil tu aku amalkan produk Shaklee iaitu GLA dan B Complex.  Yang ni makan tak teratur sangat, sampai sekarang tak habis-habis lagi pun GLA dan B Complex tu. Hehe. Vitalea aku tak ambil sebab dah cukup vitamin kot sebab dah naik 13kg ni khennnsss. Hehe. 

Tapi jarakkan masa pengambilan supplements ni. Contohnya kalau korang makan GLA dan B Complex malam, Jamu Seri Bonda tu makan la pagi lepas breakfast... Sebab aku pernah makan semua supplements tu sekaligus malam, but ended up suami dah tak rasa kesan Jamu Seri Bonda tu. Ecehhhh. Gituuu... 

Lepas tu pernah 2,3 kali pergi berurut dengan mak cik di Kg. Apal, jumpa ustaz di Darussyifa' sekali. 

Dan kami pernah invest about RM1000 untuk membuat pemeriksaan dan abdomen CT Scan di Az-Zahra, Bangi. Dan hasilnya aku tak de sakit apa-apa cuma doktor kata aku ada Introverted Uterus. Tu yang tak faham kenapa aku asyik sakit je kat area rahim tu. Eh, ke bahagian ari-ari. Gitu la. 

Selain tu kami pernah kirim doa semasa nenek dan mak kawan aku ke Mekah. Dan minta dibelikan buah zuriat dan debunga kurma. Tapi tak sempat makan pun lagi. 

Tapi seminggu dua sebelum aku jumpa suami yang last sekali sebelum disahkan hamil tu, aku dah mula kawal makan dan exercise sikit. Tapi berat tak turun pun. Hehe. Memang sikit sangat sebab cuma buat lompat bintang 50x dan skipping 100x kot. Haku semput hoiihhh. Tu je yang mampu. Tapi mungkin sebab aku tak pernah exercise, sesekali exercise tu menyebabkan kedudukan rahim berubah ke apa ke, kan.. Agak je ni.. 

Apapun, itu semua ketentuan ALLAH, dah sampai masa, ALLAH akan bagi kurnia. Percaya dengan ketentuan ALLAH. 

Selain tu, aku nasihatkan rajin-rajin amalkan sunat dhuha. Aku pun tak alim mana. Terkadang sempat, aku buat. Tapi kalau hari cuti, memang aku akan cari kesempatan untuk buat sunat dhuha. Ini mak sepupu aku yang bagi nasihat. Dia berusaha untuk conceive 4 tahun. Dan memang dia amalkan sunat dhuha. Yang ni, memang aku percaya sebab bila kita baiki hubungan kita dengan ALLAH, kita akan rasa lebih tenang. Bila tenang, tak stress, hormon pun ok je. Tu yang senang nak conceive kot. 

Yang lainnya, amalkan doa Nabi Zakaria tu. Dan bila jumpa suami, suami suka baca doa penggerak "Bismillahillazi", ayat Qursi dan istighfar sambil usap perut aku.

Ok, so far itu je yang aku ingat nak share. Nanti kalau ada apa-apa, aku tambah lagi. 

Ada satu lagi yang agak sulit tu, sape nak tau nanti msg aku in private ye. Tak sesuai pulak nak taip kat sini rasanya. Hehe. 

So far, hari ni 21 Mei 2013 alhamdulillah kandungan dan berusia 7 minggu. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kali ni dan seterusnya ye. Dan aku juga doakan yang terbaik untuk anda semua yang masih berTTC. 

7 comments:

Sizuka said...

Alhamdulillah tahniah... semoga ibu sihat dan baby pun membesar bagai juara.. nak tanya, jamu seri bonda tu mengecutkan rahim x?

Izyan Alias said...

slm, tak berapa pasti Sis Sizuka. tp sy difahamkan jamu ni bagus untuk suburkan rahim dan rawat rahim lepas keguguran atau bersalin. untuk mklumat lanjut boleh tny dealer Jamu Seri Bonda di FB. Jamu ni tak boleh dimakan sewaktu haid.

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

angel6767.angela said...

Sya nak tau TTC tu means ape yer?

Maxx Doohan said...

boleh tak campur susu kambing Higoat dengan ni https://www.hk3.com.my/ms/garam-buluh/ ?

Izyan Alias said...

TTC tu Trying To Conceive (ikhtiar utk hamil)

Izyan Alias said...

Campur susu kambing dgn garam buluh untuk tujuan apa ye?